HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 31 Ogos 2016

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA


Pasang bendera di tepi tiang
Bendera dilupakan jangan
Sehati sejiwa masyarakat penyayang
Jati diri hanya islam akidah pegangan



Pagi-pagi sudah sarapan
Cadang ke kebun tetapi penat 
Akidah islam kukuhkan pegangan
Di dunia teruskan perjuangan akhirat matlamat 


• Pemandangan di kawasan kolam dan teratak.
• Sarapan di kawasan kolam.

Rabu, 24 Ogos 2016

MANA MUNGKIN HIDUP BERSENDIRIAN


Sarapan ubi cicah kelapa
Ubi goreng serta kopi secawan
Hidup bermasyarakat jangan dilupa
Tanpa mereka mana mungkin hidup bersendirian



Rumah kampung pagar papan
Papan lama lebih tahanJiran susah dilupakan jangan
Bantulah mereka ikut kemampuan


• Sarapan pagi di tepi teratak.
• Rumah kampung pagar papan.

Isnin, 15 Ogos 2016

HARTA DAN AMALAN


Duduk termenung di atas tangga
Ceduk masih terletak di tangan
Harta banyak rajin berniaga
Jiran susah dilupakan jangan



Sekali-sekali datanglah ke Padang Terap
Boleh berkelah di Puncak Janing

Dengan manusia janganlah mengharap
Niat dan amalan kita perlu seiring

• Pemandangan di kawasan teratak.
• Berkelah bersama keluarga di Puncah Janing.

Ahad, 14 Ogos 2016

JODOH DAN PERTEMUAN


Kebun pisang subur kehijauan
Di samping pisang ada kelapa
Apa yang terjadi sudah ketentuan
Sentiasa berdoa jangan dilupa


Rehat sarapan tepi kolam ikan
Minum kopi roti bakar
Jodoh dan pertemuan Allah tentukan
Apa yang kurang terus bersabar 

• Pemandangan di kawasan kebun pisang.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Sabtu, 13 Ogos 2016

TIMBA PENGELAMAN


Cuaca pagi cukup nyaman
Suasana dihayati rasa selesa
Semasa bertugas timba pengelaman
Sudah bersara kreatif inovatif mampu mengisi masa 


Sunyi sepi di waktu pagi
Orang kampung kebanyakanya di kebun

Adat perniagaan ada untung dan rugi
Jangan lupa bersedekah jika harta sudah bertimbun.

• Pemandangan di kawasan halaman rumah.
• Kawasan kebun getah di kampung Bukit Lala.

Jumaat, 12 Ogos 2016

KETENTUAN DOA DAN HARAPAN


Selepas solat subuh hari hujan
Balik kerumah sudah siap sarapan
Simpatil dan berilah mereka harapan
Disamping berusaha beri mereka rawatan


Rumah kampung dinding papan
Persekitaran indah dengan kehijauan
Sesuatu yang berlaku sudah ketentuan tuhan
Kita cuma merancang disamping doa dan harapan 

• Pemandangan selepas solat subuh di masjid An-Nuur.
• Rumah kampung di Kubang Pisang Kubur Panjang.

Khamis, 11 Ogos 2016

AMALAN TERPUJI


Rebus ubi cicah kelapa
Ubi ditanam kawasan berpagar
Orang pencen jangan dilupa

Sering-sering bertanya khabar



Pergi ke kebun jalanya lurus
Mentari pagi belum meninggi  
Hubungan salaturahim jangan terputus
Amalan yang baik amat terpuji

• Cabut ubi untuk direbus buat sarapan pagi.
• Kawasan pokok getah di Munkim Gajah Mati.