HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 27 Julai 2010

MENAUT IKAN

Kegiatan menaut ikan di sekitar sungai dan paya di kawasan Titi Haji Idris di waktu petang. Menaut ialah menangkap ikan haruan mengunakan taut, (biasanya gunakan buluh)anak ikan sepat hidup akan dicakok pada mata pancing. Taut dicacak di tepi sungai atau parit.Pergi menaut di Titi Haji Idris
Taut dipasang bersama umpan
Buat jahat jangan sampai terhiris
Musnahlah impian di masa hadapan

Pergi ke kebun singgah di telaga
Henti sebentar petik buah peria
Makanan baik kesihatan dijaga
Wang berlebih hidup ceria

Sayuran mudah ditanam di kawasan rumah, pokoknya segar menghijau tanpa menggunakan racun serangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan