HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 31 Julai 2015

HANYA AMALAN BUAT BEKALAN


Dari bilik tidur melihat kebun
Parang diasah sudah tersedia
Masih belum terlambat mintalah ampun
Rahmat Allah buat hambanya


Minum kopi di waktu petang
Burung terbang berkicau-kicauan
Bila kita dijemput pulang
Hanya amalan buat bekalan

• Pemandangan di waktu pagi di belakang rumah
• Pemandangan di kolam di tepi rumah.

Rabu, 29 Julai 2015

KEPERCAYAAN RAKYAT HILANG


Sinar mentari hilang di puncak
Tidak lama lagi azan berkumandang

Ditelan mati emak diluah mati bapak
Kepercayaan rakyat sokongang akan hilang 



Kawasan halaman perlu dipagar
Elak ternakan ceroboh kawasan halaman
Mana mungkin nasihat didengar
Nasi menjadi bubur sudah enak dimakan



• Pemandangan di waktu hampir senja di sawah Tualang.
• Pagar kayu sesuai dengan rumah kampung.
• Pandangan Zainuddin Maidin.

Selasa, 28 Julai 2015

PERLU BIJAKSANA


Waktu petang kait kelapa
Minum iir kelapa terrasa dahaga
Kebenaran akan tiba masanya tiba
Islam penyelamat pemimpin yang alpa




Rehat di kolam rasa selesa
Persekitaran hijau cuaca pun cerah

Tiada yang pelik angap biasa
Rakyat gelisah semakin susah

• Tanam kelapa di tepi kawasan rumah.
• Rehat santai di tepi kolam,

Isnin, 27 Julai 2015

SENTIASA BERINGAT DAN BERJIMAT


Rumput kapet hijau menebal
Perlu dijaga dengan sempurna
Budaya berhutang jangan diamal
Jika bertangguh hidup merana



Rehat sebentar penat berkerja
Tunggu isteri sediakan sarapan

Pendapatan kurang jimat berbelanja
Beli yang tiada ikut keperluan


• Rumput kapet cantik menghijau di halaman.
• Sarapan pagi bersama isteri di tepi kolam.

Khamis, 23 Julai 2015

PENYEJUK MATA


Berehat santai sambil bercerita
Minum bersama setelah penat berkerja
Isteri soleh penyejuk mata
Teman penghibur mengakhiri senja



Minum air, air telaga
Airnya bersih serta jernih

Keluarga bahagia aman ceria
Sentiasa istikomah jemaah dipilih

• Minum santai di tepi kolam.
• Masih mengunakan telaga sebagai air bersih.

Rabu, 22 Julai 2015

MASYARAKAT PERLU DIPIMPIN


Rehat petang duduk di pangkin
Tabur dedak beri itik makan
Orang islam perlu dipimpin
Dengan ulamak menghina jangan




Kawan dan saudara datang santai di halaman
Jamuan diberi sudah dimakan
Setiap istikomah dalam amalan
Sebelum datang dijemput kematian

• Memberi itik makan di waktu petang.
• Santai di kawasan halaman.

Isnin, 20 Julai 2015

BERHARI RAYA DI KAMPUNG


Berhari raya rami yang datang
Jauh dan dekat saudara dan kawan
Jauhi budaya mudah berhutang
Kehidupan terbeban menjadi bosan





Keluarga terdekat datang berhari raya
Bergambar kenangan di depan bersama
Musibah datang janganlah kecewa
Sentiasa berusaha serta berdoa ujian diterima


• Jiran sekampung dari Darul hidayah, Hulu Langat beraya.
• kerluarga terdekat adik bongsu dengan anak-anaknya.

Ahad, 19 Julai 2015

SUSAH SENANG SENTIASA BERSAMA


Mentari pagi cahayanya terang
Hijau tenang indahnya suasana
Menang jadi abu kalah jadi arang

Untungnya tidak rakyat hendak dibawa kemana



Kerja di sawah mentari terik
Terasa letih kerjanya berat

Diuji kepayahaan bersangka baik
Selamat di dunia juga akhirat 


• Halaman rumad di waktu pagi.
• Pemandangan d kawasan sawah di kampung Yoi.

Sabtu, 18 Julai 2015

PUASA ENAM


Persekitaran bersih dilihat indah
Ditambah dengan halaman kehijauan

Shawal datang disambut sudah
Puasa enam dilupa jangan





Lalu di sawah sudah pun petang
Masih ramai yang memacing ikan
Puasa enam rebutlah peluang
Hanya dalam bulan shawal rugi ditinggalkan


• Kolam di tepi rumah.
• Pemandangan d waktu petang di tepi sungai di Tualang.

Selasa, 14 Julai 2015

Jumaat, 10 Julai 2015

HIDUP SENTIASA BERUSAHA


Rehat di pangkin penat terlena
Menoreh getah di masa berpuasa
Gaji yang diperoleh amat sederhana
Kos hidup meningkat kepayahan terasa




Persekitaran hijau bersih rasa selesa
Hiasan bunga indahkan halaman
Kos hidup meningkat kepayahan terasa
Usahkan sesuatu buatlah kerja sampingan


• Buat pangkin di belakang rumah
• Hiasan bunga indahkan halaman.

Rabu, 8 Julai 2015

RINGANKAN TANGAN BERSEDEKAH


Air tempayan jangan dibuang
Siram pokok bunga berkembang
Walaupun duit di tangan sudah pun kurang
Ringankan tangan terus menyumbang




Semalam hujan lebat jalan lecah
Pergi ke kebun menoreh getah

Duit yang ada sentiasa bersedekah
Tidakkan berkurangan insyallah bertambah




• Menyatuni sahabat di FB di kawasan pondok.
• Jalan lecah ke kebun getah.
• Ustaz Ebit Lew - Doa orang yang bertakwa.

Ahad, 5 Julai 2015

BALIK KAMPUNG


Mentari pagi sinarnya bercahaya
Udaranya segar terasa lega

Berhati-hati di jalanraya
Balik kampung menunggunya keluarga




Balik menoreh terasa penat
Sampai di rumah kait kelapa
Kampung yang jauh terasa dekat
Bila hati sudah suka tentunya indah belaka

• Duduk di tangga selepas membersehkan halaman.
• Pokok kelapa jenis rendah ditanam di halaman.

Sabtu, 4 Julai 2015

JIKA SUNGGUH BAGAI DIKATA


Potong pokok bagi rata
Bila tumbuh semua berbunga 

Jika sungguh bagai dikata
Perlu perjelas jangan jadi tanda tanya




Kampung kami masih guna perigi
Airnya jernih sentiasa banyak
Jika bola sudah di kaki
Terpulah hendak ditendang masuk

• Pondok bunga ditanam di tepi pondok.
• Air perigi gunakan pam di kawasan rumah.

Jumaat, 3 Julai 2015

DERITA RAKYAT BILA KESUDAHAN


Waktu tengahari panas terik
Balik kebun lepas membaja
Minyak naik tol pun naik
Derita rakyat bilakan reda



Buat bangku letak di halaman
Tempat rehat bila keletihan
Rakyat berbelanja di musim perayaan
Lukah dipasang dipergentingan 

• Pondok rehat boleh berteduh.
• Buat pangkin tempat rihat balik kebun.

Rabu, 1 Julai 2015

JANJI SEKADAR DI BIBIR


Rehat di pangkin di waktu pagi
Untuk kait buah kelapa
Harga minyak naik lagi
Rakyat dibebankan bertimpa-timpa



Sungguh selesa tinggal di kampung
Udara segar perigi masih boleh dapat air
Kesusahan rakyat tiada penghujung
Janji pilihanraya manis sekadar di bibir

• Pangkin rehat di belakang rumah.
• Gunakan pam air dari perigi.