ALOR SETAR – Rakyat negeri Kedah dijemput meraikan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah ke Kuala Lumpur sempena pelantikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14, Selasa ini (13 Disember 2011).
KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah dijangka diarak oleh rakyat jelata dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim jam 7.00 pagi dengan menggunakan kenderaan khas.
Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan Korporat), Mohamad Rizal Mohamad Radzi, perjalanan adalah sejauh 5.3 kilometer dengan mengambil masa 30 minit memberi ruang kepada rakyat bagi melihat baginda berdua sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.
“Rakyat dijemput untuk sama-sama meraikan baginda berdua berangkat ke Kuala Lumpur pada hari Selasa ini.
“Sepanjang perjalanan dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang, pertunjukan silat turut diadakan di setiap hentian bas, dijangkakan lebih 30,000 rakyat akan berkumpul disepanjang perjalanan ini,” ujar beliau.
Untuk makluman pengguna, jalan tersebut akan ditutup untuk laluan bermula 6.30 pagi hingga 9.00 pagi.
Sumber: Warta Daru Aman.
Penghormatan bersejarah buat Sultan Abdul Halim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan