HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 30 Jun 2008

BUDI BICARA

MB INGATKAN AHLI MAJLIS PBT TENTANG KEPENTINGAN BUDI BICARA

LANGKAWI, 30 Jun (Hrkh) - Intelektual, budi bicara dan kesediaan menyediakan pengurusan yang berkesan melalui kefahaman isu masyarakat setempat dan mesyuarat amat penting dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik.

Demikian antara inti pati yang ditegaskan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak pada ucapannya sempena Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Dan Pentadbiran Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Bagi Penggal 2008-2009 di Hotel Bayview di sini malam semalam.

"Hari ini isu semasa cukup banyak dan pantas berubah sementara Ahli Majlis pula berada dalam isu.
"Isu maksud saya perkara-perkara yang menjadi tumpuan masalah di kalangan rakyat. Isu-isu yang ada memerlukan kepekaan kita memahami budaya, adat-resam, pantang larang, suka tidak suka masyarakat dan inilah yang dipanggil intelektual," ujar beliau.
Oleh itu, serunya, Ahli Majlis PBT perlu mentadbir sebagai golongan intelektual yang berbeza dengan golongan berpelajaran.

"Orang yang belajar kejuruteraan dia tahu ilmu kejuruteraan, yang belajar undang-undang dia tahu ilmu undang-undang, itu educated.
"Tetapi intelektual, selain ilmu asas yang dipelajarinya itu perlu juga difahami ilmu cabang yang berkait dengan kerjayanya," terangnya memahamkan.
Kerana itulah, menurut beliau, budi bicara penting ada dalam menjalanan sesuatu urusan.
"Budi bicara adalah senjata pentadbiran yang cukup mahal, cukup tajam," tegas beliau.
Menurutnya, Majlis Daerah adalah satu kerajaan kecil dalam kerajaan atau satu pemerintahan kecil dalam pemerintah. Maka, PBT itu secara tidak langsung jelasnya, menjadi cermin kepada kerajaan yang memerintah.

"Oleh itu, peranan tuan-tuan cukup besar, kerana kita mengamalkan colective-responsibility.
"Kita saling melengkapi dan memenuhi antara satu sama lain untuk mewujudkan satu masyarakat dan pentadbiran yang baik," jelasnya yang turut menegaskan mesyuarat sebagai kaedah dalam mencapai tuntutan tersebut.

Sebagaimana dalam kebanyakan ucapannya kepada golongan pentadbir, Ustaz Azizan turut menekankan kepentingan sistem penyampaian yang berkesan. Ustaz Azizan turut menyentuh tanggung jawab bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan menyediakan persekitaran yang 'convenience', tenang, aman dan bersih agar rakyat dapat hidup dengan selesa selain menarik kunjungan pelancong ke negeri ini.

Lapuran Harakah : Izwan Abdul Halim Mon Jun 30, 08 3:40:37 pm MYT

Rabu, 18 Jun 2008

HAL TEMPURUNG

Tempurung - Kulit yang keras pada beberapa jenis buah (terutamanya kulit buah kelapa)
Tempurung kepala -Tulang kepala yang melindungi otak
Tempurung lutut - Tulang bulat pada lutut di sebelah depan
Tempurung betina - Belahan tempurung di sebelah bawah
Tempurung jantan - Belahan tempurung di sebelah atas

Isnin, 16 Jun 2008

CERAMAH PERDANA

Penceramah:
Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat
(MB Kelantan)
Ustaz Azizan Abd Razak
(MB Kedah)

Tempat:
Muasasah Darul Ulum Km 23 Jln Kuala Nerang
Pokok Sena Kedah.

Tarikh:
17 Jamadilakhir 1429
(21 June 2008)

Masa:
Majlis bermula selepas solat Madrib
Tahlil, Bacaan Yasin dan Ceramah Perdana (selepas solat Isyak)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Ahad, 8 Jun 2008

MINYAH NAIK

Harga minyak naik, barang naik dan tambang bas pun naik. Gaji naik tak seberapa, begitulah kelohan orang ramai terhadap setuasi kehidupan yang dihadapi sekarang. Di kampung kalau ada tanah bolehlah tambah perbelanjaan dengan menanam sayur-sayuranan , bela ayam dan kambing.

Kehidupan di bandah semuanya kena beli, kalau setakat gaji RM 1000.00 sakit juga, maklumlah sewa rumah, tambang ke pejabat dan wang makan semuanyanya perlu disediakan. Di kampung ada sayur percuma (cuma cari belakang rumah) rebung, daun kadok, daun ganjus, pucuk paku, kangkung dll. Ayam dan kambing ada di reban, itu pun kalau rajin membelanya.

Kami sangat simpati dengan kawan-kawan semua, tapi nak buat macam mana, sabarlah tunggulah pencen. Umur 55 sudah cukup untuk anda bersara, janganlah banyak sangat buat utang, bila besara nanti masallah kewangan boleh diatasi.

Jumaat, 6 Jun 2008

KAYA HATI & KERAS HATI

Khutbah Jumaat: Kaya Hati & Keras Hati
Tempat: Masjid Sungai Durian Pokok Sena, Kedah
Tarikh: 1 Jamadilakhir 1429 (6 June 2008)
(Sebahagian daripada khutbah Jumaat yang sempat dirakam)

ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬‌ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ َمَّا تَعۡمَلُونَ

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan" (Al-Baqara: 74)

Rabu, 4 Jun 2008

LAWATAN KE INANG FLORA

Inang Flora terletak di km 24 Jalan Kuala Nerang Pokok Sena Kedah. Di sini terdapat sebuah kilang perabot, bilik pamiran dan taman. Keluasannya lebih kurang 1 ekar dan mempunyai 5 orang perkerja.

Inang Flora menjual perabot dari kayu balak (tempahan mengikut kehendak pembeli), barangan antik(tempayan, batu giling dll), pokok bunga, pokok kurma dan pondok rehat.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan menepati cinta rasa pembeli.

Di bilik pamiran ini kita boleh lihat barangan yang dijual. Sekiranya kita inginkan perabut yang kita impikan, boleh membuat tempahan, harga boleh dirundingkan. Pihak pengurusan Inang Flora sangat-sangat mengalukan kehadiran anda.