HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 30 November 2016

BERINGAT-INGAT


Kawasan Bukit Lala ditanam padi
Punca air guna air hujan
Bangunan runtuh kian menjadi-jadi
Setiap kesilapan ambillah  pengajaran




Semalam terang cuaca baik
Cuma petang sedikit hujan
Harga minyak turun dan naik
Barang di pasaran perlu kawalan
  
• Sawah padi di kampung Bukit Lala.
• Kutip skrup di waktu pagi.

Jumaat, 25 November 2016

BERGANTUNG HARAP KEPADA ALLAH


Di Puncak Janin Padang terap
Pergi berkelah bersama keluarga
Hidup jangan lupa bergantung harap
Kita manusia cuma berusaha




Rehat santai tepi rumah
Penat beli barang dar pasar
Terus berusaha serta istiqmah
Pastinya nanti ada jalan keluar
  
• Berkelah bersama keluarga di Puncak Janing.
• Baru balik dar pasar beli barang.

Rabu, 23 November 2016

SENTIASA BERWASPADA


Suasana pagi cukup selesa
Di tepi rumah beri makan itik
Kata diucap waspada sentiasa 
Jangan terluka biar terdetik


Anak buah datang tidak diduga
Datang pagi baliknya petang
Bila berkawan adap dijaga
Hormat menghormati bicara matang
  
• Memberi itik makan di waktu pagi.
• Menerima kunjungan anak buah yang lama tidak berjumpa.

Isnin, 21 November 2016

BERJIMAT DAN BERINGAT


Pancing ikan di waktu petang
Cuaca redup masi ada mentari
Belanja berjimat jangan berhutang
Buat simpan untu kemudian hari


Kawasan rumah ditanam kelapa
Airnya diminum apabila dahaga
Biarpun pendapatan tidak seberapa
Masih mampu menyara keluarga

• Memancing ikan di kawasan sawah di kampung Tualang.
• Tanaman pokok kelapa di tepi rumah.

Jumaat, 18 November 2016

DOA DAN HARAPAN


Badan berpeluh terasa dahaga
Potong rumput belum sarapan
Kawan berjaya tumpang berbanga
Ditimpa musibah berilah mereka harapan


Rehat santai di waktu pagi
Malam tadi turunya hujan
Bersangka baik amalan terpuji
Pandangan terbuka bermusuh jangan

• Potong rumput tepi halaman rumah.
• Pondok di hadapan rumah.

Selasa, 15 November 2016

DATANG DAN PERGI


Kembar mekar di waktu pagi 
Cantik dipandang tidak mewangi
Kawan datang ada yang pergi
Ada yang pergi tidak kembali lagi


Indah sungguh di waktu pagi
Rehat sarapan sambil bersantai
Hidup di dunia janganlah rugi
Peluang diberi sentiasa lalai

• Menindahkan halaman dengan bunga dan pohon menghijau.
• Ke arah persekitaran yang lebih hijau dan bersih.

Rabu, 9 November 2016

KEMATIAN ITU PASTI


Bangunan lama masih utuh
Boleh juga untuk dipamir
Badan sihat kematian terasa jauh
Dijemput Allah kita tidak terfikir 


Sarapan santai di waktu pagi
Sambil minum melihat ikan
Saudara dan kawan sudah ramai yang pergi
Kita menunggu kehidupan harus diteruskan

• Bekas bangunan KTM yang terletak di bandar Alor Setar.
• Sarapan pagi di tepi kolam.