HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 7 Februari 2011

MENGUJUDKAN LAMAN DI KEDIAMAN KITA

Keseronokan melihat laman yang cantik sama asyik dengan melihat ruang dalaman rumah yang menarik, terasa bagikan tidak puas menghayati keindahan yang dipaparkan. Itulah realitinya kehidupan kita, kerana di samping kita sibuk berkerja sendiri atau di pejabat kita juga memerlukan tempat untuk berehat yang selesa.

Pendek kata laman adalah ruang luaran rumah yang perlu diberi perhatian oleh kita semua mengikut kemampuan yang kita ada. Adalah satu kerugian jikalau ruang tanah yang ada kita biarkan ditumbuhi lalang atau dibiarkan kosong sahaja,sedangkan penghuni di pangsapuri mengujudkan taman di ruang balkoni yang amat terhad keluasannya.

Namun bukan laman namanya kalau yang ada cuma sepasu pokok bunga atau sebuah kolam ikan yang berwarna hijau kehitaman airnya. Jadi wajarlah taman dihiasi dengan aneka hidupan untuk halwa mata telinga kita, seterusnya mententeramkan hati dan jiwa kita. Bahan-bahan lain berupa perabut dan perhiasan sekadar melengkapkan suasana di taman.

Lain orang lain citarasanya, yang penting biarlah apa yang kita lalukan dilaksankan dengan penuh minat dan menyeronokkan. Jadikanlah laman di kediaman sebagai tempat untuk kita berehat dan berbincang bersama keluarga. Di samping itu kita dapat menjalin perhubungan kekeluargaan yang harmoni dan diberkati


Tiada ulasan:

Catat Ulasan