HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 9 Ogos 2011

KEPENTINGAN DATANG PANDUAN HILANG

Ke pelabuhan Lumut di waktu petang
Pemandangan indah di hari minggu
Kepentingan datang panduan hilang
Hanyut ke laut jerung menunggu

Berehat santai di kawasan jeti
Indahnya laut di waktu petang
Bayangan dikejar tidak akan berhenti
Tersepak batu bayang pun tumbang



• Atas: Balik kampung singgah di Lumut, Perak.
• Bawah: Di tepi jeti pelabuhan Lumut, Perak.
• Youtube: Kembalilah - Dr. Maza".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan