HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 26 September 2013

PENGHORMAT TERAKHIR ALLAHYARHAM UST. AZIZAN

Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepah Allahyarham

Yang di Pertuan Agong, isteri dan orang ramai hadir untuk menziarai jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi. 

Kehadiran orang ramai tidak putus-putus
Orang ramai juga berkesempatan menunaikan solat jenazah diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa. 
Musasah Darul Ulum, Pokok Sena
Selepas solat jenazah, jenazah Allahyarham telah dibawa untuk dikebumikan di Darul Ulum yang terletak kira-kira 17 km dari Markas PAS jalan Langgar.

Ribuan orang ramai yang sudah menunggu sebelum jenazah tiba sekitar jam 5.00 petang. Keadaan di sini sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang tidak putus-putus sejak pukul 4.00 petang.

Majlis di akhiri dengan bacaan talqin, keadaan lalu lintas terkawal dengan dibantu pihak polis dan Unit Amal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan