HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 28 November 2008

D.RAZALI ISMAIL MENINGGAL

Razali professional, atasi politik kepartian Abdul Aziz Mustafa Sat Nov 29, 08 1:35:28 am MYT

Photobucket Photobucket
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.
"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.

Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan. "Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya.

Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberikan jawapan yang bersemangat mengenai pendidikan di Dewan Rakyat. "Selain sifatnya yang diakui ramai Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang sebagai baik dan berbudi bahasa, cara Ismail menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementeriannya juga menyebabkan beliau dihormati. "Bila menjawab, beliau begitu bersemangat. Saya rasa hampir tidak pernah berlaku ahli-ahli Parlimen pembangkang bercakap dengan kasar kepada Ismail dalam Dewan. "Mungkin ada, tetapi amat sukar diingati perkara sedemikian pernah berlaku," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Razali juga, kata Mahfuz, begitu komited untuk membina generasi muda yang berilmu.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu adalah pegawai Kementerian Pelajaran. Mohamad dan Mahfuz mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff dan keluarganya.

Rabu, 26 November 2008

EIDUL ADHAR

Photobucket
Pemandangan di Arafah
Photobucket

Ahad, 23 November 2008

LAWATAN KE SCS JABI P. SENA

Photobucket
Sila enter
Lawatan saya di Wisma SCS Jabi, Pokok Sena, pada 24 hb November 2008 adalah sekadar melihat dari dekat jentera-jentera yang ditempatkan bersebelahan dengan pejabat syarikat. Saya telah diperkenalkan dengan PR syarikat kemudian saya telah dibawa ke bilik pameran oleh juruteknik syarikat.

Saya juga telah diberi penerangan tentang jentera-jentera pembajak sawah dan ladang serta peralatan tambahan yang perlu digunakan. Peralatan seperti alat menabur benih, membaja dan lain-lain kegunaan telah diterangkan secara lebih terperinci.

Harga-harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan jentera dan peralatan yang diperkenalkan bersesuaian dengan keadaan semasa. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat yang telah meluangkan masa memberi penerangan dan risalah jentera dan peralatan yang ditawarkan.

Isnin, 17 November 2008

BUANG YANG KERUH

Photobucket

Buang yang KEROH, Ambil yang JERNIH

SEMOGA SELAMAT

PhotobucketAssalamulaikum kepada semua sahabat yang akan bercuti sempena cuti sekolah yang sedang bermula, kami mengucapkan selamat pulang dan berhati-hatilah di jalan raya.

Kepada jemaah haji yang baru berangkat menunaikan ibadah haji diharapkan selamat sampai ke Makkah semoga mendapat haji yang mabrur. Yang belum pergi berazamlah untuk ke sana agar dapat menyempurnakan rukun islam yang ke lima. Yang akan melangsungkan perkahwinan, kami harapkan semoga anda semua bergembira dan cerialah hendaknya.

Setiap usaha yang kita lakukan dengan niat dan jalan yang betul insyaAllah akan berjaya jua akhirnya sama ada di dunia atau Akhirat. Jumpa lagi.

Photobucket

Pemandangan jemaah Haji di Arafah Mekkah.


Ahad, 16 November 2008

DEMI MASA




"Demi Masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mereka beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan tentang perkara hak (kebenaran) dan berpesan-pesan dengan kesabaran. "
(Maksud surah Al-Asr')

Selasa, 11 November 2008

MELAMINE



Photobucket

Melamine ialah sebatian organik yang terdiri daripada karbon ,oksigen dan nitrogen (kandungan N yang tinggi 66%).

Melamine digunakan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.

Melamine mempunyai kandungan N yang tinggi.Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang¬undang di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Walaupun melamine mudah larut di dalam air dan mudah disingkirkan melalui urin, buah pinggang manusia tetapi mempunyai hadnya tersendiri. Akibatnya, pada dos melamine yang tinggi, ginjal tidak lagi mampu menyingkirkannya
dari tubuh badan manusia.

Oleh itu, kepekatan melamine akan bertambah seterusnya membentuk kristal
yang turut dikenali sebagai batu karang.Pembentukkan batu karang ini akan bertambah saiz dari semasa ke semasa yang akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal yang serius.

Pengambilannya melalui makanan boleh mengakibatkan:-

•kerosakan pada sistem pembiakan.
•pembentukkan batu karang dalam ginjal dan
pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.

Pelupusan biskut yang mengandungi melamine

Jumaat, 7 November 2008

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Photobucket

Kepada:
Sahabat-sahabat di LGM, Darul Hidayah dan semua kaum muslimin dan muslimat di mana saja anda berada. Takbir.

Daripada:

  • Kami sekeluarga.
  • KT84. 2006/1427