HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 16 Disember 2016

AKHLAK TERPUJI


Waktu pagi sudah bermula
Sarapan pagi sudah menanti
Akhlak terpuji raja mulia
Rakyat berdoa semoga Allah rahmati



Sungguh enak buah mangga
Masak ranum rasanya lazat
Raja adil rakyat berbangga
Semoga berbahagia dunia akhirat

• Sarapan pagi di tepi kolam.
• Hidangan mangga masak.

Khamis, 15 Disember 2016

ISLAM DASAR AKHIRAT MATLAMAT


Beri itik makan dedak
Itik bertelur belanja jimat
Sokongan rakyat tidak berganjak
Islam dasar akhirat  matlamat 



Daun pisang buat lepat
Buah dijual hantar ke pasar 
Maklumat diperolehi  biarlan tepat
Hujah diberi jangan tersasar

• Memberi itik makan di waktu pagi.
• Tanam pisang di tepi rumah.

Selasa, 13 Disember 2016

AKHLAK PEMIMPIN


Rumput dipotong sudah dipungut
Rehat sudah hilangkan penat
Kata diucap sedapnya mulut
Dijadikan kawan beringat-ingat




Cuaca pagi segar ditiup angin
Pesekitaran hijau  rehat di pangkin  
Angkoh dan sombong akhlak pemimpin
Kemenangan diharap manakan mungkin

 • Membersihkan halaman rumah di waktu pagi.
• Berehat di pangkin selesai berkerja.

Isnin, 12 Disember 2016

KEKAYAAN CUMA SEMENTARA


Sarapan pagi di tepi kolam
Persekitaran hijau cuaca segar
Kekayaan yang jangan tengelam
Jatuh miskin tidaklah sukar 





Letih berkerja balik terlena
Lena di teratak tersangat mudah
Kekayaan yang ada jangan disalah guna
Menyesal kemudian terlambat sudah

  
• Sarapan di kolam di waktu pagi.
• Teratak tempat rehat bersama keluarga.

Khamis, 8 Disember 2016

RAKYAT SENTIASA BERWASPADA


Waktu pagi cuaca cerah
Persekitaran hijau terasa indah
Sikap pemimpin politik berubah-ubah
Rakyat bawahan sentiasa berwaspada





Balik kebun terasa penat
Rehat di pondok menunggu sarapan
Pemimpin berubah rakyat beringat
Jangan terpedaya bergantung harapan 

  
• Suasana di kolam segar kehijauan.
• Teratak tempat rehat bersama keluarga.

Rabu, 30 November 2016

BERINGAT-INGAT


Kawasan Bukit Lala ditanam padi
Punca air guna air hujan
Bangunan runtuh kian menjadi-jadi
Setiap kesilapan ambillah  pengajaran




Semalam terang cuaca baik
Cuma petang sedikit hujan
Harga minyak turun dan naik
Barang di pasaran perlu kawalan
  
• Sawah padi di kampung Bukit Lala.
• Kutip skrup di waktu pagi.

Jumaat, 25 November 2016

BERGANTUNG HARAP KEPADA ALLAH


Di Puncak Janin Padang terap
Pergi berkelah bersama keluarga
Hidup jangan lupa bergantung harap
Kita manusia cuma berusaha




Rehat santai tepi rumah
Penat beli barang dar pasar
Terus berusaha serta istiqmah
Pastinya nanti ada jalan keluar
  
• Berkelah bersama keluarga di Puncak Janing.
• Baru balik dar pasar beli barang.

Rabu, 23 November 2016

SENTIASA BERWASPADA


Suasana pagi cukup selesa
Di tepi rumah beri makan itik
Kata diucap waspada sentiasa 
Jangan terluka biar terdetik


Anak buah datang tidak diduga
Datang pagi baliknya petang
Bila berkawan adap dijaga
Hormat menghormati bicara matang
  
• Memberi itik makan di waktu pagi.
• Menerima kunjungan anak buah yang lama tidak berjumpa.

Isnin, 21 November 2016

BERJIMAT DAN BERINGAT


Pancing ikan di waktu petang
Cuaca redup masi ada mentari
Belanja berjimat jangan berhutang
Buat simpan untu kemudian hari


Kawasan rumah ditanam kelapa
Airnya diminum apabila dahaga
Biarpun pendapatan tidak seberapa
Masih mampu menyara keluarga

• Memancing ikan di kawasan sawah di kampung Tualang.
• Tanaman pokok kelapa di tepi rumah.

Jumaat, 18 November 2016

DOA DAN HARAPAN


Badan berpeluh terasa dahaga
Potong rumput belum sarapan
Kawan berjaya tumpang berbanga
Ditimpa musibah berilah mereka harapan


Rehat santai di waktu pagi
Malam tadi turunya hujan
Bersangka baik amalan terpuji
Pandangan terbuka bermusuh jangan

• Potong rumput tepi halaman rumah.
• Pondok di hadapan rumah.

Selasa, 15 November 2016

DATANG DAN PERGI


Kembar mekar di waktu pagi 
Cantik dipandang tidak mewangi
Kawan datang ada yang pergi
Ada yang pergi tidak kembali lagi


Indah sungguh di waktu pagi
Rehat sarapan sambil bersantai
Hidup di dunia janganlah rugi
Peluang diberi sentiasa lalai

• Menindahkan halaman dengan bunga dan pohon menghijau.
• Ke arah persekitaran yang lebih hijau dan bersih.

Rabu, 9 November 2016

KEMATIAN ITU PASTI


Bangunan lama masih utuh
Boleh juga untuk dipamir
Badan sihat kematian terasa jauh
Dijemput Allah kita tidak terfikir 


Sarapan santai di waktu pagi
Sambil minum melihat ikan
Saudara dan kawan sudah ramai yang pergi
Kita menunggu kehidupan harus diteruskan

• Bekas bangunan KTM yang terletak di bandar Alor Setar.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Khamis, 13 Oktober 2016

PEMIMPIN DAN RAKYAT


Penat berkerja terasa haus
Rehat di pondok tempat berlindung
Rakyat berjimat pemimpin boros
Hutang negara rakyat menanggung




Pemandangan di sawah cukup indah
Angin bertiup rasa selesa
Pemimpin politik bertikam lidah
Rakyat bawahan menjadi mangsa 

• Pondok rehat di kawasan kebun
• Sawah padi di kawasan Gunung Keriang.

Isnin, 10 Oktober 2016

ISTIQMAH DENGAN AMALAN


Waktu petang hujan gerimis
Cadang ke kebun hendak berjalan
Puasa sunat Isnin Khamis
Bulan Muraham berpuasa jadikan amalan




Bersihkan daun pisang gunakan parang
Kerja  banyak tak menang tangan

Bangun malam ambillah peluang
Doa mustajab dilupakan jangan 

• Pemandangan di kolam selepas hujan.
• Kwasan kebun piisang sebelah rumah.

Sabtu, 1 Oktober 2016

TINGKATKAN AMALAN


Berehat santai di tepi kolam
Sambut hari lahir cucu-cucu raikan

Biasakan diri bangun di tenga malam
Tingkan amal buat bekalan




Pergi ke kebun cuma berjalan
Ikut jalan pintas terasa dekat

Amalan soleh buat bekalan
Sebelum kematian sempat bertaubat 


• Pemandangan di kawasan kolam.
• Jalan pintas ke Bukit Tembaga dari Bukit Lala.

Rabu, 31 Ogos 2016

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA


Pasang bendera di tepi tiang
Bendera dilupakan jangan
Sehati sejiwa masyarakat penyayang
Jati diri hanya islam akidah pegangan



Pagi-pagi sudah sarapan
Cadang ke kebun tetapi penat 
Akidah islam kukuhkan pegangan
Di dunia teruskan perjuangan akhirat matlamat 


• Pemandangan di kawasan kolam dan teratak.
• Sarapan di kawasan kolam.

Rabu, 24 Ogos 2016

MANA MUNGKIN HIDUP BERSENDIRIAN


Sarapan ubi cicah kelapa
Ubi goreng serta kopi secawan
Hidup bermasyarakat jangan dilupa
Tanpa mereka mana mungkin hidup bersendirian



Rumah kampung pagar papan
Papan lama lebih tahanJiran susah dilupakan jangan
Bantulah mereka ikut kemampuan


• Sarapan pagi di tepi teratak.
• Rumah kampung pagar papan.

Isnin, 15 Ogos 2016

HARTA DAN AMALAN


Duduk termenung di atas tangga
Ceduk masih terletak di tangan
Harta banyak rajin berniaga
Jiran susah dilupakan jangan



Sekali-sekali datanglah ke Padang Terap
Boleh berkelah di Puncak Janing

Dengan manusia janganlah mengharap
Niat dan amalan kita perlu seiring

• Pemandangan di kawasan teratak.
• Berkelah bersama keluarga di Puncah Janing.

Ahad, 14 Ogos 2016

JODOH DAN PERTEMUAN


Kebun pisang subur kehijauan
Di samping pisang ada kelapa
Apa yang terjadi sudah ketentuan
Sentiasa berdoa jangan dilupa


Rehat sarapan tepi kolam ikan
Minum kopi roti bakar
Jodoh dan pertemuan Allah tentukan
Apa yang kurang terus bersabar 

• Pemandangan di kawasan kebun pisang.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Sabtu, 13 Ogos 2016

TIMBA PENGELAMAN


Cuaca pagi cukup nyaman
Suasana dihayati rasa selesa
Semasa bertugas timba pengelaman
Sudah bersara kreatif inovatif mampu mengisi masa 


Sunyi sepi di waktu pagi
Orang kampung kebanyakanya di kebun

Adat perniagaan ada untung dan rugi
Jangan lupa bersedekah jika harta sudah bertimbun.

• Pemandangan di kawasan halaman rumah.
• Kawasan kebun getah di kampung Bukit Lala.

Jumaat, 12 Ogos 2016

KETENTUAN DOA DAN HARAPAN


Selepas solat subuh hari hujan
Balik kerumah sudah siap sarapan
Simpatil dan berilah mereka harapan
Disamping berusaha beri mereka rawatan


Rumah kampung dinding papan
Persekitaran indah dengan kehijauan
Sesuatu yang berlaku sudah ketentuan tuhan
Kita cuma merancang disamping doa dan harapan 

• Pemandangan selepas solat subuh di masjid An-Nuur.
• Rumah kampung di Kubang Pisang Kubur Panjang.

Khamis, 11 Ogos 2016

AMALAN TERPUJI


Rebus ubi cicah kelapa
Ubi ditanam kawasan berpagar
Orang pencen jangan dilupa

Sering-sering bertanya khabar



Pergi ke kebun jalanya lurus
Mentari pagi belum meninggi  
Hubungan salaturahim jangan terputus
Amalan yang baik amat terpuji

• Cabut ubi untuk direbus buat sarapan pagi.
• Kawasan pokok getah di Munkim Gajah Mati.

Ahad, 31 Julai 2016

SABAR DAN NIKMAT


Taman Tasik Taiping sungguh indah
Airnya jernih luas membiru

Pendapatan kurang janganlah susah
Sentiasa berusaha sabar selalu



Jalan kampung disusuri
Pemandangan luas sawah padi

Nikmat yang telah ada disyukuri
Jangan berbelanja lupa diri

  
• Taman Tasik Taiping pemandangan di waktu petang.
• Kawasan sawah padi di kampung Tualang.

Rabu, 27 Julai 2016

SENTIASA BERSEDIA


Lori balak lebih muatan
Kenderaan bersebelahan kena waspada
Mahasuci Allah sentiasa menjadi sebutan

Dijemput pulang sentiasa bersedia


Berhenti sekejap di depan papan tanda
Ke Sungai Sari ziarah kawan

Suami isteri kena juga bergurau senda
Rumah tangga harmoni carilah kebahagian  

  
• Kenderaan berat membawa muatan lebih.
• Papan tanda LGM bersebelahan Kolej Kominiti Mara Kuala Nerang.

Isnin, 25 Julai 2016

UCAP KATA DAN REZEKI


Pokok ditoreh sudah pun siap
Rehat sekejap balik berjalan

Kata yang kita diucap sering tersilap
Jika terluka maaf-maafkan



Waktu petang terasa panas
Lena sekejap terus terjaga
Rahmat Allah teramat luas

Rezeki yang yang datang tidak terhingga
  
• Jalan pintas ke Kg. Bukit Tembaga dari kebun.
• Rehat dan baring di atas teratak.