Pemanasan global sering dikaitkan dengan peningkatan suhu bumi bumi secara mendadak akibat proses kemajuan dan penerokaan alam secara keterlaluan. Saya ada terbaca mengenai sebuah laporan daripada Bahagian Ramal¬an Cuaca Jabatan Meteo¬rologi melaporkan bahawa sepanjang Mei sehingga September setiap tahun negara mengalami musim kering dan panas kerana kekurangan hujan malahan negara akan mengalami pancaran matahari paling terik pada 21 Mac ini dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius ekoran fenomena ekuinoks.
Pohon-pohon kayu yang rimbun sebagai elemen peneduhan semulajadi berupaya mengurangkan kesan-kesan peningkatan suhu udara yang keterlaluan menerusi peranannya dalam menapis dan mengurangkan penembusan kesan sinaran langsung matahari ke permukaan bumi. Oleh yang demikian, pengekalan pokok-pokok besar dan penanaman semula pokok-pokok yang matang untuk memenuhi peranannya sebagai peneduh semulajadi di samping memperindah persekitaran kita perlu diperhebat lagi.
Akhirnya kita akan dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan nyaman tanpa mengalami sebarang masalah kepanasan yang keterlaluan dan kesan negatif anasir-anasir pencemaran lain yang berkaitan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu ke arah kehidupan yang lebih hijau dan selesa.
Jalan kampung, kehijauan pokok-pokok di persekitaran masih boleh menampung kepanasan setempat
Memang benar apa yang dijangkan keadaan di luar memang panas dan terik. Saya kira cuaca panas pada ketika itu melebihi 30 darjah selsius. Saya terpaksa mengharungi panas terik untuk berjalan di kaki-lima jalan tanpa peneduhan. Saya cuba melencong dan berjalan melalui bawah pokok dan mempercepatkan perjalanan. Namun saya dapati laluan pejalan kaki seumpama kaki lima pada bahu jalan atau laluan-laluan khas yang disediakan tanpa sebarang bentuk peneduhan sama ada pokok-pokok atau pergola menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna.Jalan ban tepi sungai di kawasan Tualang, Pokok Sena, Kedah.
Namun hakikatnya pembangunan fizikal di negara kita kini telah terlalu meminggirkan peranan dan kepentingan pohon-pohon kayu yang rendang sebagai elemen semulajadi yang banyak memberi manfaat. Pohon-pohon kayu yang rendang sebenarnya bukan sahaja berperanan mengindahkan lagi suasana di satu-satu kawasan tetapi lebih penting lagi dapat memberikan peneduhan kepada manusia dan persekitarannya agar peningkatan suhu bahangan dapat dikawal. Kombinasi pohon-pohon besar yang sedia ada dan pohon-pohon baru akan dapat memberikan perlindungan dan peneduhan kepada pejalan kaki, tempat-tempat riadah, meneduhi kereta dan juga sebahagian daripada bangunan dari panahan sinar matahari langsung yang keterlaluan.Kegiatan menangkap ikan di sungai di Tualang, Pokok Sena, Kedah.
Jika kita berada di kawasan kampung tentu suasana ini tidak berlaku kerana pokok-pokok masih banyak tumbuh sama ada pokok-pokok yang ditanam atau yang tumbuh sendiri, terutamanya kawasan yang belum diteroki yang dipenuhi pokok-pokok yang menghijau serta sungai yang belum tercemar.Pohon-pohon kayu yang rimbun sebagai elemen peneduhan semulajadi berupaya mengurangkan kesan-kesan peningkatan suhu udara yang keterlaluan menerusi peranannya dalam menapis dan mengurangkan penembusan kesan sinaran langsung matahari ke permukaan bumi. Oleh yang demikian, pengekalan pokok-pokok besar dan penanaman semula pokok-pokok yang matang untuk memenuhi peranannya sebagai peneduh semulajadi di samping memperindah persekitaran kita perlu diperhebat lagi.
Akhirnya kita akan dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan nyaman tanpa mengalami sebarang masalah kepanasan yang keterlaluan dan kesan negatif anasir-anasir pencemaran lain yang berkaitan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu ke arah kehidupan yang lebih hijau dan selesa.
Kegiatan menaut ikan haruan di sungai Titi Haji Deris, Langgar, Pokok Sena, Kedah. Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan