HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 29 Disember 2011

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

Ke UUM Sintok sampainya petang
Melawat rusa di tepi hutan
Kemarahan datang kesabaran hilang
Perpisahan dielak dengan kemaafan


Rusa dibela di sekitar bukit
Binatang diternak tidaklah pupus

Sedangkan lidah lagi tergigit
Walupun tergigit janganlah putus

• Atas: Memberi daun kepada rusa di kawasan UUM Sintok.
• Bawah: Rusa jinak di kawasan UUM Sintok, Kedah.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 27 Disember 2011

SINAR KEMENANGAN SEMAKIN CERAH

Padi semaian sedang diubah
Diangkut terus ke dalam sawah

Sokongan rakyat kian bertambah
Kemenangan yang diharapkan semakin cerah


Dapat haruan sebesar lengan

Haruan dipancing diatas titi

Kesedaran anak muda perlukan bimbingan
Masa depan negara merekalah penganti



• Atas: Memindah semaian di ke kawasan sawah di Tualang.
• Youtube: " Rakyat berhak berhimpun dan bersuara ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 26 Disember 2011

KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA

Kutip skrup di pagi hari
Kebun bersih mengerjakannya mudah

Bantuan diperolehi mudah diberi
Rakyat sejahtera negeriku Kedah

Tabur baja pilihlah jenis yang sesuai
Pokok akan subur daun sentiasa kehijauan
Kemenangan yang yakini hancur berkecai
Pakatan rakyat menjadi pilihan Be’ end kami dah bosan

• Atas: Menolong keluarga di musim cuti sekolah.
• Youtube: “ Selamat menyambut tahun baru 1212 ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 25 Disember 2011

Sabtu, 24 Disember 2011

TAHUN 1211 SUDAH DI PENGHUJUNG

Ke Bukit Tembaga hanya sekejap
Terus ke hadapan ke Bukit Kerbau Bergulin
Kematian datang takziah diucap
Semoga peringatan mesra terjalin


Tahah terbiar ditanam jagung

Tanaman diusahakan jadikan amalan
Tahun 1211 sudah sampai di penghujung

Perubahan dan azam mencapai kemenangan



• Atas: Kawasan kampung di Bukit Tembaga, Kuala Nerang.
• Youtube: “ Selamat menyambut tahun baru 1212 ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 22 Disember 2011

TERCICIR DALAM MEDAN PERJUANGAN

Persekitaran masjid kelihatan indah
Kebersihan dijaga sentiasa berterusan
Kepentingan perbadi belakangi Jamaah
Pasti tersungkur di medan perjuangan

Ikut pintas jalannya mudah
Kawasanya lengang kurang kenderaaan
Patuh dan istikomah dalam berjemaah
Jangan tertipu dipertegahan jalan

• Atas: Halaman masjid An Nur Bandar Baru Pokok Sena.
Bawah: laluan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 21 Disember 2011

PERBEDAAN DAN PENDEKATAN

Hantar kawan ke lapangan terbang
Jalannya cantik kiri kanan kehijauan

Kaedah dan pendekatan jelas dan terang

Teruskan perjuangan tegakkan kebenaran

Bukitnya rendah berbatu batan
Indah dilihat perlulah dibersihkan

Cabaran dan fitnah memantapkan ikatan
Ikatan kukuh akan memenangkan Pakatan

• Atas: Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
• Bawah: Bukit berbatu di kawasan Dehrang.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 20 Disember 2011

TUNGGU DAN LIHATLAH

Hujan pagi belum kelihatan reda
Cuacanya sejuk bukang kepalang
Nasihat diberi kesannya tiada
Kepercayaan yang rakyat beri sudah pun hilang


Sawah di Bukit Pinang ada kemudahan
Tanaman padinya subur jelas kelihatan

Rakyat yang peka bebas buat pilihan
Undi yang akan datang rakyat sudah buat pilihan


• Atas: Kawasan bukit berbatu di kawasan Dehrang.
• Bawah: Sawah di kawasan Mukim Bukit Pinang.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 19 Disember 2011

TERASA GAGAH PERKASA

Badan berpeluh terasa selesa
Kerja di sawah disinari mentari
Badan tegap gagah perkasa
Dengarnya hebat di medan perang bertempiaran lari

Getah tua kulitnya tebal
Bila dito
reh lateksnya masih mengalir
Kuasa dimiliki terasa kebal
Undi rakyat berubah kuasa yang ada akan berakhir




• Atas: Sawah di Bukit Lala, Pokok Sena.

• Bawah: Pokok getah tua di Mukim Bukit Lada, Pokok Sena.

• Youtube: “ PRU13 undi siapa jadi penentu - soalaan ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 18 Disember 2011

TIDAK TUNDUK DENGAN TEKANAN

Petang hari pergi ke Naka
Singgah di sawah memancing ikan
Mahasiswa celik mindanya terbuka

Sukar tunduk dengan ugutan dan tekanan

Menjala ikan gunakan sampan
Sampan menyusur di tepi sungai

Mahasiswa bijak pelapis masa depan
Bakal penganti pemimpin korap yang tidak sesuai



• Atas: Jentuai di kawasan sawah di Naka, Pokok Sena.

• Youtube: " Nak ludah muka mahasiswa ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 16 Disember 2011

BEREHATK SEKETIKA LIHATLAH KEINDAHAN

Tepi sawah sudah dipulih
Tanah dirata tanam pegaga

Mata mengantuk badan pun letih

Lihat kehijauan di halaman terasa lega


Ziarah kawan di kawasan Derga
Naik motor dari pekan Pokok Sena
Persekitaran semak kotor perlu dijaga

Supaya indah menceriakan suasana


• Atas: Pemandangan di kawasan pondok rehat.
• Bawah: Buluh madu ditanam di kawasan halaman

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 15 Disember 2011

BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK

Menoreh getah kerjanya ringan
Kutip scrub berat sedikit bolehlah tahan
Tersalah pilihan sesal berpanjangan
Ubah sekarang itulah pilihan

Kawasan sawah penuh keindahan
Luas terbentang bagaikan taman

Rakyat yang bijak buatlah pilihan

Kerajaan ditukar tekadkanlah keazaman

• Atas: Kebun getah di kawasan rumah di Bukit Lala.
• Bawah: Pokok kelapa hidup subur di sawah di Tualang.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 14 Disember 2011

DOA DAN HARAPAN

Keluar ke sawah di waktu pagi
Sawahnya dekat cuma melintas titi
Pemimpin datang pemimpin pergi
Ucapan dan tindakan sentiasalah berhati-hati

Lembu betina melintas titi
Sebelum melintas di kejar lari

Musibah melanda sabar ujian menanti
Doa dan harapan tingkatan keyakinan diri



• Atas: Sawah di Kubang Lintah, Mukim Lepai.

• Bawah: Lembu menyeberang melintasi titi.

• Youtube: “ Kubang Lintah ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 13 Disember 2011

DIBERI PERTUNJUK KEHIDUPAN SEJAHTERA

Kawasan sawah laluan kereta
Jalan pintas dari Pokok Sena ke Bandar Jitra
Kebenaran datang jelas dan nyata
Diberi pertunjuk kehidupan pasti sejahtera

Lalu di terusan perlu waspada
Pandu laju jangan dicoba

Amaran diberi kesannya tiada
Rakyat beri undi mereka sudah lupa



• Atas: Sawah di Kubang Lintah, Mukim Lepai, Alor Setar.
• Bawah: Memotong rumput untuk lembu di Kubang Lintah.
• Youtube: " Bukan islam sokong hudud ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 12 Disember 2011

30 RIBU RAKYAT DIJANGKA IRINGI KEBERANGKATAN TUANKU SULTAN

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Alor Setah.

ALOR SETAR – Rakyat negeri Kedah dijemput meraikan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah ke Kuala Lumpur sempena pelantikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14, Selasa ini (13 Disember 2011).

KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah dijangka diarak oleh rakyat jelata dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim jam 7.00 pagi dengan menggunakan kenderaan khas.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan Korporat), Mohamad Rizal Mohamad Radzi, perjalanan adalah sejauh 5.3 kilometer dengan mengambil masa 30 minit memberi ruang kepada rakyat bagi melihat baginda berdua sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

“Rakyat dijemput untuk sama-sama meraikan baginda berdua berangkat ke Kuala Lumpur pada hari Selasa ini.

“Sepanjang perjalanan dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang, pertunjukan silat turut diadakan di setiap hentian bas, dijangkakan lebih 30,000 rakyat akan berkumpul disepanjang perjalanan ini,” ujar beliau.

Untuk makluman pengguna, jalan tersebut akan ditutup untuk laluan bermula 6.30 pagi hingga 9.00 pagi.

Sumber: Warta Daru Aman.
Penghormatan bersejarah buat Sultan Abdul Halim.

Sabtu, 10 Disember 2011

PERTUNJUK JALAN KEBENARAN

Jalan ke perkuburan suasananya sejuk
Waktu malamnya disirami hujan

Ilmu yang berguna cahayanya pertunjuk
Pertunjuk kebenaran sepanjang jalan kehidupan


Ranting kayu diambil dikerat-kerat

Kayu diambil di dalam hutan

Bahagia di dunia bahagia akhirat

Supaya kehidupan dalam ketaatan


• Atas: Kawasan perkuburan di kampung Kiew, Pokok Sena.

• Youtube: “ Kuliah Jumat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 8 Disember 2011

BERWASPADALAH SENTIASA

Kampung kami di dun Bukit Lada
Bukit Lada parliamentnya Pokok Sena
Hujah diberi bohong dan dusta
Kedududukan dijaga agama entah kemana


Pergi ke telaga mengambil air
Airnya jernih bersih enak dirasa

Bahang PRU 13 semangkin hampir

Sendiwara dan fitnah rakyat tidak selesa


• Atas: Sawah di tepi jalan ke Bukit Lala.

• Youtube: “ Wacana Perdana PRU ke13 –BN atau PR ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 6 Disember 2011

UMPAN DIBERI DIJERAT JANGAN

Sawah di Bukit Lala subur ditanam padi
Buahnya lebat disirami hujan
Melayu dicanang menagih undi
Umpan ditabur dijerat jangan

Letih menoreh rehat di tangga
Terasa dahaga minum air telaga sehingga puas
Korapsi dan penyelewengen ditutup terhidu juga
Maklumat diperolehi sudah tersebar luas



• Atas: Padi sudah berbuah di kampung Bukit Lala.
• Bawah: Pondok rehat di hadapan rumah.
• Youtube: “ Menoreh getah di Bukit Lala ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 5 Disember 2011

JAWATAN SEKADAR BOLOT KEKAYAAN

Sawah di Tualang di kawasan Parlimen Pokok Sena
Getah pun ditanam sawit tidaklah seberapa
Jawatan yang ada sering disalah guna
Rakyat akan tolak bila pilihanraya tiba

Hujan turun sudah pun reda
Airnya deras tersekat banjir kilat melanda
UMNO diharap gunanya tiada
Jawatan dan pangkat untuk membolot harta benda

• Atas: Sawah di Tualang termasuk dalam Parlimen Pokok Sena.
• Bawah: Sawah banjir di Jabi akibat hujan lebat tidak henti.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 4 Disember 2011

IMPIAN YANG MUNGKIN BERAKHIR

Lihat kehijauan di luar mata menjadi terang
Indah dan bersih perlulah diusahakan
Cakap hebat kebenarannya kurang
Rakyat mendengarnya senyum kesian


Berehat di sawah tersangat indah
Pemandangan hijau persekitaran terang
Perubahan dibuat terlambat sudah
Apakan daya selera rakyat sudah pun hilang


• Atas: Anak biri baru lahir 2 di bawah pokok ceri.

• Bawah: Kawasan sawah di Bukit Lala, Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 3 Disember 2011

KEPERCAYAAN RAKYAT SUDAH HILANG

Persekitarann indah mampu dilaksana
Mampu diusahakan jangan berdalih
Cakap banyak apalah guna
Kepercayaan rakyat hilang sukar dipulih

Pokok ditebang terus dibelah
Boleh diguna membuat reban

Jawatan diberi menambahkan masaalah

Kroni kaya rakyat menanggung beban

• Atas: Kebun getah bersebelahan halaman rumah.

• Bawah: Kandan biri-biri di belakang rumah.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 2 Disember 2011

‘BERSATU KITA BERSATU’

Redupnya laluan ke Bukit Lala
Walaupun sempit tapi selesa

Pemimpin berwibawa semua terbela

Penyelewengan dan khianat tunggulah masa

Jalan becak ditabur batu
Elak terbenam kenderaan yang lalu

Suara berkobar-kobar ‘bersatu kita bersatu’

Sekatan kebebasan rakyat jangan melulu

• Atas: Jalan kampung di Bukit Lala, Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 1 Disember 2011

SUDAH SAMPAI DIPENGHUJUNG

Membajak sawah terasa letih
Tanahnya lembut beselut perlu dipulih
Paku dulang paku serepih

Merepeknya panjang sendiwaranya lebih

Kehijauan persekitaran di sawah tersangat indah
Berehat menikmat suasananya hingga terlena

Bangsa di dunia hilangnya tidah

Kepercayaan rakyat hilang tidak berguna



• Atas: Kawasan sawah di kampung Kiew, Pokok Sena.
• Bawah: Sawah menghampiri waktu magrib di Tualang.
• Youtube: " Himpuna Aman - Jangan salah guna kuasa ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 30 November 2011

GENDANG PILIHANRAYA SUDAH BERMULA

Pemandangan di sawah tersangat indah
Udaranya bersih segar dan selamat
Gendang pilhanraya dipukul bermula sudah

Islam dan kedaulatan raja-raja modal penyelamat

Tertidur di pondok terlalu lama
Hujan lebat lena hingga ke tengah hari

Isu melayu dicanang sudah menjelma
Bunyinya hebat sekadar meraih undi



• Atas: Kawasan sawah di Bukit Larik, Pokok Sena.

• Bawah: Teratak Impian Bukit Lala.

• Youtube: " Sharizat tak payah melibatkan wanita ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


Apa mereka kata - sila enter:

Selasa, 29 November 2011

APA YANG RAKYAT INGINKAN SEMAKIN KABUR

Menabur baja di sawah naik basikal
Lalu di kawasan sawah kayuhnya pelahan
Kezaliman yang melampau jangan dibiakan kekal
Rakyat berkuasa lakukanlah perubahan

Melihat pemandangan penuh keindahan
Air jernih di kebel ternampak ikan
‘RUU’ dipinda kaburkan kebenaran
Kebenaran akan hilang rakyat jangan biarkan



• Atas: Mengguna basikal ke sawah di Tualang.

• Bawah: Kebel voltan tinggi di kawasan sawah di Tualang.

• Youtube: Hijau tenang damai – Teratak Impian Bukit Lala.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 28 November 2011

MODEM ROSAK DISAMBAR PETIR

Saya memohon maaf kerana kerosakan modem akibat disambar petir... pantun akan sambung hari selasa.

Jumaat, 25 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1433.



Assalamulaikum sempena tahun hijrah saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun Hijrah 1433 kepada Muslimin dan Muslimat di mana jua mereka berada.

Semoga hari-hari yang dilalui akan dipermudahkan oleh Allah dalam kehidupan. Perubahan yang akan dilakukan pastinya akan memberi kemenangan kepada kita. Usaha yang berterusan hendaklah dilakukan. Jangan sekali-kali berputus asa dengan kegagalan dan kesilapan. Jika kita bersungguh dan sabar pastinya kita akan berjaya insyallah.

Pastikan usaha kita sudah bermula dan dilaksana, jika tidak kita, siapa lagi

Hijrah: dari sekeping hati - Catriona Ross.

Khamis, 24 November 2011

LIHAT DENGAN MATAHATI

Pagar kayu dibena belanjanya jimat
Cantik diipandang mudah diselia

Aktar dipinda sebagai penyelamat
Rakyat tertindas tidak terbela

Persekitaran di kampung udaranya segar
Tinggal lama pasti berbeda

Aktar diganti indahnya kabar
Sekadar menutup kelemahan yang ada



• Atas: Pagar kayu di kampung Bukit Lala.
• Bawah: Itek mencari makan di sawah di Kg. Bukit Lala.
• Youtube: " Queenie Padilla Daughter of Robin Padilla on Hajj ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

INFFO: QUEEN PADILLA

Rabu, 23 November 2011

KESILAPAN JANGAN DIULANGI

Hujan petang hingga ke malam
Sejuknya mencekap hingga ke tulang

Suara rakyat semakin tengelam
Keadilan dituntut kesilapan jangan diulang


Hujan petang hingga ke malam
Air di paya penuh melimpah

Protes rakyat maknaya amat mendalam
Kezalim dan angku perlu diubah


• Atas: Sungai di kawasan kampung Tualang.

• Bawah: Sungai keruh selepas hujan di kawasan Jitra.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 22 November 2011

DOA DAN HARAPAN

Hujan petang sejuknya cuaca
Rehat di pondok hingga terleka
Banjir datang sentiasa bersedia
Doa dan harapan dijaukan mala petaka

Tinggal di kampung cukup selesa
Persekitan hijau sejukan mata
Doa dan harapan kita manusia biasa
Semoga kemenangan menyebelahi kita



• Atas: Melihat dari pondok sambil berehat ketika hujan.

• Youtubei " Menikmati hujan turun lewat petang ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 21 November 2011

FITNAH DITABUR TUTUP PENYELEWENGAN

Pemandangan di kampung sungguh menceriakan
Kanan dan kiri terhampar kehijauan

Fithah ditabur tutup kelemahan
Rakyat bermaklumat mampu lakukan perubahan
Pautan
Petang-petang memancing ikan
Cacing diguna sebagai umpan

Kepetingan diutama kelemahan berterusan
Penderitaan rakyat sanggupkah dibiarkan


• Atas: Lalun bertar di tepi sungat di Kepala Bendang, Tualang.
• Bawah: Sungai Tualang tempat memancing di waktu petang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 20 November 2011

KEPENTINGAN BENTENG PENGHALANG

Tahniah pakusan Malaysia kerana dapat menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA dengan sepakan penalti 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Getah ditoreh tidak ikut peraturan
Jika dibiaran menjejaskan masa depan
Kuasa diguna bolot kekayaan
Undi rakyat itulah kuasa yang kita dapat lakukan


Petang hari ke kampung Tualang
Cahaya mentari terbenam indah kelihatan

Kebenaran hilang kepentingan benteng penghalang
Rakyat yang peka perlu berhadapan



• Atas: Pokok getah ditoreh tidak ikut peraturan.

• Bawah: Pemandangan di waktu petang di Tualang.
• Youtube: " Kubur Panjang distinasi yang dituju ".• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.