@ tiblakedah.blogspot.comSudah lama saya ingin mengambil pokok Tanduk Rusa yang terletah di kebun getah kepunyaan Abang Ishak (Orang di sini panggil Ak) . Setelah selesai menghantar anak ke sekolah saya terus ke kebunnya. Motosikal yang saya pandu hampir tergelincir di sebabkan jalan licin. Berapa hari yang lalu kawasan ini telah mengalami hujan yang sangat lebat menyebabkan jalan berlecah.
Kebetulan semasa saya tiba di kawasan ini, Saudara Asri sedang menoreh getah, dia mengambil upah daripada kebun abang Ak. Saya meminta jasa baiknya untuk mengambil pokok Tanduk Rusa yang terletak di celah dahan pokok getah. Jaraknya lebih kurang 3 meter dari paras tanah, dia terus mengambil tangga di rumahnya yang terletak hanya merapa meter dari lokasi pokok yang saya temui.Saya sempat merakam gambar pokok Tanduk Rusa yang diambilnya. Setelah selesai saya terus ke rumahnya untuk mengambil gambar kambing di kandangnya yang terletak tidak jauh dari tempat kediamannya. Sebanyak 17 ekor kambing baka kampung serta berapa ekor lembu yang dipeliharannya membiak dengan sempurna tanpa menghadapi masaalah diserang penyakit yang merbahaya. Setakat ini beliau masih mengusahakan ternakan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.
Arkib tibla : Mengambil pokok Tanduk Rusa di dahan pokok getah


Yang pasti kita akan dipulangkan jua akhirnya (kubur lama : lokasi di Masjid Sungai Durian Pokok Sena, Kedah -
@ tiblakedah.blogspot.com
Saya menyusuri jalan pintas melalui kebun getah milik isteri dan penduduk tempatan di sini.
Dia memberitahu kepada saya bahawa sudah hampir seminggu dia tidak pergi menoreh di sebabkan hujan. Mujurlah dia mengusahakan ternakan kambing kampung baka biasa jadi bolehlah dia menambah pendapatan yang sedia ada. Setakat ini kambing peliharaannya sudah berjumlah sebanyak 17 ekor, termasuk tiga ekor jantan dan 14 ekor betina.
Saya tiba di projek ternakan ikan keli pada pukul 11 pagi dan kebetulan saudara Abd Rahim baru balik dari Bukit Tembaga kerana urusan pembelian benih anak ikan keli. Kami berbual panjang tentang projek ini bermula daripada penyediaan tapak, pembelian benih, makanan ikan dan kemudahan pemasaran yang diperolehi. Walau bagaimanapun ini semuanya saya akan siarkan di dalam blog saya : 
@ tiblakedah.blogspot.com
Mereka tinggal di sepanjang jalan ke Kuala Nerang yang terletak di km 22 dari bandar Alor Setar. Ada juga yang tinggal 2 km dari jalan besar, tetapi kebanyakkan rumah di sini sudah ada kemudahaan jalan tar, bekalan air, letrik dan komunakasi.
Suasana di sini agak sunyi terutamanya di waktu malam hari, tiada bunyi kenderaan yang lalu lalang yang ada cuma mereka yang baru pulang dari masjid atau ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Jalan di sini gelap apabila waktu malam kerana tiada lampu jalan yang disediakan, yang ada cuma unggas kelip-kelip yang kelihatan terbang di udara.
Oleh : @ tiblakedah.blogspot.com
Beginilah kehidupan zaman kanak-kanak di kampong sungguh menyeronokkan. Banyak yang mereka boleh pelajari dan alami sendiri bila mereka rajin melakukanny. Suasana persekitaran rumah yang selesa dan ceria dengan kemudahaan bilik bacaan, kemudahaan teknologi maklumat dan tempat riadah amatlah diperlukan sekiranya kita mampu meyediakannya mengikut kemampuan yang ada.
Ribut dan angin kencang sukar untuk menumbangkan pokok yang mempunyai akar tunjang yang kuat dan teguh kecuali pokok yang ditanam di tepi pantai yang boleh dihakis oleh ombak. Pokok yang rendang boleh juga sekali-sekala kita buat berteduh bila cuaca panas terik.