@tiblakedah.blogspot.com
Penanam anak getah dengan cara yang betul di kebun amatlah penting untuk membantu mencepatkan pokok getah membesar. Jika peraturan ini diikuti serta kaedah pembajaan yang sempurna dilakukan ia akan memendekkan tempoh pokok ditoreh.Anak benih getah diangkut ke kawasan yang telah digali lubang untuk ditanam.
Peringkat awal yang perlu dilakukan ialah penyediaan lubang. Lubang yang berukuran 60x60X60cm (2X2X2’) hendaklah digali sebelum penananaman dibuat. Pancang hendaklah dibuat sebelum lubang digali. Jarak antara pokok adalah jangan kurang dari 2 meter (6’ 7”).
Tanah yang telah dikorek hendahlah diasingkan kepada 2 bahagian, *bahagia atas separuh dan **dalam separuh. Di antara tujuan lubang dibuat mengikut ukuran tersebut adalah seperti berikut.
- Mendapakan sebungkah tanah yang tergempur.
- Memudahkan pembangunan akar di peringkat permulaan yang kritikal.
- Mengeluakan batu-batan dan bahan keras berada dalam tanah.
- Mengeluarkan punca penyakit akar jika ada.
- Membolehkan berlakunya luluhawaan pada lubang.
- Memudahkan pemberian baja asas.
- Memudahkan penanaman benih (anak getah)
Penanaman anak getah dalam sehektar yang biasa disyorkan adalah di antara 400 hingga 500 pokok. Kebiasaanya penanaman anak getah yang mendapat bantuan dari pihak RISDA adalah benih polibeg, manakalah jenis klon telah di tetapkan oleh pihak RISDA dalam skim bantuan untuk pekebun kecil.
Setelah lubang sudah tersedia lebih awal, masukkan benih getah polibeg tadi di tengah di dalam lubang pastikan bekas cantuman tertanam sedalam satu pusaran daun, sekiranya terkedalam tambahkan tanah. Potong bahagian bawah polibeg untuk mendedahkan tanahnya.
Anak benih yang sudah ditanam, serkupan belum dibuat.
Kambus separuh lubang dengan tanah di *bahagian atas, potong menegak bahagian tepi polibeg dan cabut dengan cermat. Ratakan tanah hingga penuh dengan baki tanah dengan digaulkan 113 g baja debu fosfat asli seperti CIRP. Padatkan tanah yang di pinggir lubang sahaja supaya tidak rosak akarnya. Letak sungkupan (lalang atau rumput rampai yang mudah diperolehi di kawasan persekitaran) di keliling pangkal anak benih getah pokok.
Setakat ini saja yang saya dapat jelaskan di peringkat awal penanaman, jika ada masa terluang saya akan terangkan keperluan sungkupan dibuat dan kaedah pembajaan berjadual dijalankan untuk memastikan pokok getah yang ditanam hidup subur dan mendapatkan pulangan yang memuaskan, jumpa lagi.