HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 18 Jun 2015

SEMOGA IBADAH KITA DITERIMA


Kebun dekat cuma berjalan
Bolah juga cari daun ulam
Bulan ramadan tingkatkan amalan
Istikomahlah bangun di tengah malam


Balik kebun terasa penat
Rehat sebentar hilangkan peluh
Doa diharap sentiasa sihat
Semoga ibadah puasa diterima Allah

• Kebun belakang rumah.
• Kawasan kolam di tepi rumah.

Selasa, 16 Jun 2015

YANG HILANG YANG JATUH


Waktu petang cuaca cerah
Udara segar ditiup angin
Yang hilang belaku sudah
Yang akan jatuh serba mungkin


Duduk rehat bukan termenung
Penat mendongak kait kelapa
Duit hilang rakyat yang tanggung
Tol akan naik derita bertimpa-timpa 


• Pemandangan di waktu petang.
• Tepi reban itek di tepi rumah.

Isnin, 15 Jun 2015

MENUNGGU RAMADAN


Pepohon menghijau indahkan halaman
Cuca  dingin malam tadi hujan
Tidak sabar menunggu Ramadan
Bulan pilihan penuh keberkatan 


Menunggu kawan duduk di hadapan
Janji sampai di waktu petang
Bulan pilihan penuh keberkatan
Marilah kita merebut peluang

• Pokok menghijau mengindahkan halaman.
• Kawasan pondok di halaman rumah.

Sabtu, 13 Jun 2015

RAMADAN DATANG LAGI


Mentari pagi cahayanya jelas kelihatan
Berehat santai sambil sarapan
Bulan Ramadan penuh keberkatan 

Amal ditingkatkan dengan penuh keiklasan



Pagi-pagi sudah ke pasar
Beli ayam sayur serta ikan
Amal ditingkatan iklas dan penuh sabar
Doa dipohon dengan kesungguhan serta harapan

• Sarapan pagi di tepi kolam.
• Pasar Sabtu di pekan Pokok Sena.

Isnin, 8 Jun 2015

SABAR DALAM PERJUANGAN


Rehat di halaman tidaklah lama
Persekitaran hijau udara segar

Susah senang sentiasa bersama
Untuk bersusah kenalah sabar


Hujan lebat sawah banjir
Memukat ikan dapatnya banyak

Kita melihat apa yang zahir
Boleh didengar untuk percaya berhati-hati

• Berehat di tepi pondok selesai berkerja.
• Sawah banjir di kampung Bukit Lala.

Rabu, 3 Jun 2015

KEBENARAN DIPERTAHANKAN


Mata mengantuk mulut menguap
Baring keletihan bersihkan halaman

Keredoaan Allah sentiasa diharap
Dengan manusia adakalanya ada kepentingan



Bersihkan halaman terasa letih
Rehat di pangkin cuaca panas 
Jangan tunduk campurtangan perlu dibenteras 

• Pondok tempat rehat bersama keluarga.
• Menghijaukan halaman dengan pokok-pokok.