HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 26 Januari 2016

SIKAP YANG PERLU DIKIKIS


Buanglah sampah di dalam tong
Persekitan bersih tentunya indah
Apabila berniaga ambilah untung
Jangan sampai pencarum yang susah




Ambil sarapan sebelum berkerja
Sarapan pagi tepi halaman

Duit diperniagakan biar berpada-pada
Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan
  
• Membuang sampah merata-rata masih menjadi amalan.
• Bersarapan pagi di tepi kolam.

Sabtu, 23 Januari 2016

KEKALKAN PERSAHABATAN


Waktu petang bergambar di halaman
Persekitara hijau ditiup angin
Berkawan baik biarlah berterusan
Bertolong-tolongan dalam pekara kebaikan



Waktu pagi biasanya bersarapan
Sarapandi luar ditepi kolam
Dengan kawan sentiasa beri harapan
Nasihat dan pandangan elakkan berdendam 

  
• Bergambar dengan kawan lama dari zaman bujang.
• Bersarapan pagi di tepi kolam.

Selasa, 19 Januari 2016

WANG BUKAN SEGALA-SEGALANYA


Melihat kehijauan terasa damai
Mentari pagi sinarnya terang
Diuji dengan kekayaan janganlah lalai
Sentiasa beringat sebelum kematian datang



Sarapan pagi cuma berdua
Karipap panas bersama kopi

Duit banyak bukan segala-segalanya
Jiran susah tidak peduli

  
• Melihat ikan di kolam.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Isnin, 18 Januari 2016

BERJIMAT SEBELUM HABIS


Cuaca panas hingga ke petang
Pokok hijau sejuk menangkis

Duit di tangan semakin kurang
Perlu berjimat sebelum habis





Kerja di halaman terasa penat
Memberi itik makan dedak

Kenaikan barang membebankan rakyat
Getah diharap naiknya tidak

  
• Ke arah persekitaran yang lebih hijau.
• Memberi itik makan dedak.

Khamis, 14 Januari 2016

CUAI DAN HILANG PERTIMBANGAN


Persekitaran hijau terasa indah
Udara segar tinggal di kampung 
Bila sudah sampai musibah
Cuai dan gopoh deria ditanggung 



Rehat santai di kawasan halaman
Udara segar persekitaran selesa

Bila manusia hilang pertimbangan
Orang awam menjadi mangsa 

  
• Ke arah persekitaran yang lebih hijau.
• Rehat sarapan santai di tepi kolam.

Rabu, 13 Januari 2016

NILAI RINGGIT MERUDUM


Sampai di kebun seawal pagi
Kutip skrub untuk dijual
Kos sara hidup rakyat tinggi
Belanja makan harian terlalu mahal





Sarapan pagi tibanya belum
Halaman rumah sudah pun cerah

Bila ringgit sudah merudum
Utang ditanggung makin bertambah

  
• Membantu keluarga mengumpulkan skrub.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Selasa, 12 Januari 2016

BILA AKAL HILANG PERTIMBANGAN


Terasa penat rehat di halman
Mentari pagi kelihatan cerah
Bila kebebasan tanpa sempadan

Akhlak rosak manusia akan musnah 



Menunggu biri-biri pulang petang
Untuk diberi makanan dedak

Bila pegangan agama sudah hilang
Pertimbangan akal menjadi rosak 

  
• Santai di kawasan kolam
• Menunggu biri masuk kandang.

Sabtu, 9 Januari 2016

JANGAN BIARKAN ALAM MUSNAH


Minum santai di kawasan halaman
Setelah balik dari pasar
Hutan hijau dirosakkan jangan

Hijau indah udara segar


Pokok hijau sentiasa dijaga
Air disiram tiada hujan
Duit banyak sebentar saja

Persekitaran musnah tiada kesudahan
  
• Sarapan pagi di tepi kolam.
• Kawasan hadapan halaman rumah.

Ahad, 3 Januari 2016

KOS HIDUP MENINGKAT


Mentari terik kelihatan cerah
Kerja di halamat terasa penat
Kehidupan rakyat semangkin susah
Kos sara hidup kian meningkat


Musim hujan lecah jalan kampug
Sudahlah lecah lorongnya sempit
Dapat bonos bolehlah menampung

Bocornya banyak terasa perit  
  
• Pemandangan di waktu petang di halaman.
• Laluan ke kebun lecah bila hujan.

Sabtu, 2 Januari 2016


Makan bubur bekas kelapa
Kelapa muda sejuk airnya manis
Sampah dibuang merata-rata
Sikap buruk perlu dikikis 


Ulam kampung sayur terpilih
Mudah ditanam tepi halaman  
Kampung dan bandar pastikan bersih
Pencemaran dibiarkan musnahkan kehidupan 

  
• Makan tengahari bubur dan air kelapa.
• Tanaman ulam cekor di halaman rumah.