HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 28 Februari 2011

HIDUP SELAMAT DENGAN PERTUNJUK

Daun kering jatuh berguguran
Gugur ke bumi bertimpa-timpa
Hidup di dunia pertunjunya Al Quraan
Supaya selamat dan tidak terlupa

Daun kering jatuh berguguran
Dari pagi beterusan hingga ke petang
Kekayaan yang sementara janganlah hairan
Tolong yang miskin keinsafankan datang



• Atas: Kawasan kebun kering di kg. Bukit Lala, Pokok Sena.
• Youtube: “Musim kering daun-daun jatuh berguguran
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 27 Februari 2011

UBAH SEKARANG, JIKA TIDAK TUNGGU BILA...

Hasil sawit menjana ekonomi negara
Hasilnya lumayan jika dibaja dijaga
Bantuan mencurah datangnya segera
Inilah masanya mereka diduga

Cedok air masih gunakan timba
Airnya jernih persekitaran selesa
Projek diberi piliharaya tiba
Yang kelaparan, awas jerat menunggu mangsa



• Atas: Buatlah apa yang terbaik, ingat di situ jua kita akhirnya.
• Tengah: Kawasan kampung Yoi di Pokok Sena.
• Youtube: “ Jalan sempit dari Sandakan ke Kinabatangan Sabah ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 26 Februari 2011

BERILAH KEADILAN UNTUK SEMUA

Persekitaran indah di Pokok Sena
Keindahan dinikmati sangat terasa

Cukai dibayar nak dibawa kemana
Diskriminasi diguna rakyat terseksa




• Atas: Kawasan sawah di Kg. Kiew, Pokok Sena.

• Youtube: “ Pakat gotong royong ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 25 Februari 2011

BANYAK BERJALAN LUAS PEMANDANGAN

Banyak bertanya janganlah segan
Pertanyaan diajukan perpada-pada
Banyak berjalan luaskan pemandangan

Pemandangan dilihat
membukakan minda

Banyakan berjalan badan perlulah sihat
Supaya mudah perjalanan yang dilalui
Yang difikir tidak sama yang diihat

Yang dilihat tidak sama apa yang dialami




• Atas: Kawasan chelet di kg. Usah Jaya, Sandakan.

• Youtube: “ Membeli ketam di pasar Sandakan ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 24 Februari 2011

SEMBANG-SEMBANG DENGAN PENGURUS CHALET KAMPUNG USAHA JAYA.

Saya sempat berbual dengan pengurus chalet Kampung Usah Jaya, Jaya Kinabatangan Tuan Haji Aliasa Ismail semasa beliau datang untuk melihat pekerjanya membersihkan kawasan penginapan.

Walaupun baru kenal tetapi beliau mudah mesra apabila saya memperkenalkan diri. Beliau tidak lokek untuk berkongsi pengalaman apabila diajukan soalan.

Sebelum beliau membuka Chalet ini beliau bertugas di Jabatan Pertanian Sabah dan ditempatkan di kawasan Sandakan. Sebelum tamat umum bersara 55 tahun beliau telah banyak didedahkan dengan bidang pelancungan dan landskap menyebabkan minatnya terhadap bidang pelancungan mulai menyerlah.

Pada tahun 2003 beliau memulakan bidang ini dengan membuka chaletnya di kawasan ladang sawit yang berbukit yang terletak di kawasan rrumahnya. Beliau membena kawasan kolam yang luas di kawasan cerunya dan di situlah dibenanya chalet.

Di kawasan chalet ini juga ditempatkan dengan bilik mesyuarat, ruang pementasan budaya dan ruang makan. Manakala dewan badminton di sebelah atas di bahagian pintu masuk ke chalet.

Sebelum beliau beredar kerana ada urusan lain, saya sempat bertanya dengan nya tentang kemudahan IT di chelet beliau. Beliau telah bermurah hati meminjamkan komputer ribanya kepada saya selama dua hari dengan percuma sebelum meninggalkan tempat ini untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Selasa, 22 Februari 2011

MENGINAP DI CHALET USAHA JAYA DI KINABATANGAN

Kami tiba ke tempat penginapan kami di calet kampung Usaha Jaya di kawasan Kinabatangan pada jam 3.00 petang. Kami banyak memperuntukan masa dengan berehat dan singgah di bandar Sandakan dengan makan tengah hari dan membeli-belah. Jarak dari Sandakan ke chalet kampung Usaha Jaya agak jauh kira-kira 70 km dengan keadaan jalan yang agak berbukit.

Kenderaan berat seperti lori dan treler banyak melalui jalan ini menyebabkan perjalanan terpaksa diperlahankan. Perjalanan tidaklah begitu membosankan kerana kawasan persekitaran jalan kiri dan kanan dipenuhi kehijauan pokok sawit yang luas.

Saya melihat pada papan tanda di tepi jalan menunjukkan arah iaitu jarak ke Kota Kinabalu kira-kira 500 km dari Sandakan. Setelah melalui jalan besar sejauh 60 km kami masuk ke jalan kampung menuju ke Bukit Garam dan terus sampai ke calet tempat tinggal kami. Kami menginap di calet berkenaan selama 3 hari.

Isnin, 21 Februari 2011

KALI PERTAMA DATANG KE SABAH

Saya dan keluarga tiba di KLCCT pada jam 5.30 pagi dengan menaiki dua buah kereta yang dihantar oleh kawan anak saya dari Darul Hidayah Hulu Langat. pemeriksaan dijalankan pada pukul 6-00 pagi sebelum kami berlepas.

Selesai pemeriksaan kami solat subuh dan sempat sarapan pagi di ruang legar di kawasan lapangan terbang. Kami berlepas dari KLCCT pada jam 7.30 pagi dengan menaiki penerbangan AK 5160.

Dari pintu P5 kami berjalan kira 200 meter untuk ke pesawat Air Asia dan kami ditempatkan dikerusi 14A, B, C dan 15A, B, C tempat duduk sederhana maklumlah penerbangan tambang murah.

Perjalanan memakan masa 3 jam banyak masa yang saya tertidur. Ketibaan kami sedikit lewat disebabkan cuaca kurang baik sebab hujan lebat dan kabus. sepatunya kami tiba pada pukul 10.00 pagi.

Setibanya di lapangan terbang Sandakan pihak keluarga bakal menantu kami sudah sedia menanti di luar dan kami menaiki kereta dan meneruskan di tempat penginapan di kampung Usaha Jaya Kinabatangan.

Ahad, 20 Februari 2011

MENGHADIRI MAJLIS SUKAN RAKYAT

Sebelum ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu saya telah menghadiri majlis sukan pemimpin PR di kawasan Pokok Sena pada hari jumaat 18 Feb. 2011.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato' Mahfuz Omar pada jam 5.00 petang bertempat di tapak permainan Bandar Baru Pokok Sena. Perasmian dimulakan dengan sepakkan mula Futsal di gelangan Futsal .

Acara sukan kanak-kanak dan dewasa disediakan, futsal untuk orang dewasa. Manakala untuk kanak-kanak acaranya ialah kutip gula-gula, tiup belon, lari tarik upih dan acara yang menarik ialah makan epal tanpa menggunakan tangan.

Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah oleh YB ustaz Ahmad Izzat pada jam 7-00 petang. Keceriaan jelas terbayang pada wajah kanak-kanak yang menerima hadiah. Minuman percuma turut disediakan manakala ibubapa turut datang meraikan majlis tersebut.


Sabtu, 19 Februari 2011

KAMI SUDAH BERADA DI HULU LANGAT

Dari hentian Sahab Perdana kami memulakan perjalanan pada hari Sabtu 19 Feb. 2011 pada jam 10.00 pagi. Kami menaiki bas Ekspress transnasional dengan bayaran RM 40.00 seorang. Saya pergi bersama isteri dan anak perempuan kami yang masih belajar di tingkatan lima.

Setelah perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit kami sampai di hentian Seberang Perak pada jam 12.30 tengah hari untuk berehar dan makan tengah hari. Masa yang diperuntukan selama 30 minit.

Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tepat jam 1 tengah hari dan tiba di Hentian Bukit Jalil pada jam 4.00 petang. Anak lelaki kami sudah sedia menunggu dan kami tiba di Darul Hidayah, Hulu Langat pada jam 5.00 petang.

Jumaat, 18 Februari 2011

BALIK KE HULU LANGAT TEMPAT LAMA

Besok hari Sabtu 19 Feb. saya dan keluarga akan ke Hulu Langat rumah lama kami, kerana ada urusan ke Sabah. Kami akan menaiki bas Tranasional dari Alor Setar pada jam 10.00 pagi.

Manakala pada 21 Feb. kami akan berlepas dari LTTM ke Sandakan pada jam 7.30 pagi dengan menggunakan penerbangan
AirAsia dan akan tinggal di sana sehingga 24 Feb. 2011.

Hajat kami cuma mencari bakal menantu di sana, semoga kami selamat sampai.
Jika ada yang menarik di Sandakan saya akan siarkan jumpa lagi....

Khamis, 17 Februari 2011

MULIA BANGSA KERANA TAKWA

Menoreh getah isteri pun ikut sama
Sarapan di kebun dibawanya bekalan

Mulianya bangsa kerana agama

Islam ditaati takwa adalah amalan


Di halaman rumah ditanam halia
Tanamnya mudah disiram sentiasa

Kepatuhan dan ketaatan amalan mulia
Selamat di dunia tinggalkanlah dosa

Puisi buat Sultan Kelantan - Dr. MazaSila baca dan klik Puisi di atas ini - Penulis adalah bekas mufti Perlis



• Atas: Kawasan kebun getah di Bukit Lala, Pokok Sena.

• Tengah: Kawasan belakang di halaman rumah.

• Youtube: “ Pakat gotong royong ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 16 Februari 2011

MEMBUKA PANEL TOREHAN POKOK DEWASA

• Pokok getah dikatakan dewasa atau matang apabila batangnya mencapai lilitan 45 cm. Bagi pokok klon ukuran ini diambil 150sm dari paras tanah. Penorehan boleh dimulakan apabial 75% daripada bilangan pokok dalam satu-satu kawasan mencapai lilitan 45 cm atau lebih.

• Lilitan pokok boleh ditentukan dangan menggunakan peralatan terdiri daripada beroti kecil (150 cm tinggi) dengan hujungnya dilekatkan dawai sepanjang 45 cm. Dirikan beroti pada batang pokok dengan pangkalnya terletak pada paras tanah. Belitkan dawai di keliling batang pokok. Jika hujung dawai tidak bertemu ini menunjukkan lilitan batang pokok melebihi 45 cm.


• Bagi pokok klon curam alur torehan ialah 30 darjah dibentuk dari atas kiri ke bawah kanan. Gunakan beroti kecil dengan ketinggian 150 cm dan dihujungnya dipakukan sekeping zink 40 cm panjang dan 5 cm lebar dengan kecuraman 30 darjah. Dirikan beroti pada batang pokok dengan pangkalnya di atas tanah dan belitkan zink ke kiri.

• Tandakan kecuraman alur torehan di sepanjang bahagian atas zink dengan kapur tulis. Tandakan sempadan hadapan di sepanjang bahagian tepi hadapan beroti.

• Gunakan tali bagi mengukur lilitan batang bermula pada bahagian bawah alur torehan. Lipatkan tali kepada dua bahagian bagi memperoleh ½ lilitan batang.

• Lintangkan tali yang telah dilipat dua dengan hujung sebelah kanan terletak di hujung curam alur torehan yang paling rendah. Tandakan hujung tali sebelah kiri.

• Dengan menggunakan kapur tulis dan beroti tandakan sempadan belakang panel.

• Toreh cetek alur torehan separuh lilitan dan sempadan yang ditandakan dengan kapur. Torehan perlu berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan pada kayu.

• Pasang pancur 20sm dari bahagian terendah alur torehan diikuti dengan pemasangan spring dan dawai penyangkut 20sm di bawah pancur.

• Buat torehan cetek beberapa kali sehingga memperoleh
kedalaman yang sesuai.

Selasa, 15 Februari 2011

PEMULIHAN DAN VITAMIN POKOK GETAH

APA DIA VITEX

Produk Formulasi Kimia (Bebas Asid) yang digunakan pada pokok getah untuk Peningkatan hasil lateks dan pembaik pulihan masalah kering kulit pokok getah.
Vitex adalah hasil kajian penyelidikan oleh bekas penyelidik RRIM yang berpengelaman lebih 12 tahun di dalam industri komoditi getah. Produk VITEX adalah vitamin untuk pokok getah, ianya bukanlah sejenis ‘Stimulant’ atau penggalak lateks.

BAGAIMANA VITEX BOLEH BERFUNGSI

Vitex - membekalkan vitamin kepada pokok getah & merangsang penjanaan ethelene secara semulajadi oleh pokok getah bagi menjadikan tapak torehan terus berperanan untuk mengeluarkan lateks.


KELEBIHAN VITEX

Hasil kajian & plot percubaan VITEX menunjukkan, penggunaan produk VITEX berupaya untuk:-


• Meningkatkan pengeluaran lateks pada tahap minima 50% - 100%.
• Meningkatkan mutu kandungan Getah Kering (DRC) hingga tahap 38% tanpa kesan negatif.

• Sebagai kaedah pencegahan dan perawatan yang
berkesan untuk masalah kering kulit (brown bast).
• Meningkatkan kesuburan pokok getah.
• Memperbaiki tekstur kulit pokok getah – menjadi lebih lembut & tebal.
• Sesuai digunakan pada semua jenis klon getah yang berumur lebih dari 8 tahun.
• Vitex – adalah satu produk yang mesra alam.
• VITEX adalah sejenis produk yang diperkaya dengan nutrien
yang diperlukan oleh pokok getah & dijamin selamat untuk digunakan.

Kos efektif & menakjubkan
Hanya 1 gm sapuan dengan 2 kali sapuan sebulan @ 0.0824 sen sapuan sepokok @ 0.2472 sen sepokok sebulan.

Harga VITEX: RM70.00 sebotol 1 Liter (1000gm). Satu botol produk VITEX (1000 gm) sedia untuk di sapu sekurang-kurangnya untuk 850 pokok atau 850 kali sapuan, setiap sapuan akan memberikan kos pada kadar 0.0824 sen.

KESESUAIAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA (VITEX)


• Di syor pada pokok getah yang berumur lebih dari 8 tahun.
• Tidak boleh dicampur dengan air dan lain-lain bahan.

• Digunakan pada musim luruh, penorehan tidak digalakkan sebagai usaha pemulihan.

• Memerlukan masa senggang 4 jam untuk menunjukkan keberkesanannya.
• Hendaklah disimpan pada suhu bilik dan elakkan dari didedahkan pada cahaya matahari.


Nota tambahan (Zat-zat permakanan pokok)

Baja ialah sebatian kimia (nutrien tumbuhan) yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia.

Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.


Terdapat sekurang-kurangnya dua belas unsur nutrien yang amat perlu bagi pertumbuhan pokok. Unsur-unsur ini dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu :

Nutrien Utama
1. Nitrogen (N)
2. Fosforus (P)
3. Kaliam (K)

Nutrien Sekunder
1. Kalsiam (Ca)
2. Magnesium (Mg)
3. Sulfur (S)

Nutrien Mikro atau Surih
1. Ferum (Fe)
2. Zink (zn)
3. Boron (B)
4. Kuprum (Cu)
5. Molibdenum (Mo)

Isnin, 14 Februari 2011

NASIHAT ITU SUATU PERINGATAN

Pergi berehat di tepi hutan
Hutannya dijaga di tepinya jeram

Nasihat diberi suatu peringatan
Supaya terselamat sebelum karam


Mencari rotan di dalam hutan
Laluan sukar terasa kepenatan

Nasihat dan teguran suatu peringatan
Sebelum terlambat hanyut di lautan




• Atas: Laluan penduduk ke kawasan hutan.
• Tengah: Balak dijadikan sebagai laluan kenderaan berat.
• Youtube: “ Mencari kelainan berehat di tepi hutan ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 13 Februari 2011

PENANTIAN YANG SENTIASA DITUNGGU

Pergi ke kebun mengambil nangka
Singgah sebentar di pekan Pokok Sena
kebebasan disekat langit dah terbuka
kengkangan dilakukan tidaklah bijaksana

Duduk di kampung cukup selesa
Persekitarannya hijau indah sempurna
Angkuh dan sombong semasa berkuasa
Kuasa hilang rakan karib entah kemana



• Atas: Simpang ke jalan besar menuju ke Pokok Sena.
• Tengah: Suasana di kawasan kampung di Bukit Lala.
• Youtube: " Menghijaukan bumi dengan tanaman ’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 12 Februari 2011

KEMATIAN ITU SATU KEPASTIAN

ALFATIHAH, Adun BN Kerdau Pahang Datuk Zaharudin Abu Kassim 63 telah meninggal dunia. Pada 2008 PRU 12 beliau menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim dengan majoriti 1,615 undi.Lalu di sawah bagaikan taman
Sawah menghijau sepanjang perjalanan
Kematian datang terimalah dengan penuh keimanan
Keimanan dirasai dengan penuh keyakinan

Kutip ulam pilih yang muda
Ulam berguna makanan kesihatan
Selamat tinggal semua yang ada
Kematian itu pasti sebagai peringatan



• Atas: Laluan di tepi sawah di Bukit Lala, Pokok Sena.

• bawah: Kawasan persekitaran di kebun, Bukit Lala.
• Youtube: " Alam untuk direnungi ’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 11 Februari 2011

YANG BANGUN DAN YANG REBAH

Rehat di kolam melihat keindahan
Ikan berenang sentiasa tenang
Yang rebah rakyat bangun ingin perubahan
Jasa yang dicurah pasti dikenang

Rehat di kebun terlalu lama
Melihat kehijauan indahnya suasana
Kekayaan diurus perlu dinikmati bersama
Supaya kesilapan yang dilakukan tidak membawa bencana



• Atas: Kehijauan di kolam menambahkan keindahan.
• Tengah: Menikmati suasan kehijauan di persekitaran.
• Youtube: “ Berrehat seketika ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 10 Februari 2011

KHUTBAH JUMAAT DI MASJID SG. DURIAN.

Di Masjid Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah
2 Rabbi'awal 1432 (4 Febuari 2011)

Khatib: Ustaz Muhammad Ramli (Imam Masjid Sungai Durian)

Rabu, 9 Februari 2011

BERKERJA DAN BEREHAT SEKETIKA

Persekitaran hijau dan selesa nikmat untuk semua. Bersama-samalah kita menuju ke arahnyaPersekitaran hijau indah dilihat
Kawasan dibersih sentiasa dijaga

Badan yang letih perlukan rehat

Agar ‘stress’ pulih fikiran pun lega


Cuaca panas terasa dahaga
Minum pelahan jangan tergesa-gesa

Persekitaran yang selesa perlu diusaha

Tenaga diguna badan sihat keceriaan terasa



• Atas: Kehijauan menambahkan keceriaan suasana.
• Tengah: Melihat sambil menikmati suasan kehijauan.
• Youtube: “ Menikmat suasana kehijauan di kebun ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 8 Februari 2011

PELANCUNGAN DI KEDAH MENGGALAKAN

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan kemasukan seramai 50 ribu pelancong ke Langkawi sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membuktikan permintaan terhadap pusat pelancongan tersebut adalah menggalakkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Sei Dr.Ng Yen Yen yang menyelar kerajaan negeri Kedah kononnya kemasukan pelancong ke negeri tersebut merosot.

Menurut Azizan, alternatif bagi menampung kekurangan penginapan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 300 bilik di Langkawi.

Hotel yang akan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad atau PKB ini mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi. Katanya lagi bagi merealisasikan perkara tersebut, pembinaan hotel bajet juga menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dengan harga yang berpatutan.

Azizan berkata, menjadi harapan utama kerajaan negeri untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dalam negara ini.

Disamping itu pulau lagenda ini juga diharapkan akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara khususnya sebagai pusat kesihatan pelancong peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ng telah membidas kerajaan negeri Kedah apabila beliau menyifatkan jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot walaupun peruntukan bagi pelancongan dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah tinggi.
(Sumber: Harakahdaily)

Isnin, 7 Februari 2011

MENGUJUDKAN LAMAN DI KEDIAMAN KITA

Keseronokan melihat laman yang cantik sama asyik dengan melihat ruang dalaman rumah yang menarik, terasa bagikan tidak puas menghayati keindahan yang dipaparkan. Itulah realitinya kehidupan kita, kerana di samping kita sibuk berkerja sendiri atau di pejabat kita juga memerlukan tempat untuk berehat yang selesa.

Pendek kata laman adalah ruang luaran rumah yang perlu diberi perhatian oleh kita semua mengikut kemampuan yang kita ada. Adalah satu kerugian jikalau ruang tanah yang ada kita biarkan ditumbuhi lalang atau dibiarkan kosong sahaja,sedangkan penghuni di pangsapuri mengujudkan taman di ruang balkoni yang amat terhad keluasannya.

Namun bukan laman namanya kalau yang ada cuma sepasu pokok bunga atau sebuah kolam ikan yang berwarna hijau kehitaman airnya. Jadi wajarlah taman dihiasi dengan aneka hidupan untuk halwa mata telinga kita, seterusnya mententeramkan hati dan jiwa kita. Bahan-bahan lain berupa perabut dan perhiasan sekadar melengkapkan suasana di taman.

Lain orang lain citarasanya, yang penting biarlah apa yang kita lalukan dilaksankan dengan penuh minat dan menyeronokkan. Jadikanlah laman di kediaman sebagai tempat untuk kita berehat dan berbincang bersama keluarga. Di samping itu kita dapat menjalin perhubungan kekeluargaan yang harmoni dan diberkati


Ahad, 6 Februari 2011

AMALAN YANG BERTERUSAN

Bersihkan halaman daun yang kering
Supaya bersih mengindahkan halaman

Ulamak dan pemimpin perlu seiring
Dipermudahkan kehidupan dilindungi keamanan


Duduk bersama keluarga di kolam ikan
Minuman dihidangkan bersama manisan

Ilmu dicari perlu diamalkan
Biar pun sedikit tetapi berterusan




• Atas: Kehijauan menambahkan keceriaan suasana.
• Tengah: Menikmati suasan santai dan tenang.

• Youtube: “ Pakat gotong royong ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 5 Februari 2011

SUNGAI DI KEDAH AKAN DIPERINDAH

Sungai Kedah akan diperindahkan dan usaha yang berterusan akan dijalankan dengan mengambil kira suasana persekitaran yang ada dalam usaha menjadikan sungai ini sebagai salah satu daya tarikan pelancong.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, perbincangan akan dilakukan untuk memastikan bahawa Sungai Kedah mampu menjadi daya tarikan.

“Ia juga bersesuaian di mana kita perlu mengambil kira rezab sungai yang dihuni penduduk sepanjang sungai ini sebelum merobohkan setinggan yang ada di sini,” katanya.

Beliau menjelaskan, perancangan yang lebih tersusun perlu ada dalam usaha mengindahkan Sungai Kedah yang ada sekarang ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan menyusuri sepanjang Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit selama dua jam di sini.

Amiruddin berkata, pada peringkat awal, pihaknya akan membincangkan perkara itu dalam usaha memastikan Sungai Kedah yang bermula dari Sungai Kilat sehingga Ampang Jajar ke Istana Anak Bukit untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.

“Mana-mana setinggan yang ada dipersisiran sungai berkenaan akan dirobohkan dan kita akan memperindahkan kawasan berkenaan dan kemungkinan, kita akan mencari dana untuk melaksanakan penyelenggaraan projek itu,” ujarnya.

Tambahnya, kerjasama daripada jabatan-jabatan contohnya, Jabatan Bandar dan Desa serta lain-lain jabatan amat diperlukan dalam usaha bersama-sama menjayakan projek itu.

Sementara itu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' Haji Bashirudin Haji Abdul Jamil berkata, UPEN mempunyai satu program iaitu bengkel bersama penduduk dan pihaknya akan meminta pandangan daripada mereka dan tanpa kerjasama daripada penduduk di tepi-tepi sungai, pelaksanaan itu tidak akan berjaya.

“Kita berharap kawasan di persisiran Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit tidak akan menjadi tempat pembuangan sampah,” jelasnya.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah, Haji Ab. Qahar Osman berkata, pengusaha restoran perlu diberi kesedaran dalam usaha menjaga persekitaran sungai agar berada dalam keadaan bersih dan indah.

“Kita perlu sentiasa mempunyai program secara bersama terutama dalam aktiviti menjaga persekitaran sungai di mana waktu sekarang musim hujan,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi dan Pengarah Urusan Bina Darul Aman Berhad, Dato’ Jahubar Sathik.
(Sumber: Pusat maklumat negeri Kedah)

Jumaat, 4 Februari 2011

PERSEKITARAN YANG INDAH IDAMAN SEMUA

Indah kata seindah bahasa
Itulah kehidupan manusia dunia
Kawasan hijau perlu diusaha
Agar kehidupan sihat dan ceria

Pekan Pokok Sena tempat berniaga
Penduduknya rajin sentiasa berusaha
Persekitaran yang indah perlu dijaga
Alam terpelihara manusia selesa



• Atas: Persekitaran hijau di sawah kg. Kiew, Pokok Sena.
• Tengah: Persekitaran indah yang menceriakan.
• Youtube: “ Berehat sebentar menikmati udara pagi ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 3 Februari 2011

KEBIJAKSANAAN DAN KESABARAN

Pemandangan hijau di Pokok Sena
Sudilah datang kami pasti menanti
Kebijaksanaan yang ada jangan disalah guna
Hidup lama di dunia tidak bererti


Di tepi sungai ditanam kelapa

Buahnya lebat daunnya hijau

Kejayaan dicari halangan menimpa

Rasa terpinggir janganlah risau


Melawat kebun di kawasan Jeniang
Singgah sebentar di tepi bendang

Ujian diterima sabar dan tenang
Musuh yang melakukan akhirnya kecundang




• Atas: Rumah contoh Bandar Sejahtera Pokok Sena.

• Tengah: Guna basikal ke bendang di kg. Bukit Lala, Pokok Sena.
• Youtube: “ Hijau tenang damai”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 2 Februari 2011

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Buah pisang banyak yang masak
Jual ke pasar semasa cuti
Kezaliman pemimpin sudah di puncak
Kejatuhan ditunggu perubahan menanti

Jalan ke sawah menyeberang titi
Berhenti sebentar melihat ikan
Amanah rakyat jangan dikhianati
Keadilan dituntut protes diterjemahkan



• Atas: Laluan ke kebun di kampung Tok Kun, Pokok Sena.
• Tengah: Titi kayu di Kubang Lintah, Mukim Lepai
• Youtube: “ Mengumpulkan skrup di kebun ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ kamera AGFA OPTIMA 100.