HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 27 Julai 2008

BEZA IDEALOGI ADA TITIK PERTEMUAN

PAS Pakatan, walau berbeza idealogi,
tetapi ada titik pertemuan' - Presiden .
Johari Jaafar Sun Jul 27, 08 1:38:48 pm

IPOH, 27 Julai (Hrkh)- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyanjung tinggi kerjasama Pakatan Rakyat khususnya pimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILam) di Perak yang memberi peluang PAS menerajui kerajaan tersebut.

Beliau memberi penghargaan kepada parti komponen pakatan dengan kerjasama itu lebih-lebih lagi dalam keadaan salah faham terhadap Islam berlaku.
Kesediaan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat disandarkan kepada wujudnya titik pertemuan di antara parti dalam Pakatan tersebut.
Kerjasama itu diasaskan kepada kesamaan dalam misi menegak keadilan, menentang akta yang zalim, penyellewengan dan kerana itu PAS sanggup bersama komponen parti Pakatan Rakyat walaupun berbeza dari segi ideolog, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen PAS yang diadakan di Dewan Serbaguna Rapat Setia, semalam.
"PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.
"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno.

"Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya pula menaruh keyakinan bahawa PAS Perak mampu merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil Umno dalam pilihan raya ke 13 akan datang.
Sejak awal lagi PAS berpendirian menolak kerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Antara tetamu yang hadir, Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, Dao' Ngeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Foong, Pengerusi KeADILan Perak, Ismail Yusof, Timbalannya Ustaz. Zukifli Ibrahim, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai , Adun Hutan Melintang, Kesevan.Turut hadir wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina, dan Adun PAS Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong./

Parti bertunjagkan Islam mampu satukan Pas - Umno (Hrkh Daily)
Adu Domba: DAP selar isu PAS Muzakarah -(Utusan)
BN gagal gugat Pakatan Rakyat - Anwar) (Hrkh Daily)
Permohonan maaf Ketua Penerangan PAS (Hrkh Daily)

Sabtu, 26 Julai 2008

TUAN GURU TERIMA ANUGERAH

Haron Din kagum Mursyidul Am PAS terima Anugerah Nobel Asia
Intan Abdullah Sat Jul 26, 08 9:39:19 am (Harakah Daily)

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan hadiah nobel keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation.

"Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
"Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya," katanya lagi.

Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama' tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa selain anugerah yang diberikan Allah kepada manusia, bagi umat Islam terlalu kurang mendapat anugerah daripada manusia khususnya bagi mereka yang gigih memperjuangkan agama Allah.

"Bagi orang Islam, anugerah teragung adalah apabila dapat bertemu dengan Allah kelak.
"Namun teramat kurang dunia memberikan penghargaan kepada pejuang-pejuang Islam dan karyawan ulung dan tersohor," ujarnya lagi.
Beliau menganggapTuan Guru Nik Aziz memiliki pandangan yang membina, pendirian yang amat tegas, kata-kata yang didengari, dipatuhi pengikut serta amat digeruni musuh.
"Ketajaman penanya serta keberkesanan ideaya menjadi fokus utama penilai-penilai yang hendak menilai siapa tuan guru.

"Beliau seorang ulama' besar dan seorang ahli politik yang amat disegani, mempunyai visi dan misi yang jauh memandang ke hadapan, tok guru terus konsisten mengajak rakyat mendaulatkan Islam," katanya lagi.
Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan menerima Anugerah Keamanan Nobel versi Asia, Anugerah Keamanan Gusi pada November ini di Manila, Filipina.
Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi Peace Price Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu.
Menurut sumber, anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi, di ibu pejabatnya yang terletak di Manila.

Barry Gusi dalam satu ulasannya mengenai penganugerahan itu berkata, Menteri Besar Kelantan itu merupakan tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.
Untuk tahun ini, seramai 1,490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah tersebut.

Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi./wann

Selasa, 15 Julai 2008

JUBLI EMAS SULTAN KEDAH

Alor Setar 15 Julai 2008, Sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Upacara kira-kira tiga jam itu bermula dengan perarakan diraja sejauh 3.2 km bermula dari Wisma Darul Aman sehingga ke Balai Besar.

Sultan dan Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun diarak menggunakan 'Bahtera Emas Lapis Suasa' sambil diiringi oleh tiga kumpulan pancaragam sekolah menengah, Pasukan Berkuda Polis Diraja Malaysia, Kontijen Pegawai Tadbir Negeri (KCS), empat hulubalang diraja dan kenderaan Sultan Kedah.

Yang menarik perarakan beristiadat itu turut diiringi oleh tiga ekor gajah digelar 'Deli', 'Ita' dan 'Mariam' yang dibawakan khas dari Kelantan. Sultan dan Sultanah Kedah menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa dalam perarakan beristiadat dari Dataran Wisma Darul Aman ke Dataran Balai Besar, tembakan meriam 50 das di lepaskan setelah tibanya Sultan di Dataran Balai Besar.

Rakyat pelbagai kaum telah hadir memeriahkan majlis yang bersejarah ini sebagai tanda kesetiaan ke bawah Duli Sultan yang Adil memerentah Kedah Darul Aman. Kerajaan Kedah telah memberi cuti umum 1 hari kepada kakitangan awam untuk bersama meraikannya.

PERANGKAP KE2

Bimbang jadi perangkap kedua - Mursyidul Am
Lanjusoh Tue Jul 15, 08 6:08:54 pm

KOTA BHARU, 15 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bimbang kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berunding dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu dijadikan sebagai perangkap kedua.
"Saya bimbang benda ini jadi seperti perangkap. Dahulu kita sudah masuk perangkap dan tidak kan hendak masuk perangkap pula.

"Umno minta hendak bergabung (runding) ketika dia dalam keadaan terdesak. Pengalaman 13 Mei 1969 di mana Umno terdesak benar-benar jadi dia minta hendak bergabung dengan PAS.
"Sekarang Umno sekali lagi terdesak sungguh sehingga sudah hilang majoriti dua pertiga di parlimen dan parti itu juga diserang bermacam-macam dalam blog," katanya kepada media di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini.

Perdana Menteri hari ini dilaporkan menyambut baik cadangan Presiden PAS untuk berbincang dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.
Abdullah berkata parti itu sedia berbincang dengan PAS untuk mewujudkan persefahaman supaya perbalahan berkait dengan Melayu dan Islam dapat dikurangkan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kenyataan kesediaan Perdana Menteri hendak jumpa dengan pemimpin PAS itu hanya bersifat peribadi.
"Kalau kita hendak muzakarah, kena parti dengan parti dan bukan peribadi tertentu sahaja. Pemimpin Umno sekarang dalam keadaan terhoyong-hayang.

"Orang di bawah dagu Umno pun sudah mendesak Perdana Menteri berundur, sudah lama timbul isu tersebut dan Datuk Seri Abdullah telah tetap tarikh hendak berundur.
"Benda-benda begini saya teringat balik cerita semasa Allahyarham Tun Razak meminta bersatu dengan PAS dalam keadaan mereka begitu tertekan," ujarnya.
Beliau berkata, perkara itu berlaku dalam keadaan pemimpin Umno yang beriya-iya hendak bersatu dengan PAS.

Menurutnya ketika itu Tun Razak Hussien yang mempelawa hendak bersatu dengan PAS sehingga PAS akhirnya berpecah tiga.
Sedangkan kata beliau Tun Razak seorang tokoh yang kukuh pendiriannya dan sehingga sekarang pun tiada orang berani mencemuhnya.
Beliau juga berkata, sebagai pejuang Islam tiada niat hendak berbalah dan melawan sesiapa kerana kita yakin Islam itu betul.

"Kami hendak benar-benar diadakan muzakarah, namun jangan pula berulang sejarah hitam yang lepas.
"Saya setuju perjumpaan di antara Datuk Seri Abdullah dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, tetapi biar kemaslah. Bagaimanapun saya tidak nampak Umno boleh kemaskan dirinya," kata beliau.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, selepas pilihan raya umum lalu nampak sangat Umno begitu lemah, namun masih lagi angkuh sehingga menarik balik projek pelancongan bernilai RM8 juta di bandar baru Pasir Mas.
Katanya, tidak masuk akal kalau Umno benar-benar ikhlas tetapi dalam masa yang sama menarik balik kelulusan projek tersebut yang hanya bernilai RM8 juta dan bukannya RM8 bilion.

Beliau berkata, kerajaan negeri susah payah mencari tanah untuk membina projek tersebut, tiba-tiba kerajaan pusat menarik balik.
Biar pun dianggap orang berprasangka buruk terhadap pemimpin Umno, namun katanya, biarlah mereka meminta maaf sungguh-sungguh kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan.

"Minta maaf tidak pernah dilakukan pemimpin Umno. Dan kedua mengapa tarik balik peruntukan kepada Kelantan, nampak sangat ego dia,"ujarnya.
Sementara itu, seorang pemimpin di Kelantan memberitahu tidak pernah ada sebarang keputusan dibuat PAS untuk diadakan pertemuan dengan Umno dalam masa terdekat ini.

Khamis, 10 Julai 2008

IKHTIBAR

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu Jul 10, 08 4:35:35 pm MYT

Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan.

Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).
Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.
Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.
Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.

Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.
Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".
Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?

Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa ?Ajam kecuali dengan taqwa."
Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu.

Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.
Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.
Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.
Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.
Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.

Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.
Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.
Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.
Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama?, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.
Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 ? 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.
Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan
6 Rejab 1429/ 9 Julai 2008. - mr

Ahad, 6 Julai 2008

MELAWAT KEBUN GETAH


Pada 4 Julai 2008, saya isteri dan anak (Shukri) telah pergi melawat kebun getah tua yang tidak jauh dari rumah. Perjalanan memakan masa kira-kira 10 minit dari rumah. Saya dan anak naik motor, isteri naik basikal.
Keadaan kebun boleh tahan, nak kata hutan bukan, nak kata kebun macam hutan , itulah kebun tua peninggalan orang tua untuk isteri. Keluasan tanah 1.6 hektar, yang cantiknya ada dusun buah, durian, rambutan dan dukung. Di samping itu ada anak sungai yang mengalir, airnya cukup bersih dan sejuk.
Sekiranya anda nak bekam(keluarkan darah) boleh juga datang, ada lintah yang sedia menanti anda untuk menghisap darah, sekejap je, dah kenyang lintah pun tanggal. Memang seronok bila berada di sini, Dr. Nora kata, dia minat nak buat rumah kat sungai, dah dapat ke belum?. Kami bercadang untuk tanam semula getah, bena pondok rehat dan bena kolam ikan bergantung pada modal. Tunggulah, bila dah siap nanti kami jemput anda datang, jumpa lagi.

Rabu, 2 Julai 2008

KEISTEMEWAAN BULAN REJAB

1.Sabda Nabi S.A.W:- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu ...kemuliaan di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

2.Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanKu dan Bulan Ramadhan bulan umatKu. ( Al-Hadis)

3.Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan ...Lailatul-Qadarnya.

4.Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

SEBAHAGIAN: REBUTLAH PELUANG SEBELUM TERLAMBAT