HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 1 Oktober 2010

MASA DEPAN YANG GEMILANG

Pokok Temusu dibuat ukiran
Cantik dihias di ruang depan

Hujahnya dangkal buntu fikiran
Kepercayaan hilang memusnahkan harapan

Menoreh getah sebelum jam lapan
Pergi awal tangan pun ringan

Peneroka berani cerah masa depan
Saat ditunggu mencapai kemenangan


Beli petai perlulah dipilih
Banyak yang muda meniagakan rugi
Peraturan yang dikeluarkan sentiasa berdalih
Kerjasama diperlukan siapa nak bagi



• Atas: Pokok Temusu di tepi jalan Padang Serai, Pokok Sena.
• Tengah: Yunit UPPT.LGM melawat kebun getah di Tobiak, Pendang.

• Tengag 1: Pokok petai di tepi sawah Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: YouTube ' Menoreh getah tua di Bukit Lala'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan