HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 28 September 2015

REZEKI YANG HALAL


Kebun getah di lereng bukit
Berjalan jauh terasa penat
Rezeki yang halal biarpun sedikit

Membawa berkatan dunia akhirat



Hujan lebat sawah tengelam
Pokok akan mati terendam lama
Harta dicari siang dan malam
Solat ditinggalkan tidak berguna


• Upah menebas kebun sebelum membuat torehan.
• Sawah di kawasan kampung Tualang.

Rabu, 23 September 2015

Selasa, 22 September 2015

HUTANG JANGAN DIAMAL


Mentari cerah sudah meninggi
Buat kerja seawal pagi
Hutang banyak janganlah lari
Akhirat tak selamat sangatlah rugi

Keluar rumah di waktu pagi
Jalan pintas lalu di titi
Hutang bertimbun ditambah lagi
Hidup tak tenang sampai kemati

• Kutip sekrap di waktu pagi.
• Titi kayu kawasan sawah di Telaga Mas, Pokok Sena.

Rabu, 16 September 2015

ISLAM PENYELAMAT UMAH


Pergi ke kebun bersama isteri
Santai di kolam di waktu petang
Bila nafsu mengatasi diri
Kejahatan berluasa keamanan hilang




Rehat di pangkin baring terlena
Balik dari kebun terasa penat
Bangsa diperjuangkan tidak kemana
Hanya islam penyelamat umat


Rehat di kawasan kolam.
Tempat rehat balik dari kebun.

Isnin, 14 September 2015

IKLASKAN PERJUANGAN


Memancing ikan duduk di titi
Dapat ikan untuk dijual

Iklas dan istikomah kejayaan menanti
Mereka yang khianat pasti menyesal



Petang-petang rehat di halaman
Kawasan kampung sentiasa tenang

Pemimpin yang iklas ada pendirian
Perjuangan kebenaran tidakan goyang 

• Titi di kawasan awah di Kepala Bendang.
• Rehat di kawasan kolam.

Ahad, 13 September 2015

TINGGAL DI KAMPUNG LEBIH SELESA


Potong rumput dua minggu sekali
Agar rumput tidak panjang
Duduk di kampung banyak tidak payah dibeli
Pebelanjaan cukup tidaklah sampai berhutang



Seronok beri makan rusa
Rusanya jinak mudah dipelihara 

Tinggal di kampung senang selesa
Biar pun sederhana yang pastinya gembira


• Melihat itik sebelum diberi makan petang.
• Melawat ladang rusa di Semeliang Agro Farm.

Khamis, 10 September 2015

MENARUH HARAPAN


Petang mendung hujanya tidak
Melihat itik untuk memberi makan
Tan Sri Muhyidin Yassin,Umno totok
Tetap bersama masih menaruh harapan



Cabut rumput selepas hujan
Tanah lembut mudah dicabut 

Rakyat bawahan dalam kerisauan
Bantuan kerajaan lakukanlah apa yang patut


• Melihat itik sebelum diberi makan petang.
• Melakukan kerja-kerja di kawasan halaman.

Selasa, 8 September 2015

KENYATAAN DAN HARAPAN


Beri ikan makan di waktu petang
Makan diberi selepas hujan
Pemimpin dikritik mungkin terbuang

Di antara kenyataan dan juga harapan


Tengah hari cuaca cerah
Petang pula turun hujan

Malaysia tercinta dibelengu masaalah
Rakyat terinaya  rasa terkilan 
• Memberi ikan makan di kolam.
• Pemandangan di waktu panas terik.

Isnin, 7 September 2015

RINTANGAN DAN DUGAAN


Badan berpeluh rasa dahaga
Mentari terik persekitaran cerah
Kejayaan diperolehi tidak diduga
Teruskan usaha jangan menyerah


Beri itik makan di dalam reban
Dedak diberi habis dimakan
Terus berusaha berputus asa jangan
Rintangan dan dugaan demi kejayaan

• Membersihkan kawasan halaman rumah.
• Memberi itik makan di dalam reban.

Jumaat, 4 September 2015

SENTIASA TEKUN

Melawat ternakan rusa di kampung Semeliang
Semeliang Agro Farm menyediakan penginapan
Jika pinjaman mudah dan senang
Masa membayar terlupa jangan



Di tepi pagar rusa dibei makan
Dedak diletak di tapak tangan
Pinjaman dibuat bukan sekadar harapan
Tiada dikriminasi mereka amat memerlukan


• Semeliang Agro Farm Kuala Nerang, Padang Terap.
• Memberi rusa makan di tepi pagar.