HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 9 Julai 2010

JALAN KE KEBUN UDARANYA SEGAR

Pokok palas sering digunakan oleh penduduk di kawasan Pokok Sena semasa kenduri atau paling banyak digunakan musim perayaan. Pokok palas anyam ketupat
Daunnya lembut senang dilipat
Pandai berdalih orang lain dikunci rapat
Hujah yang diberikan jarang yang tepat

Petang hari ke Kuala Pai
Jalannya berbukit sedikit paya
Sesat jalan mungkin tak sampai
Iklas dan jujur pasti berjaya

Jalan ke kebun udaranya segar
Daunnya hijau mengindahkan suasana
Nasihat yang baik perlu didengar
Agar kehidupan penuh bermakna

Pondok rehat di tepi jalan
Bumbungnya tebal bersusunkan lalang
Makan yang enak tidak tertelan
Pemberian diberi diungkit sentiasa diulang

Sawah padi luas terbentang
Sungai mengalir tidaklah deras
Yang hak jangan ditentang
Selagi fikiran sempurna dan waras

  1. Jalan ke kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
  2. Pandu arah ke kampung Kuala Pai, Kuala Nerang.
  3. Laluan di kawasan kebun getah Bukit Larik, Pokok Sena.
  4. Pondok rehat di tepi lebuh raya ke pekan Changlon.
  5. Sungai Tualang, Pokok Sena. Airnya jernih tenang tiada buaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan