HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 15 Julai 2008

JUBLI EMAS SULTAN KEDAH

Alor Setar 15 Julai 2008, Sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Upacara kira-kira tiga jam itu bermula dengan perarakan diraja sejauh 3.2 km bermula dari Wisma Darul Aman sehingga ke Balai Besar.

Sultan dan Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun diarak menggunakan 'Bahtera Emas Lapis Suasa' sambil diiringi oleh tiga kumpulan pancaragam sekolah menengah, Pasukan Berkuda Polis Diraja Malaysia, Kontijen Pegawai Tadbir Negeri (KCS), empat hulubalang diraja dan kenderaan Sultan Kedah.

Yang menarik perarakan beristiadat itu turut diiringi oleh tiga ekor gajah digelar 'Deli', 'Ita' dan 'Mariam' yang dibawakan khas dari Kelantan. Sultan dan Sultanah Kedah menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa dalam perarakan beristiadat dari Dataran Wisma Darul Aman ke Dataran Balai Besar, tembakan meriam 50 das di lepaskan setelah tibanya Sultan di Dataran Balai Besar.

Rakyat pelbagai kaum telah hadir memeriahkan majlis yang bersejarah ini sebagai tanda kesetiaan ke bawah Duli Sultan yang Adil memerentah Kedah Darul Aman. Kerajaan Kedah telah memberi cuti umum 1 hari kepada kakitangan awam untuk bersama meraikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan