HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 2 Januari 2012

KERAJAAN DI DUNIA JARANG YANG KEKAL

Cabut semaian naik basikal
Lalu di sawah pemandangan hijau
Kerajaan di dunia jarang yang kekal
Tiba masanya rakyat usahlah risau

Tanah terbiar sudah dipulih
Pokok yang ditanam subur kehijauan
Kuasa diberi rakyat yang pilih
Bangun jatuh terimalah kenyataan

• Atas: Berbasikal ke sawah di kawasan kampung di Tualang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan