HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 26 April 2011

KEPERCAYAAN HILANG MUSNAHNYA IMPIAN

• Hai anakku; seseorang pendusta akan cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.(Luqman Hakim).Jalan ke kampung menghijau ditumbuhi lalang
Lalang kering terbakar laluan terhalang
Bangsa bermarwah sentiasa terbilang
Penyelewengan berluasa kepercayaan rakyat hilang

Air perigi diangkut ke dalam tempayan
Airnya jernih sejuk terasa kedinginan
Kepecayaan hilang musnahnya impian
Impian terputus di tengah jalan persimpangan



• Atas: Tepi jalan ditumbuhi lalang di kg. Bukit Lala, Pokok Sena.
• Tengah: Air telaga masih boleh digunakan di masjid Tanjung Musang.
• Youtube: “ Warga Patani menoreh getah tua ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

INFO KEDAH SEJAHTERA
Dengan sentuhan di jari langit sudah terbuka. Jangan biarkan diri kita dikongkong dengan SATU media Perdana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan