• Atas: Laluan di kawasan kampung di Tuk Kun, Pokok Sena. • Tengah: Titi di kawasan sawah Titi Haji Idris, Langgar. • Youtube: “ Mentari sungai dan kehijauan bumi ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Kawasan dusun di kampung Tok Kun, Pokok Sena. • Tengah: Kawasan halaman yang menghijau. • Youtube: “Biarpun sukar perjalanan tetap ku diteruskan jua ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Jentera penanaman padi digunakan di kawasan Pendang. • Tengah: Kawasan sawah di Bukit Lala, Pokok Sena. • Youtube: “ Hujan turun tetap ku teruskan jua ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Masjid baru di kampung di Bukit Larik, Pokok Sena. • Tengah: Getah tua masih ditoreh di Bukit Larik, Pokok Sena. • Youtube: “ Bebas berterbangan di bumiMu Ya Allah ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru rakyat Kedah datang ke Jabatan Pertanian bagi mendapat khidmat nasihat dan bimbingan dalam membangunkan sektor pertanian.Ini kerana, bagi tahun 2011 kerajaan negeri memperuntukkan RM13 juta untuk sektor pertanian.
Namun, apa yang beliau kesalkan amat sedikit rakyat yang datang ke Pejabat Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat bagi membangunkan sektor pertanian, dan lebih utama menjana pendapatan.
“Adalah menjadi agenda utama kerajaan negeri untuk menjadikan Kedah sebagai pengeluar makanan utama dunia atau sekurang-kurangnya kepada rakyat.“Kita (kerajaan) peruntukkan RM13 juta untuk pertanian, tapi malang amat sedikit datang ke Jabatan Pertanian untuk dapat khidmat nasihat mengenai pertanian. Saya sarankan kepada rakyat untuk datang ke Pejabat Pertanian untuk tujuan itu.
“Kita ada dua matlamat dalam pertanian, pertama sekali kita menolong memberi satu usaha fardu kifayah kepada rakyat, jangan fikir ia sebagai satu perniagaan biasa untuk hasil, seperti di Libya, kaya dengan minyak, tapi hadapi krisis makanan juga, ke mana saja kita pergi bila lapar mesti nak makan.
“Yang keduanya kita bukan sahaja beri jaminan food security, tapi beri pendapatan tambahan kepada rakyat,” jelas beliau pada Majlis Perasmian Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Daerah Yan Tahun 2011 yang diadakan di Kompleks Dewan Serbaguna Pekan Guar Chempedak.
Beliau turut menyampaikan bantuan kebajikan masyarakat dan Kafalah kepada penduduk di sekitar Daerah Yan. (Sumber: Warta Kedah) Catatan: Gua Chempedak, terletak di kawasan parlimen Jerai,wakil dewan negerinya adalah matan pegawal LGM.
Ramai orang menyangka dengan hartanya banyak Ia boleh mebahagiakan dirinya dan orang lain Bertapa banyak juga yang kecewa kerannya. Kerana kekayaan yang ada telah disalahguna. Sehingga ia terlena dibuai mimpi yang indah belaka Hingga kematian datang menjemputnya. Sudah terlambat kerana Penyesalan dan taubat sudah luput waktunya.
Ada pemimpin sering menjanjikan nikmat kemajuan Sedangkan kemajuan hanya datang Bila ada kematian atau pilihanraya Jerat dipasang untuk mencari mangsa Yang kena hanya yang lalai dan leka Atau yang ada kepentingan Dan sekadar ingingkan habuan yang sementara Maruah tergadai masa depan gelap gulita Rasuah dan fithah akan mermarahajalela Negara binasa dan purak puranda
Sedarkanlah kita semua Bersatulah dengan tekat dan satu cita-cita Ubahlah sekarang, jangan tunggu lama Kita jangan mudah lupa Wang sogokkan yang tidak seberapa Tujuan mengelapkan fikiran kita Jika tidak diambil pun tidak boleh papa kedana Sedangkan kita boleh berusaha Sekarang kita jangan lupa Undi adalah hak milik kita kebenaran dan keiklasan Pasti berjaya jua akhirnya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul meminta semua pihak tidak mengaitkan kemalangan dan kematian dengan kepercayaan khurafat yang boleh merosakkan aqidah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran tanggapan pelbagai pihak mengenai kejadian kemalangan di Titi Haji Idris, Pendang yang meragut nyawa enam guru silat dikaitkankan dengan kejadian misteri. Pelbagai pihak mendakwa kononnya tempat tersebut ‘keras’ dan memerlukan khidmat bomoh untuk memulihkannya.
Menurut Dato’ Taulan, dakwaan penduduk kampung dan keluarga mangsa mengenai jalan itu yang dikatakan terdapat perkara-perkara misteri sehingga menyebabkan kemalangan adalah tidak wajar.
“Saya menyangkal dakwaan penduduk dan keluarga mangsa kemalangan yang mengatakan ternampak benda misteri seperti haiwan besar dan kelibat manusia yang menyebabkan kemalangan berlaku.
“Perkara-perkara tersebut adalah khurafat. Semua kejadian telah ditentukan Allah SWT. Mempercayai perkara-perkara khurafat ini hanyalah membuang masa dan boleh merosakkan aqidah kita,” ujarnya.
Pada Isnin, 21 Mac lalu berlaku kemalangan di Jalan Titi Haji Idris yang meragut nyawa enam orang guru silat.
Selagi ada kehijauan dan sinar mentari Selagi masih ada sungai yang tidak dicemari Jangan biarkan berlaku persitiwa ngeri Bala datang jika kebenaran diingkari
• Atas: Jambatan menyeberani sungai Kuala Kedah di Alor Setar. • Tengah: Kawasan sawah di Kubang Lintah, Mukim Lepai. • Youtube: “ Aksi penerjun dari ATM ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Membajak sawah menoreh getah ditunda Hujan turun di sini sudah bermula Fitnah disebar dosa pahala takutnya tiada Matlamat tercapai apalah guna jika negara diturunkan bala
• Atas: Peniaga-peniaga di kawasan pasar Pokok Sena. • Tengah: Alat pembajak sawah di Kampung Kami. • Youtube: “ Membajak sawah di kampung Bukit Lala ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Persekitaran hijau cantik di kawasan paya Ditambah selesa bersehnya udara Dari gelap ke terang pasti ceria Hidup aman masyarakat sejahtera
• Atas: Kawasan kebun getah dewasa di Bukit Lala, Pokok Sena. • Tengah: Kebun pisang di kawasan bekas sawah di belakang rumah. • Youtube: " Khtubah Jumaat Masjid Sungai Durian 11 Mac. 2011 ". • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Keindahan dan kehijauan kehidupan di bumi Bumi dibangunkan elakkan tangan manusia yang memusnakan Dunia kerap dilanda gempa dan tsunami Satu petanda amaran atau suatu ketentuan
Jelapangan makanan perlu diusahakan Sebagai bekalan negara juga rakyat tempatan Bumi digondolkan hakisan berterusan Bencana datang memusnahkan kehidupan
• Atas: Kawasan kampung di Tualang, Pokok Sena. • Tengah: Sawah di Kg. Kolam Mukim Jabi, Pokok Sena. • Youtube: “ Detik kembara perjalanan ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Rumah kampung di jalan Tualang, Pokok Sena. • Tengah: Kawasan kebun getah di Bukit Lala, Pokok Sena. • Youtube: “ Kedah sejahtera nikmat untuk semua ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Saya tiba di tapak perasmian Karnival Kedah Sejahtera pada pukul 9.00 malam di Stadium Darul Aman. Semasa saya tiba tempat-tempat duduk sudah dipenuhi oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hadir menyaksikannya.
Majlis di dahulukan oleh ucapan aluan olehYB Ustaz Abd Ghani Ahmad. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.
Dalam ucapan beliau menerangkan tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah.
Seterusnya ucapan serta perasmian oleh Dato' Ustaz Azizan Abdul Razak. Sebelum berakhir satu tayangan video Kedah Sejahtera mengenai kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai sepanjang 3 tahun menerajui negeri Kedah dan penyampaian cenderahati kepada pasukan sukarela serta pertubuhan yang cemerlan yang telah memberi sumbangan bakti kepada kerajaan negeri.
Majlis berakhir pada jam 11.00 malam dengan pemberian cenderhati daripada wakil kaum kepada YAB Dato' Menteri Besar di dahulukan oleh wakil masyarakat Melayu, Cina , India dan wakil Masyarakat Siam.
• Atas: Jalan ke kawasan kebun di Bukit Lala, Pokok Sena. • Tengah: Kawasan memancing di Tualang, Pokok Sena. • Youtube: “ Balik dari kebun getah ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Persekitaran hijau di Bukit Lala Tenang dan damai jarang diganggu Cuti sekolah akan bermula Datanglah di Karnival Kedah Sejahtera kami menunggu
Tinggal di pondok pasang pelita Pondok dibena sudahlah lama Kedah sejahtera menjadi nyata Rakyat selesa itu yang paling utama
• Atas: Teratak Impian Bukit Lala, Pokok Sena. • Tengah: Rumah tradisional di Kg. Kubur Panjang, Pendang. • Youtube: “ Menaut ikan haruan di Titi Haji Idris, Langgar ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera anjuran kerajaan negeri Kedah akan di adakan di stadium Darul Aman bermula 10 Mac sehingga 14 Mac. 2011.
Pogram ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah.
Program yang diatur bersesuaian kepada semua kaum dan pelbagai golongan masyarakat diharap memupuk perasaan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum serta pimpinan kerajaan negeri.
Naik motor pergi ke Pendang Sawahnya luas kanan dan kiri Hidup bermewah dibebani hutang Hutang tak terbayar menyeksakan diri
Masuk ke hutan laluanya sukar Datang awal di waktu pagi Hutang di dunia wajib dibayar Kematian datang sangatlah rugi
• Atas: Kubur Panjang di kawasan Pendang. • Tengah: Pokok getah sedang ditoreh. • Youtube: “ Bahaya hutang - Dato' Dr. Fadilah Kamsah”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Pokok Sena sungainya lebar Airnya jernih di permukaannya cerah Langit terbuka maklumat tersebar Masyarakat bijak perlu berubah
• Atas: Pokok berdaun merah di km 22 Pokok Sena. • Tengah: Kawasan sungai di Telaga Mas, Pokok Sena. • Youtube: “ Pokok Sena sedang pesat membangun”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Menangkap ikan di petak sawah di Pokok Sena. • Tengah: Kebun sawit di Kg. Yoi, Pokok Sena. • Youtube: “ Meneroka dan menikmati keindahan alam”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Buat pagar mengawal binatang Kawasan berpagar di tepi jalan Hujan tiada tanah kering kontang Pokok kering mengurangkan penghasilan
Halaman hijau menjadi impian Perlu djbaja disiram serta diselia Mahasuci Allah yang menurunkan hujan Tiada upaya melainkan hanya kekuasaaNya.
• Atas: Saliran air ke sawah di kg. Yoi, Pokok Sena. • Tengah: Kehijauan pokok di kawasan laman. • Youtube: Hujan turun membersihkan bumi’. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Bertempat di Dataran Kompleks Pas Pokok Sena, Langgar.
Tarikh: 2 Mac hingga 5 Mac 2011 Pembukaannya akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Karnival empat hari itu turut menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat. Ceramah bermula pada pukul 9.00 malam (setiap malam)
Penceramah undangan: Sdr. Mohamad Sabu, YB Saifuddin Nasution, YB Dr Mariah Mahmud dan YB Anthony Loke.
Bob Lokman dan bekas calon PAS di Tenang, Normala Sudirman akan berceramah pada malam penutup 5 Mac. (Sabtu)
Program ini bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah. Ia juga diyakini akan mengeratkan hubungan antara pimpinan dan pentadbir kerajaan negeri bersama masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat.
Penyusunan aktiviti dan program adalah bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat dan harapan kami karnival ini akan dapat mewuujudkan suasana harmoni dan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum.
Ceramah Umum sempena himpunan 30 ribu Pemuda PAS 19 Feb. 2011- YB Dato' Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.