Selepas menghantar anak ke sekolah saya terus bersarapan pagi di warung nasi lemak Pak Long di tepi jalan ke Naka. Selepas minum saya terus ke kampung Kolam di Mukim Jabi yang terletak 2 kilometer dari tempat saya sarapan.
Perjalanan ke kampung kolam hanya memakan masa kurang dari 10 miinit. Setibanya di sini saya singgah di satu kawasan di tepi sawah di mana ada orang sedang mengutip ikan dari jaring yang dipasang di dalam sawah.

Sawah-sawah di sini kebanyakannya dipenuhi air hujan yang sering turun waktu petang sejak kebelakangan ini menyebabkan air sungai melimpah bersama ikan-ikan yang berada di dalam sungai.
Dengan cara ini pesawah-pesawah boleh menambahkan pendapatan dengan menangkap Ikan. Mereka memasang jaring dan Ikan-ikan yang lalu di kawasan itu akan terperangkap pada jaring yang mereka pasang.
Mereka mengutip ikan-ikan yang tersangkut ke dalam karung plastik sehingga selesai dan memasangnya semula, begitulah seterusnya. Banyak ikan juga yang mereka perolehi terutama nya ikan keli. Ikan keli sawah yang di jual di pasar Pokok Sena lebih mahal dari ikan keli yang dibela di kolam. Saya dapati ikan keli sawah dijual dengan harga RM 5.00 sekilogram.
Selesai mengambil gambar saya terus ke pasar pokok Sena untuk membeli keperluan dapur. Semasa pulang melalui jalan jauh dengan mengelilingi kawasan kampung melintasi tali air dan sawah, saya tiba di Pekan Pokok Sena pada jam 10.00 pagi.

- Atas: Masjid Kampung Kolam Jabi di hadapan pintu masuk.
- Tengah: Sawah di kampung kolam Mukim Jabi, Pokok Sena.
- Bawah: Jentera membajak diletakan di tepi sawah Kg. Kolam.
- Bawah sekali: YouTube ' Menangkap ikan di kampung Kolam'.
- tiblakedah.blogspot.com @kamera OPTIMA 100.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan