HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 22 Februari 2011

MENGINAP DI CHALET USAHA JAYA DI KINABATANGAN

Kami tiba ke tempat penginapan kami di calet kampung Usaha Jaya di kawasan Kinabatangan pada jam 3.00 petang. Kami banyak memperuntukan masa dengan berehat dan singgah di bandar Sandakan dengan makan tengah hari dan membeli-belah. Jarak dari Sandakan ke chalet kampung Usaha Jaya agak jauh kira-kira 70 km dengan keadaan jalan yang agak berbukit.

Kenderaan berat seperti lori dan treler banyak melalui jalan ini menyebabkan perjalanan terpaksa diperlahankan. Perjalanan tidaklah begitu membosankan kerana kawasan persekitaran jalan kiri dan kanan dipenuhi kehijauan pokok sawit yang luas.

Saya melihat pada papan tanda di tepi jalan menunjukkan arah iaitu jarak ke Kota Kinabalu kira-kira 500 km dari Sandakan. Setelah melalui jalan besar sejauh 60 km kami masuk ke jalan kampung menuju ke Bukit Garam dan terus sampai ke calet tempat tinggal kami. Kami menginap di calet berkenaan selama 3 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan