HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 23 Februari 2016

JANGAN MENGHARAP


Hidangan petang makan laksa
Kami makan cuma berdua
Kehidupan sederhana namun selesa
Jangan mengharap sentiasa berusaha





Rehat di halaman di waktu petang
Persekitaran hijau udara segar

Hidup selesa jangan berhutang
Apa yang ada sentiasa bersabar 

  
• Minum petang merangkap makan malam.
• Pemandangan di waktu petang di laman.

Khamis, 18 Februari 2016

MENCARI BAHAGIA


Melihat penoreh dari beranda
Keluar menoreh seawal pagi
Suami isteri perlu ada bergurau senda
Saling menghormai sayang menyangi





Pokok menghijau disiram dibaja
Tumbuh subur perlu dijaga 

Mencari bahagia pintu sentiasa terbuka
Terus berusaha sentiasa berdoa 

  
• Pemandangan di waktu pagi di kawasan kebun getah.
• Tanam pokok hiasan taman.

Isnin, 15 Februari 2016

JANGAN BERPUTUS ASA


Kayu terbuang boleh diguna
Inovatif kreatif membuka minda
Pendapatan kurang buat macam mana
Terus berusaha jangan berputus asa



Mentari bersinar terang bercahaya
Udara pagi segar rasa bermaya
Biar pun susah terus berusaha
Terus bersabar insyallah berjaya
  
• Kerusi yang sudah disapu cat letak di laman.
• Pemandangan di waktu pagi.

Sabtu, 13 Februari 2016

KREATIF SERTA INOVATIF


Kerusi kayu hiasan taman
Tempat rehat bersama keluarga
Kebolehan ada jimat perbelanjaan
Pelet kayu terbuang boleh diguna



Sudah disapu cat tentunya cantik
Modal cuma cat dan paku
Dalam berkeluarga perlu dididik
Sentiasa berjimat biar pun mampu

  
• Buat kerusi dari pelet kayu terbuang.
• Kerusi dan meja yang sudah dicat hiasan taman.

Khamis, 11 Februari 2016

SEDEKAH JADIKAN AMALAN


Sarapan pagi bersama isteri
Burung berkicauan mencari makan
Sedekah diberi tidakkan rugi
Matlamat akhirat jadikan amalan



Udara segar badan pun sihat
Persekitaran hijau ada yang berbunga

Sedekah diberi kehidupan berkat
Pintu rezeki sentiasa terbuka
  
• Sarapan pagi di kawasan kolam.
• Ke arah persekitaran yang lebih hijau.

Rabu, 10 Februari 2016

REDO DENGAN UJIAN


Pagi-pagi sudah ke kebun
Selesai kerja hari dah cerah
Derita sakit ditanggung bertahun-tahun
Untuk sembuh tidaklah mudah 



 

Pagi-pagi sudah sarapan
Setelah kembali dari pasar
Sakit diterima sebagai ujian
Pembersih dosa jika  redo dan sabar

  
• Menoreh getah di Bukit Kapal.
• Sarapan pagi di tepi halaman.

Jumaat, 5 Februari 2016

BUANG YANG KERUH


Pagi-pagi sudah buat kerja
Selesai kerja pergi ke kedai

Buat teguran berpada-pada
Tujuan menghina tidak sesuai 




Rasa berselera makan mangga
Buahnya manis terasa enak
Majlis dailog membuka minda
Buang yang keruh bermusuh perlu dielak 
  
• Bersihkan daun-dau kawasan jelapang.
• Makan mangga masak terlalu manis.

Khamis, 4 Februari 2016

DERITA DAN BAHAGIA


Rehat di halaman di waktu pagi
Cuaca terang santai sarapan
Seindah wajah seindah di hati

Kebahagian dicari itulah harapan 


Mentari bersinar di waktu pagi
Cahayanya terang udara pun segar
Derita orang bandar kos hidup terlalu tinggi
Untuk menjadi normal kemungkinan sukar 

  
• Bersarapan santai di tepi kolam.
• Pemandangan di waktu pagi di halaman.