Singgah di Masjid Al Bukhary di waktu petang Datang awal untuk mendengar ceramah Syawal ditinggalkan Zulkaedah datang Selamat datang tetamu Allah di bumi Mekah al-Mukarramah
Masjid Al Bokahary indah dan damai Pokok korma dihias cantik kelihatan Ibadah Haji kewajiban ditunai Semoga hidup dalam ketaatan
• Youtube: “ Bersih dan indah Masjid Al Bokhary Alor Setar, Kedah ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Tangkap haruan gunakan taut Haruan yang makan jarang yang lepas Fahamya tidak kenapa takut Peluang diberi pastinya jelas • Atas: Getah dewasa belum ditoreh di kampung Tuk Kun. • Youtube: “ Hukum hudud – Dr. Maza ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Kawasan rehat antara kubur dan masjid Al Bukhary. • Bawah: Tangga ke ruag solat masjid Al Bukhary, Alor Setar. • Youtube: “ Terima bantahan PAS – SPR gugur 52 nama ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Kelapa yang jatuh sudah bercambah Hanyut jauh tersangkut di titi Yang zalim perlu diubah Keadilan dicari lebih bererti
• Atas: Jalan masuk ke kawasan kebun di Jitra ". • Youtube: “ Seminar membena negara sejahtera – Dr. Maza ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Sabit rumput untuk makanan lembu di Bukit Lala. • youtube: " Menafikan hakikat - Dr. Maza ". • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Halaman di masjid Al Bokhari, Alor Setar. • Youtube: “ Sejarhwan perlu bebas dari politik ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Persekitaran hijau bersih selamat Udaranya segar tinggal di halaman Suara rakyat suara keramat Kebosanan mencekam perlukan perubahan
Pemandangan dilihat sambil berdiri Persekitaran menghijau pohon-pohon merendang Hujah diberi memakan diri Rakyat perlu ubahnya sekarang • Atas: Halaman di masjid Al Bokhari, Alor Setar. • Bawah: Jalan masuk ke masjid Al Bokhari. • Youtube: “ Selamatkan bumi dengan kehijauan ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Menoreh getah kebun kehijauan Cuaca redup hilang keletihan Setiap kepayahan ada kemudahan Kemudahan dilalui dengan kesabaran
Rehat di kebun bagaikan taman Cuaca redup dilindungi pohon kehijauan Kesabaran menempuh pelbagai dugaan Hadapilah dengan doa dan harapan
• Atas: Suasana pagi di kebun getah di Bukit Lala. • Bawah: Pondok di kawasan kampung di Dehrang. • Youtube: “ setiap kepayahan ada kemudahan ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Pergi ke kebun mengambil daun palas Jalanya jauh terasa haus Kebenaran dilihat semakin jelas Kepalsuan terkubur bersama arus
• Atas: Sawah dirata sebelum ditabur benih di Jabi. • Bawah: Pokok palas di di celah pokok besar di Bukit Lala. • Youtube: “ Di mana jua anda berada kita saling memerlukan ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100
• Atas: Sawah ditengelami air di Bukit Lala. • Bawah: Ibu kambing baru melahirkan anak. • Youtube: " UMNO fears the facts of history ". • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Tanam padi menggunakan jentera di Pendang. • Bawah: Sawah kawasan tadahan hujan di Bukit Lala. • Youtube: “ Foram Mat Indera - pejuang atau pengkhianat ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Halaman hijau indah dipandang Selepas solat berehat di sini amat sesuai Kapal karam Yu yang kenyang Musnah harapan hancur berkecai
Rehat di wakaf hampir terlena Letih memandu jauhnya perjalanan Wang rakyat telah disalah guna Demi mencipta nama milik kepartian
• Bawah: Wakaf di tepi jalan keluar Masjid Al Bokhari. • Youtube: “ Singgah solat di Masjid Al Bokhari Alor Setar ”. • Atas: Kawasan Masjid Al Bokhari di Alor Setar, Kedah. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Masjid Al Bokhari kebersihannya terjaga Kehijauan persekitaran indah terpelhara Hidup ceria keluarga bahagia Kebahagiaan dinikmati selamat sejahtera
Pohon korma subur tinggi kehijauan Indah dipandang bagaikan taman Doa dipohon istikomah dan kesungguhan Dunia dan Akhirat cita-cita dan harapan
• Atas: Anjung masjid Al Bokhari di Alor Setar, Kedah. • Bawah: Pohon korma hidup subur di halaman masjid. • Youtube: “ Ke universiti Utara Malaysia ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
• Atas: Chalet di kampung Usaha Jaya Kinabatangan, Sabah. • Youtube: “ Setiap yang bermula pasti berakhir ”. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Ke Seri Mentalon berhari raya Datang awal ‘parking’ di halaman kediaman Ilmu yang berguna memberi cahaya Cahaya pertunjuk sepanjang jalan
Datang awal di Seri Mentalon 'parking' di halaman Halaman kehijauan dihiasi air pancutan Setiap kedukaan ada sinar kebahagian Kebahagiaan hakiki hindari bisikan syaitan
• Atas: Kediaman rasmi MB di Seri Mentalon, Alor Setar. • Bawah: Pancutan air di pintu masuk rumah kediaman rasmi. • tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Kami sekeluarga telah menghadiri majlis jamuan hari raya yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, YB Dato Ustaz Azizan Abdul Razak pada 4 September 2011.
Kami tiba awal di sana sekitar jam 11 pagi kerana kebetulan menghantar anak lelaki kami ke perhentian bas Sahab Perdana untuk balik ke Kolej Mara di Pasir Mas Kelantan yang basnya bertolak pada jam 10.00 pagi.
Kami beruntung tiba awal kerana dapat 'parking' kereta di kawasan kediaman Menteri Besar. Jika tidak terpaksalah 'parking' kereta di tempat yang agak jauh di kawasan luar kediaman dan terpaksa berjalan jauh.
Setibanya di sana, kami terus menuju ke kawasan khemah yang disediakan bagi mencari tempat duduk yang sesuai. Makanan pada ketika itu belum tersedia sepenuhnya. Jamuan rasmi hanya bermula pada jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang.
Sementara menunggu, saya mengambil gambar di persekitaran kawasan Seri Mentalon dan kawasan gerai-gerai yang menyediakan makanan. Gerai yang saya terlihat ialah gerai minuman, satay, murtabak, lontong, kuih muih, tapai, rojak, mihun sup, mee goreng, mee rebus, cendol pulut, nasi dagang, dan banyak lagi.
Sebelum jamuan rasmi pada pukul 12.00 para pekerja dan petugas telah diberi jamuan awal sekitar jam 11.00. Kami mengambil peluang makan bersama mereka kerana ingin pulang awal dan memberi peluang untuk tetamu lain yang hadir untuk duduk di meja makan.
Tepat jam 12.00, tetamu mulai hadir membanjiri kawasan gerai dan khemah yang disediakan. Pada masa yang sama Dato’ Ustaz Azizan Abdul Razak turut hadir dengan bersalaman dengan orang ramai. Pada masa yang sama beliau telah bertemu dengan wakil sami budha bagi meraikan kehadiran mereka di majlis tersebut.
Kami balik pada pukul 12.05 tengah hari. Ketika itu orang ramai terdiri daripada berbilang bangsa berpusu-pusu datang memenuhi ruang khemah yang disediakan. Dengan kehadiran mereka semua ini secara tidak langsung memeriahkan lagi majlis tersebut.