HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 31 Ogos 2010

ELAK KEKELIRUAN

Tebang kayu bersendirian
Kayu diangkut di dalam hutan
Penjelasan dibuat elak kekeliruan
Agar tidak ada yang mengambil kesempatan

Tanam pokok janganlah sendat
Bolehlah selangi dengan pokok palas
Penjelasan diberi tepat dan padat
Semoga kita faham dan jelas

• Atas: Kehijauan kawasan kampung di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Pokok palas di kebun getah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s.

Isnin, 30 Ogos 2010

YANG KUSUT MAMPU DIRONGKAI

Melawat sawah hingga ke hujung
Persekitarannyanya indah untuk dinikmati
Hotel De Palma ramai pengunjung
Perkhidmatan yang diberi menyejukkan hati

Jalan di kebun kasut tak pakai
Kebun bersebelahan di tepi rumah
Yang kusut mampu dirongkai
Islam yang shumul penyelamat ummah

• Atas: Kawasan sawah padi di kampong Yoi, Pokok Sena.
• Bawah: Kebun di belakang rumah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Ahad, 29 Ogos 2010

SETIAP KEINDAHAN PERLU DILINDUNGI

Kawasan hutan jangan dicemari
Kehijauan dan keindahannya perlu dilindungi
Jahil agama merugikan diri
Belum terlambat perlulah mengaji

Pekan Pokok Sena berubah wajah
Pembangunan pesat rakyat janganlah bimbang

Neraca kebenaran perlukan dalil dan hujah
Agar dakwah sentiasa berkembang



• Atas: Laluan ke kawasan hutan ke Bukit Larik, Pokok Sena.

• Bawah: Rumah contoh Bandar sejehtera Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Sabtu, 28 Ogos 2010

BEREHAT DI HALAMAN

Berehat di halaman isteri yang teman
Bangku panjang terletak di penjuru
Kemerdekaan disambut penuh keazaman
Demi perubahaan kerajaan yang baru

Pondok kayu mudah dibena
Bentuknya cantik mengindahkan suasana
Dinar dan darham boleh diguna
Bergantung kepada keperluan pengguna

• Atas: Tiang pondok dan kehijauan dedaun di tibla.
• Bawah: Pandangan tibla dari arah kolam.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Jumaat, 27 Ogos 2010

MENOREH GETAH SE AWAL PAGI

Menoreh getah awal elak terlena
Susunya menitik pelahan-pelahan
Wang berbilion hilang entah ke mana
Isu perkauman dimainkan tutup kelemahan

Pergi ke sawah ikut jambatan
Jambatan kayu masih diguna
Bantuan diberi meringan kehidupan
Agar kehidupan dinikmati bersama


• Atas: Penoreh getah di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Jambatan kayu di Telaga Mas, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Khamis, 26 Ogos 2010

IKATAN KUKUH SUKAR DIRUNGKAI

Tebang pokok guna gerjaji
Gerjajinya tajam baru dibeli
Kesabaran dan keberanian patut dipuji
Agar yang tertindas sentiasa diadili

Ambil air di tepi sungai

Sungai bersebelahan di tepi paya

Ikatan kukuh sukar dirungkai
Kemenangan menyusul kita berjaya

• Atas: Kayu mudah diperolehi di kawasan persekitaran Bukit Lala.
• Bawah: Paya di kawasan sawah di Langgar, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Rabu, 25 Ogos 2010

REDUP DAN SELESA

Jalan ke kebun redup dan selesa
Jalannya bertar berbatu keras

Bayi dibuang semakin berluasa
Maksiat dan zinah perlu dibenteras

Pancing ikan sambil berangan
Jalan ke tepi terpijak duri
Isi perkauman diperjuangan jangan
Kelak memakan diri sendiri

• Atas: Laluan di kebun getah di kampong Yoi, Pokok Sena.
• Bawah: Suasana petang di Kepala Bendang, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Selasa, 24 Ogos 2010

PILIHAN KE DUA

Pagar buluh masuk ke kebun
Elak binatang ternakan ia didirikan
Dosa memfitnah tidak terampun
Jika yang difitnah tidak merelakan

Tanaman jagung pilihan kedua
Jagung manis pendapatannya lumayan
Doa kesejahtera untuk semua
Bersangka baik elak kekeliruan

• Atas: Pagar buluh di sebuah kebun di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Tanaman jagung di kebun getah Bukit Lala, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera Agfa DC- 1033s

Isnin, 23 Ogos 2010

REDUP DAN NYAMAN

Pokoknya menghijau daunnya rendang
Kawasanya redup udaranya nyaman
Yang asli tetap dipandang
Yang palsu ditelan zaman

Tanam dokong sebelahnya pulasan
Buahnya banyak murah dipasaran
Dakwah dan penerangan pasti berterusan
Agar kefahaman membuahkan kejayaan

• Atas: Rimbunan pokok getah di kawasan Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Pokok dokong sedang masak di dusun Bukit Lala.
• tiblakedah@blogspot.com @ Agfa kamera: DC-1033s.

Sabtu, 21 Ogos 2010

TUNGGUL KAYU

Tunggul kayu di tepi jalan
Kayunya tegak dikelilingi rumput
Gaji yang dibelanja tak sampai sebulan
Kemampuan berkerja semakin semput

Parit kecil banyaknya ikan
Tangkapan yang diperolehi untuk dimakan
Perkauman sempit sentiasa dimainkan
Rakyat faham mereka tertekan

• Atas: Parit tempat menjala ikan di tepi jalan Bukit Lala, Pokok Sena.
• tiblakedah@blogspot.com @ Agfa kamera: DC-1033s.

Jumaat, 20 Ogos 2010

PERSEKITARAN YANG SELESA

Rumah tinggal bagaikan rimba
Persekitarannya hijau sejuk terasa
Masa merubah sudah pun tiba
Janji ditunai senyum selesa

Tangkap ikan di dalam lubuk
Ikan yang dapat diisi didalam peti
Quraan sebagai hidayah dan pertunjuk

Agar hidup sentiasa diberkati


Naik basikal di kampung sudah biasa
Tetapi awas janganlah leka
Fitnah dan bohong semakin beluasa
Minda rakyat semakin terbuka

• Atas: Rumah terbiar di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Tengah: Menangkap ikan di sungai kampung Yoi, Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di sebatang jalan di Bukit Lala, Pokok Sena.
• tiblakedah@blogspot.com @ Agfa kamera: DC-1033s.

Khamis, 19 Ogos 2010

TERBARING KELETIHAN

Angkut anak getah untuk disulam
Terbaring keletihan di pondok bagikan nak kelam
Kami di sini membeli dinar dan dirham
Kenapalaaah di sana dengki dan dendam

Berkelah ke Puncak Janing di hari Sabtu
Bersama keluarga luangkan masa
Rakyat yang memerlukan perlu dibantu
Negara sejahtera rakyat selesa

• Gambar di atas: Pondok rehat di halaman rumah.
• Bawah: Bersama keluarga sempena cuti penggal ke Puncak Janing.
• tiblakedah@blogspot.com @ Agfa kamera: DC-1033s.

Rabu, 18 Ogos 2010

JAMBATAN SEBAGAI PENGHUBUNG

Jambatan kayu di kampung Tanjung Mas, Pokok Sena.
Pancing ikan bawah jambatan
Airnya tenang dipenuhi ikan
Keperhatinan pemimpin jadi sebutan
Negeri maju dan makmur rakyat doakan


Pergi ke sawah dengan menantu
Cepat sampai mengikut titi
Rakyat hanya mahukan satu
Keadilan diberi kemerdekaan bererti

Angkut papan penatnya berdiri
Papan dihalusi gunakan ketam
Hasad dengki binasa diri
Ibarat api di dalam sekam

• Gambar di atas: Jambatan di kampung Tanjung Mas, Pokok Sena.
• Bawah: Titi di kawasan sawah di Kepala Bendang, Pokok Sena.
• tiblakedah@blogspot.com @Agfa photo: DC-1033s.

Selasa, 17 Ogos 2010

PERGI YANG TIDAK KEMBALI LAGI

“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1) Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Maksud Quraan : Surah Al-Mulk 1-2).
Kebiasaannya kita terlupa untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan yang sentiasa sibuk ini kita biasanya disibukan dengan pekara-pekara yang melalaikan terlupa untuk memikirkan tentang kematian yang pasti datang menghampiri kita. Bila dan harinya kita tidak tahu. Yang pasti kematian itu akan datang jua.

Kehidupan diartikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak suka mendengarnya. Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini.

Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahwa esok masih ada untuknya. Setiap hari, kita menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari dimana orang lain menyaksikan kematian diri kita. Ia tidak mengira bahwa kematian itu sedang menunggunya!.

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini, kita dapat mengedipkan mata kita, menggerakkan badan kita dan berbicara.

Semua ini merupakan fungsi tubuh kita. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati nanti. Dimulai saat kita menghembuskan napas untuk yang terakhir kalinya, kita tidak ada apa-apanya lagi selain tubuh yang kaku . Tubuh kita yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke bilik untuk dimandikan buat kali yang terakhir.

Dengan dibungkus kain kafan, jenazah kita akan di bawa ke kuburan dalam keranda. Sesudah jenazah kita dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi kita. Di sinilah kesudahan perjalanan hidup kita. Mulai saat ini, kita hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan. Selamat tinggal yang kita sayangi, cinta Allah cinta abadi.

Sekadar hiasan: Gambar atas dan bawah, perkuburan di Alor Malai, bersebelahan Masjid Al-Bukhary, Alor Setar. (Agfa photo: DC1033s)

Get this widget Track details @ Sekadar senikata

Isnin, 16 Ogos 2010

PERIA DAN AIR PERIGI

Jadikan kegiatan berkebun sesuatu yang menyeronokkan dan dapat menyihatkan badan.
Pergi ke kebun tanam peria
Tinggi peria melepasi dada
Sampai ajal tak kira usia
Selamat tinggal semua yang ada

Minum air gunakan perigi
Airnya bersih untuk diminum
Kepingan emas nilainya tinggi
Bagamana anda sudahkah dimaklum


Ahad, 15 Ogos 2010

KEDAMAIAN

Persekitaran yang indah dan cantik sebahagian dari naluri manusia yang inginkan kedamaian. Lokasi: kampung Yoi Pokok Sena.
Pergi ke hutan mencari rotan
Rotan dicari bulan puasa
Persekitaran damai elak kekalutan
Semoga hidup aman sentosa

Saliran MADA ke kawasan sawah di kampung Yoi, Pokok Sena, Kedah. Selamat datang ke teratak kami, tidak anda siapa lagi. Kesibukkan berkerja biarlah berpada-pada.

Sabtu, 14 Ogos 2010

BULUH MADU

Buluh madu cantik dibuat hiasan pagar dan rebungnya enak untuk dibuat pajari atau lain-lain yang anda suka.
Buluh madu ditanam ditepi pagar
Hasilnya dijual di Pokok Sena
Janji manisnya sering didengar
Saat terdesak diberi apalah guna

MENZIARAH KAWAN

Laluan berjalan kaki di sebuah kampung pendalaman di Daerah Sik.Jalan di kampung tiada kereta
Lalauanya sunyi udaranya nyaman
Kerajaan bertukar perubahannya nyata
Semoga kehidupan rakyat sentiasa aman


Penduduk di sini masih menggunakan air perigi, airnya sangat bersih dan jernih tiada pencemaran.

Rabu, 11 Ogos 2010

BEREHAT DI TAMAN

Lepas menebas rehat di taman
Makan bersama pasti berselera
Elak permusuhan elak perkauman
Rakyat selesa negara sejehtera

Selasa, 10 Ogos 2010

KEAMPUNAN MU YA ALLLAH

Laluan penduduk kampung kami ke kebun dan kawasan hutan yang berdekatan.
Tebang kayu di dalam hutan
Hutannya tebal penuh berduri
Bulan Ramadhan penuh keberkatan
Keampunan Allah itulah yang dicari

Isnin, 9 Ogos 2010

RAMADHAN AL MUBARAK 1431

Halaman hadapan Masjid AlBukhary, Alor Setar, Kedah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1431 kepada Muslimin Muslimat
Lipatgandakan Amalan Kebaikan.
Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka.





Rabu, 4 Ogos 2010

INDAHNYA SUASANA KAMPUNG

Pokok hutan kelihatan daunya menghijau dengan buahnya yang cantik kemerah-merahan. Lokasi Bukit Lala, Pokok Sena.Tanam pokok di tepi muara
Pokok ditanam hari selasa
Keindahan alam perlu dipelihara
Nikmat yang dikecapi semua merasa

Warung dibena tempat berhenti

Warungnya rengkas mudah didiri

Masjid diguna untuk kepentingan parti
Rakyat celik undi protes memakan diri

Selasa, 3 Ogos 2010

FRIM HASIL TONGKAT ALI TIGA KALI LEBIH HEBAT

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya menghasilkan kandungan bahan kimia Tongkat Ali yang mempunyai khasiat lebih tinggi berbanding dengan Tongkat Ali yang tumbuh secara semula jadi.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, berkata bahan kimia itu diperolehi dari akar rerambut Tongkat Ali yang dihasilkan dalam makmal FRIM menerusi alat bioreaktor.

"Kekuatan bahan kimia Tongkat Ali jenis ini adalah tiga kali ganda lebih hebat," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma Ke-12 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, kaedah itu juga akan memendekkan tempoh masa untuk mengambil hasil Tongkat Ali.

"Dengan menggunakan bioreaktor, Tongkat Ali yang biasanya akan mengambil masa tujuh hingga lapan tahun untuk diambil akarnya, hanya akan mengambil masa enam bulan sahaja," katanya.

Abd Latif berkata, menerusi kaedah berkenaan, keuntungan yang bakal diperolehi dari produk Tongkat Ali di negara ini yang kini bernilai kira-kira RM100 juta setahun, dijangka dapat ditingkatkan berlipat kali ganda.

(Sumber: Bernama)

Isnin, 2 Ogos 2010

RESTU ILHAM

Lawatan ke Restu Ilham di Perit, Jitra, Kubang Pasu.Naik motar penatnya tak terkata
Rehat sebentar elak terlena
Islam untuk semua sudah pun nyata
Lain pilihan ada yang tak kena