HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 30 Ogos 2015

SEHATI SEJIWA


Teratak Impian pasang bendera
Persekitaran hijau rasa selesa

Sehati sejiwa jiwa merdeka
Pemimpin diangkat janganlah rakyat derita





Waktu petang melawat ternakan rusa
Terletaknya tidak jauh dari Pekan Pokok Sena

Hari merdeka disambut rakyat Malaysia
Sehati sejiwa pandangan cuma berbeza


• Memeriahkan lagi suasana menyambut kemerdekaan.
• Pemandangan di kawasan ladang rusa.

Sabtu, 29 Ogos 2015

JANGAN DIAMBIL MUDAH


Rumah kayu di jalan Sultanah
Nampak kukuh kelihatan indah

Ekonomi negara semakin lemah
Kehidupan rakyat bawahan tidak secerah





Mentari pagi sinarnya cerah
Sarapan pagi tersedia sudah
Pemimpin ditegur tak ambil indah

Kuasa hilang undi rakyat jangan diambil mudah 

• Rumah tradisional di jalan Sultanah.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Ahad, 23 Ogos 2015

SATU KETENTUAN


Jambu ditanam tepi laman
Buahnya manis enak dirasa
Ajal tiba satu ketentuan

Ketentuan Allah bila-biila masa


Mentari pagi kelihatan cerah
Halaman hijau laman dipagari
UMNO kemungkinan dilihat lemah
Kepercayaan rakyat hilang pemimpin pentingkan diri 


• Pokok jambu penghias halaman.
• Rumput karpet menghijau hiasi halaman.

Rabu, 19 Ogos 2015

HILANG HARGA DIRI


Rehat di luar sejuk ditiup angin
Pokok menghijau melindungi mentari
Rakyat Malaysia lemah tenaga batin
Hidup kemurungan hilang harga diri 



Mentari cerah cuaca terang
Duduk di kolam tunggu sarapan
Sesama pimpinan sering berperang

Pemimpin diharap akan terhakis sokongan 

• Pemandangan di waktu petang di belakang rumah.
• Kawasan kolam tepi halaman.

Selasa, 18 Ogos 2015

IKHLASKAN NIAT


Pokok tua tunggu ditebang
Kayunya boleh dijual di kilang berdekatan
Jangan khianati Parti jika sudah terbuang

Khidmat diberi niat diperbetulkan


Tepi rumah sudah dibersihkan
Sudah berseh nampak lapang 

Rakyat cuma ingin pencerahan
Sendiwara lampau jangan berulang


• Pokok getah tua di kampung Bukit Lala.
• Membersehkan halaman tepi reban itek.

Isnin, 17 Ogos 2015

HARAPAN DAN ANDAIAN


Pulang dari sawah hampir senja
Setelah selesai menabur benih

Siang malam jenuh berkerja
Ekonomi merosot bilakan pulih


Cuaca cerah biasanya tak hujan
Rehat pagi di kolam boleh sarapan

Menjatukan kerajaan adakah sekadar andaian
Atau sekadar mengalihkan pandangan  

• Pemandangan menghampiri senja di sawah, Tualang.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Sabtu, 15 Ogos 2015

RAKYAT DIPILIH JANGAN DIKHAINATI


Jalan ke kebun sudah pun kering
Tiga hari sudah tidak hujan
Mana mungkin kerajaan diguling

Rakyat memilih dikhianati jangan



Mentari bersinar cerah cuaca
Pokok ditoreh sudah banyak terasa penat
Orang politik tindakkanya sukar dibaca

Banyak tersirat dari tersurat



• Pemandangan di kebun getah di kampung  Bukit Lala.
• Penoreh getah di kampung Bukit Lala.
• Bodohlah saya mahu jatuhkan kerajaan - Tan Sri Muhyiddin.

Rabu, 12 Ogos 2015

NILAI RINGGIT MERUDUM


Bunyi guruh berdentum-dentum
Air di tempayan jangan dibuang

Ringgit Malaysia semakin merudum
Rakyat bawahan semakin bimbang  



Cahaya mentari sinarnya terang
Awan cerah petanda tidak hujan
Kuasa membeli semakin kurang
Jualan meningkat sekadar harapan

• Air tempayan sentiasa diisi bersedia ketiadaan air.
• Pemandangan di waktu pagi di halaman.

Sabtu, 8 Ogos 2015

KAU MAHU JADI APA

Kau ini sebenarnya siapa dan bagimana,
Aku dimana mahu kau bawa,
Kau suruh aku menabung,

Kau bukan mengambil sedikit,
Malah kau menghabiskannya,
Kau jadi kaya raya,
Aku ini bagimana,


Kau kata aku didahulukan,
Kau mengambilnya dahulu aku tinggal bakinya,
Aku mahu jadi apa,

Kau suruh aku berubah,
Nasiat aku kau serggah,
Kau ini sebenarnya bagaimana,


Kau suruh aku bersyukur,
Serta berterima kasih,
Kau kufur nikmat yang Allah beri,
Kau ini bagimana mahu kemana,
Kau suruh aku taat kepada peraturan Allah 
Kau sendiri menyangahnya, 
Kau mahu jadi apa sebenar-benarnya.




Jumaat, 7 Ogos 2015

BERCAKAP BENAR BIARPUN PAHIT


Pondok buruk biarpun sempiit
Tempat berteduh hujan
Bercakap benar walaupun pahit

Cepat sedar jangan lama tersepit



Mentari pagi sinarnya cerah
Persekitaran hijau suasana tenang
Gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah
Biar mati tunduk sekali-kali jangan


• Rumah kampung di kampun Dehrang.
• Pemandangan di waktu pagi di halaman.

Khamis, 6 Ogos 2015

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


Burung terbang dipipiskan lada
Melepaskan anjing tersepit mengigit
Perjuangan sentiasa diteruskan dikritik bersedia
Berputus asa jangan walaupun pahit  



Pokok dan bunga menghiasi halaman
Burung berkicauan ikan berenag
Amal makruf tentang kemungkaran
Kebenaran ditegakkan pasti ditentang




• Anjin liar ada kedapatan di kebun getah.
• Kawasan kolam di tepi halaman.
• Peristewa akhir zaman ancaman syiah- Dr. Maza.

Rabu, 5 Ogos 2015

PENANTIAN


Reban itek tanah berpasir
Bersihkan najis senang dan mudah
Penantian yang ditunggu masih belum berakhir
Pangkin dibuat dari papan
Boleh rehat dari kebun keletihan

Waris mangsa mahu kepastian
Tersilap jangan bukan andaian


• Ternakan itik nila dibelakang rumah.
• Pangkin tempat rehat tepi bilik tidur.

Selasa, 4 Ogos 2015

HADIAH ATAU RASUAH


Waktu petang turun ke sawah
Tanam guna semaian kos tidaklah murah
Dapat projek biasanya mudah


Sekarang sudah musim buah-buahan
Buah dukung buah rambutan
Rakyat cuma mahu pencerahan
Negara setabil rakyat dahagakan keamanan

• Sawah di kawasan kampung Yoi, Pokok Sena.
• Kebun buah-buahan di sebelah rumah.

Sabtu, 1 Ogos 2015

DOA ORANG YANG KENA ZALIM


Penat berkerja rehat sekejap
Cuaca panas sudah pun tengahari 

Doa orang yang dizalimi tiada hijap
Pemimpin dan rakyat muhasabah diri



Jalan lecah tanggal sepatu
Jalan lecah banyak kenderaan lalu
Pukul anak sindir menantu
Negara kini tidak menentu



• Makan tengahari sudah tersedia di atas meja.
• Selepas hujan jalan ke kebun lecah.
• Tuan Guru Haji Hadi - Interview dengan TV Singapura.