Jumaat, 27 September 2013
ABU DAN DEBU
Musim panas jalan kampung berdebu
Berhati-hati pandu pelahan
Asalkan bukan Umno singkat Abu
Rakyat bermaklumat inginkan perubahan
Pergi ke sawah memancing ikan
Cacing diguna sebagai umpan
Rakyat hidup dalam ketakutan
Bunuh dan rompakan satu ancaman
• Atas: Jalan ke Bukit Lala sebelum Oktober 2007.
• Bawah: Memancing di terusan di kawasan sawah.
Khamis, 26 September 2013
PENGHORMAT TERAKHIR ALLAHYARHAM UST. AZIZAN
Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepah Allahyarham |
Yang di Pertuan Agong, isteri dan orang ramai hadir untuk menziarai jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.
Orang ramai juga berkesempatan menunaikan solat jenazah diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Selepas solat jenazah, jenazah Allahyarham telah dibawa untuk dikebumikan di Darul Ulum yang terletak kira-kira 17 km dari Markas PAS jalan Langgar.
Ribuan orang ramai yang sudah menunggu sebelum jenazah tiba sekitar jam 5.00 petang. Keadaan di sini sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang tidak putus-putus sejak pukul 4.00 petang.
Majlis di akhiri dengan bacaan talqin, keadaan lalu lintas terkawal dengan dibantu pihak polis dan Unit Amal.
Rabu, 25 September 2013
BERAT YANG ADA TIDAK TERPIKUL
Ke UUM Sintok jalan tidak bertol
Jalan pintas Wang Tepus terasa mudah
Berat yang rakyat tanggung sudah tidak terpikul
‘GST’ ditambah menjadi parah
Persekitaran hijau jalannya terurus
Tiada kesesakan mudah berkereta
Rakyat berjimat kerajaan boros
Mana mungkin kata dikota
• Atas: Pemandangan di laluan Wang Tepus, daerah Kubang Pasu.
• Bawah: Memandu di jalan Bandar Alor Setar.
Isnin, 23 September 2013
ARANG DAN ABU
Duduk di kampung udara segar
Pokok menghijau mengurankan debu
Jalan yang dilalui semangkin sukar
Kalah menang jangan menjadi arang dan abu
Ke bandar Alor Setar pandu sendirian
Jalan selesa tiada kesesakkan
Maruah hilang demi jawatan
Jawatan diguna mengaut kekayaan
• Atas: Halaman rumah.
• Bawah: Memandu di jalan Langgar berhampiran tol.
• Youtube: Heavy Metal Punk Musician.
Rabu, 18 September 2013
MOHONLAH KEAMPUNAN
Jalan keluar melalui kebun
Suasan lenggang kedengaran azan
Tersalah silap mintalah ampun
Dosa dilakukan berterusan jangan
Pagi-pagi sudah ke pekan Pokok Sena
Hadir ke masjid solat berjemaah
Jangan duit hilang entah kemana
Bumiputera dibela bunyinya indah
• Atas: Laluan di kawasan kebun getah sebelum waktu subuh.
• Bawah: Pemandangan selepas subuh di pekan Pokok Sena.
• Youtube: 11 tanda orang yang berbahagia – Ust. Dato’ Ismail Kamus.
Sabtu, 14 September 2013
JERANGKAP SAMAR
Air sungai jangan dicemar
Sampah sarap dibuang jangan sembarang
Melayu diperjuangkan toleransinya samar
Undi dirayu jerangkapnya wang
Menoreh getah tidaklah pasti
Sentiasa hujan langit pun gelap
Kebenaran disampai mulut terkunci
Wang dikipas kian berhujah kian malap
• Atas: Pemandangan di tepi sungai di Telaga Mas, Pokok Sena.
• Bawah: Awan gelap, pemandangan di Batu 13 , Pokok Sena.
Jumaat, 13 September 2013
ROMPAK DAN CETAK ROMPAK
Ke pejabat Alor Setar naik kereta
Parking di Mezum diRaja berbayar tidak
Bunuh dan rompak angkara gangster
Cerita KL Gengster pula CDnya pula dicetak rompak
Hari minggu hadiri kenduri
Kenduri pula di rumah jiran
Bunuh rompak gengsterisme menjadi industri
Rakyat hidup dalam ketakutan
• Atas: Pemandangan di satu jalan di bandar Alor Setar.
• Bawah: Majlis kenduri kahwin di kampung Bukit Lala.
• Youtube: Live is better when you're happy.
Khamis, 12 September 2013
SOKONGAN DAN KESETABILAN
Kerbau lintas atas jalan
Berhenti sekejap ambil gambar
Antara kesetabilan dan demokrasi dibuat pilihan
Wang sogokan pemilihan menjadi amat sukar
Ke UUM Sintok laluan Wang Tepus jadi pilihan
Perjalanan lancar dengan kehijauan kiri dan kanan
Kroni kaya raya rakyat dibeban
Beban ditanggung akan menghakis minat sokongan
• Atas: Pemandangan di kawasan kampung menuju ke Kuala Pai.
• Bawah: Perjalanan menuju ke Wang Tepus.
Isnin, 9 September 2013
SERBA TAK KENA
Kampung kami di Bukit Lala
Di negeri Kedah kawasan Pokok Sena
Jika kehidupan tidak tentu hala
Apa yang dibuat serba tak kena
Belum disapu sudah pun gugur
Daun kering sentiasa berguguran
Salah silap terima perlu ditegur
Supaya tidak tertipu cintakan keduniaan
• Atas: Pemandangan di waktu pagi di Tibla.
• Bawah: Duduk rehat di pangkin di halaman rumah.
Sabtu, 7 September 2013
BEBAN YANG BERPANJANGAN
Halaman rumah membela ikan
Kolam jernih, pokok menghijau mencerahkan mata
Beban ditanggung hanya rakyat dikenakan
Disuruh berjimat kepayaahan rakyat sudah pun nyata
Hari panas kait kelapa
Rasa letih baring tertidur
Beban rakyat bertimpa-timpa
Impian diharap menjadi kabur
• Atas: Kolam ikan ternak talapia di halaman.
• Bawah: Tempat rehat balik dari kebun.
• Youtube: Jom makan ikan bakar.
Jumaat, 6 September 2013
DITABUR DEDAK
Pergi menoreh tidaklah jauh
Di sebelah rumah penatnya tidak
Ayam sabung mudah disuruh
Kuku terbenam ditabur dedak
Makan tengah hari santai di halaman
Angin bertiup menghilangkan penat
Dedak ditabur ayam bertempiaran
Larinya dekat mengintai jerat
• Atas: Kebun getah di sekeliling rumah.
• Bawah: Sembang santai di bawah rumah kampung di Tualang.
Khamis, 5 September 2013
DULU DAN SEKARANG
Dulu berbasikal sekarang berkereta
Jalan tar tentu sempurna
Tarik nafas apa nak kata
Rakyat berjimat kerajaan boleh guna
Hujan lebat duduk di rumah
Angin bertiup diselengi petir
Rakyat berjimat pemimpin berhemah
Negara maju rakyat tidak terpinggir
• Atas: Pemandangan di waktu petang di sawah kawasan Tualang.
• Bawah: Sembang santai di rumah kampung di Tualang.
Isnin, 2 September 2013
MANA JANJI MANISMU
Persekitaran hijau matahari bercahaya
Pagi yang dingin sudah berakhir
Minyak naik macam tidak percaya
Janji manis tebu ditanam hanya di bibir
Tinggal di kampung indahnya kehijauan
Hidup di bandar sudah berlalu
Rakyat dibebani sentiasa berterusan
Janji pemimpin rakyat dikenakanlah dahulu
• Atas: Suasana indah dengan kehijauan.
• Bawah: Berehat seketika untuk sarapan pagi.
• Youtube: Setuju barang naik.
Ahad, 1 September 2013
PASTI DIJEMPUT PULANG
Pemandangan indah di petang
Cuaca dingin segar selesa
Badan sihat kematian datang
Saat kematian tidak kenal usia
Datang berkursus tinggal percuma
Pukul lima sudah pun siang
Hidup di dunia tidaklah lama
Yakin dan pasti dijemput pulang
• Atas: MRB di Brickendenbury London UK. (gambar kenangan)
• Bawah: Tempat tinggal di Flat di Bandar Hertford UK.
• Youtube: Masihkah kau ingat.
Langgan:
Catatan (Atom)