HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 11 Julai 2010

POKOK PENUTUP BUMI

Pastikan pokok pisang yang ditanam hidup subur. Patuhi janga masa yang disyorkan. Jika pokok getah sudah mencapai 4 tahun ia tidak sesuai lagi untuk ditanaman. Lokasi: Getah muda di kebun Haji Saat di Bukit Lala, Pokok Sena..
@tiblakedah.blogspot.com
Dalam amalan pertanian permukaan tanah yang terdedah amatlah tidak diingini. Jika kita baru saja membuat tanaman semula getah ia tidak mampu mengawal permukaan tanah tersebut. Oleh itu tumbuhan lain diperlukan untuk tujuan tersebut.

Pokok penutup bumi boleh dikategori sebagai tumbuhan kecil, sama ada ditanam atau tumbuh sediri. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan, ia itu rumpai, tanaman kontan dan tumbuhan kekacang.

Rumpai ia tumbuh sendiri dan terbahagi kepada dua kumpulan. Rumput yang diperlukan menggunakan sedikit nutrient tanah tetapi cergas tumbesarnya serta mengembalikan banyak bahan hijau pada tanah melalui daunnya, seperti paku anyai, letup-letup, mahang dan lain-lain.

Rumput yang tidak diperlukan pula menggunakan banyak nutrient dari tanah tetapi mengembalikan sedikit saja bahan hijau malah mengeluarkan bahan beracun dari akarnya dan boleh membantutkan tumbesaran pokok getah.

Rumput yang di maksudkan ialah lalang , sendayan, senduduk dan yang termasuk dalam kumpulan ini. Tanaman kontan berupa tanaman jangka pendek seperti jagung, kacang tanah, kacang soya sayur-sayuran dan yang seangkatan denganya. Penanamannya sesuai dalam masa empat tahun pertama, kerana nanungan dari pokok-pokok getah yang semakin membesar akan menganggu tumbesarannya.

Tumbuhan kekacang jenis penutup bumi berupa tumbuhan yang berkebolehan mengikat nitrojen (N) dari udara dan menukarkannya menjadi nitrat melalui bakteria akarnya. Pokok ini terbahagi kepada dua jenis yang menjalar dan tidak menjalar. Yang menjalar terbahagi dua tegak rimbun dan renek.

Untuk memastikan pokok getah tumbuh subur dan cepat ditoreh pembajaan yang betul dan berjadual perlu diikuti dan dipatuhi disamping menjaga rumput rumpai yang tidak diperlukan tumbuh di kawasan kebun. Kita belum terlambat untuk melalukannya.
Gambar hiasan:
  1. Tanaman sampingan pokok pisang di kebun getah Haji Saat di Bukit Lala.
  2. Rumpai yang diperlukan tumbuh meliar di kawasan kebun getak di km 20, Pokok Sena.
  3. Pokok Senduduk boleh memusnahkan kesuburan pokok getah. Lokasi kebun di Bukit Kapal. Perlu diambil tindakan segera memusnahkannya.
  4. Tanaman kacang bendi di kebun getak kampung Pak Kiaw, Pokok Sena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan