Kami sekeluarga telah menghadiri majlis jamuan hari raya yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, YB Dato Ustaz Azizan Abdul Razak pada 4 September 2011.
Kami tiba awal di sana sekitar jam 11 pagi kerana kebetulan menghantar anak lelaki kami ke perhentian bas Sahab Perdana untuk balik ke Kolej Mara di Pasir Mas Kelantan yang basnya bertolak pada jam 10.00 pagi.
Kami beruntung tiba awal kerana dapat 'parking' kereta di kawasan kediaman Menteri Besar. Jika tidak terpaksalah 'parking' kereta di tempat yang agak jauh di kawasan luar kediaman dan terpaksa berjalan jauh.
Setibanya di sana, kami terus menuju ke kawasan khemah yang disediakan bagi mencari tempat duduk yang sesuai. Makanan pada ketika itu belum tersedia sepenuhnya. Jamuan rasmi hanya bermula pada jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang.
Sementara menunggu, saya mengambil gambar di persekitaran kawasan Seri Mentalon dan kawasan gerai-gerai yang menyediakan makanan. Gerai yang saya terlihat ialah gerai minuman, satay, murtabak, lontong, kuih muih, tapai, rojak, mihun sup, mee goreng, mee rebus, cendol pulut, nasi dagang, dan banyak lagi.
Sebelum jamuan rasmi pada pukul 12.00 para pekerja dan petugas telah diberi jamuan awal sekitar jam 11.00. Kami mengambil peluang makan bersama mereka kerana ingin pulang awal dan memberi peluang untuk tetamu lain yang hadir untuk duduk di meja makan.
Tepat jam 12.00, tetamu mulai hadir membanjiri kawasan gerai dan khemah yang disediakan. Pada masa yang sama Dato’ Ustaz Azizan Abdul Razak turut hadir dengan bersalaman dengan orang ramai. Pada masa yang sama beliau telah bertemu dengan wakil sami budha bagi meraikan kehadiran mereka di majlis tersebut.
Kami balik pada pukul 12.05 tengah hari. Ketika itu orang ramai terdiri daripada berbilang bangsa berpusu-pusu datang memenuhi ruang khemah yang disediakan. Dengan kehadiran mereka semua ini secara tidak langsung memeriahkan lagi majlis tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan