HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 30 April 2015

ADAKAH INI HANYA LAKUNAN


Tengahari langit cerah
Waktu petang hujan turun
Rakyat tanya jangan marah
Pemimpin berbalah adakah cuma berlakun


Halaman bersih sentiasa diurus
Jika  tidak dipenuhi daun
Kena berjimat hutang negara sudah bertimbun 

• Rumput karpet hijau subur di musim hujan.
• Bersihkan daun-daun kawasan tepi pagar.

Rabu, 29 April 2015

BERILAH PENJELASAN YANG BETUL


Pagi-pagi sudah bekerja
Persekitaran bersih rasa selesa
Jika negara boros berbelanja
Hutang banyak rakyat menjadi mangsa


Persekitaran indah hijaunya pepohon
Halaman bersih penuh kehijauan
Rakyat keliru ingin pencerahan


• Rehat sebentar setelah bersihkan kawasan.
• Persekitaran hijau pokok-pokok dan halamaan
• Orang tak tahu apa Dato Mazlan Cakap- Tun Dr. Mahatir.

Isnin, 27 April 2015

NEGARA SEMAKIN KALUT


Potong dahan pokok belimbing
Buahnya banyak tidak berbalut
Tun Mahathir bukan buat bising
Kerajaan sekarang semakin kalut


Berdiri lama sakit lutut
Rehat sebentar di kawasan teratak
Pemimpin berbalah hati tersentak

• Bersihkan buah belimbing yang rosak tidak berbalut.
• Rehat sebentar di kawasan teratak.

Ahad, 26 April 2015

MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA


Basuh tangan guna air tempayan
Tempayan leetah di tepi tangga
Bertindak terburu-buru terima balasan
Menyesal kemudian tidak berguna 


Penoreh dan pesawah kami di Bukit Lala
Ada kebun ada yang ambil upah saja
Rakyat bawahan perlu dibela
GST dikenakan beban bertimpa-timpa


• Ambil air di dalam tempayan.
• Sawah padi di kampung Bukit Lala .
• Tun Mahatir bicara Negarawan.

Khamis, 23 April 2015

BERJANJI MEMANNYA MUDAH


Semaian dicabut ditanam sudah
Kawasan sawah sudah pun berair
Masa berjanji lembutnya lidah
Masa membayar janji dimungkir


Bela biri-biri tidaklah sukar
Beli dedak diberi makan 
Tiba masanya utang tidak dibayar
Hidup dalam kegelisahan tidakan aman

• Sawah di kampung Sungai Pinang.
• Beri itek makan di waktu pagi.

Rabu, 22 April 2015

HARTA YANG MEMBAWA BERKAT


Melihat ikan dedak diberi
Bersarapan pagi dengan kopi 
Semoga wajah ceria berseri
Harta yang halal Allah berkati


Lalu di sawah melintas titi
Ikut titi perjalanan dekat
Harta halal lagi diberkati
Selamat di dunia membawa akhirat

• Menu sarapan pagi hari ini.
• Titi kayu di kampung Kubang Lintah.

Ahad, 19 April 2015

HIDUP BERPANDUKAN HUKUM


Sampai di ke kebun sudah pun cerah
Rehat seketika di warung menghilangkan penat
Berpandukan hukum pastinya selamat


Rehat di halaman di waktu petang
Minum petang minum pun sudah


• Sebuah warung di tepi kebun getah.
• Minum di kawasan kolam.
• Jangan merampas wang rakyat - Ustaz Azhar Idrus.

Sabtu, 18 April 2015

SENTIASALAH BERDOA


Pagi-pagi sudah di kebun
Kebun dibersih kerja di kebun menjadi mudah
Kematian pasti sentiasalah meminta ampun
Dosa diampun pemaafnya Allah  


Sarapan pagi bersama keluarga
Setelah sarapan kutip sekerap
Sentiasa berdoa janganlah berputus asa
Pemurah pemaafnya Allah sentiasalah mengharap

• Mengutip skrab untuk dijual.
• Kebun getah hanya bersebelahan.

Jumaat, 17 April 2015

RAKYAT PERLU BERMAKLUMAT


Sarapan pagi roti canai segera
Kopi O panas aromanya tidak terkata
Barang naik kakitangan dan rakyat didera
Janji ditepati tidak dikota


Persekitaran hijau menyegarkan mata
Pokok buah-buahan sayuran pun ada
Banyakan maklumat pencetus minda 


• Bersarapan santai bersama isteri di tepi kolam.
• Kawasan kebun di belakang rumah,
• Mengisi masa lapang.

Rabu, 15 April 2015

LAIN DI MULUT LAIN DI HATI


Pergi ke sawah memancing ikan
Duduk memancing di atas titi
Adakah sekadar lain dimulut lain di hati 


Bekas jelapang di buat teratak
Teratak Impian Bukit Lala
Ditelan mati emak diluah mati bapak
Demi keadilan rakyat perlu dibela 


• Titi sawah di kawasan Tualang.
• Teratak Impian Bukit Lala.
• Rakyat tidak puas hat GST.

Selasa, 14 April 2015

SEBUAH KEJAYAAN


Cuaca panas rasa dahaga
Balik dari kebun menabur baja
Jangan dirasa letihnya usaha
Rasalah manisnya bila berjaya


Waktu pagi terang bercahaya
Persekitaran hijau disinari mentari
Badan sihat rasa ceria
Nikmat hidup sentiasa disyukuri   

• Buat kerja di belakang rumah.
• Halaman rumah bahagian hadapan.

Isnin, 13 April 2015

JANGAN SOKONG MEMBAWA REBAH


Buat bangku gunakan papan
Papan terpakai dapatnya mudah
Mungkin sokongan membawa rebah


Waktu petang memancing ikan
Tempat memancing di kawasan sawah
Keadilan rakyat perlu ditegakkan
Dengan ugutan bukan penyeselaisan masaalah


• Buat sendiri bangku untuk di letak di kawasan halaman.
• Sawah di kawasan Hutan Kampung.
• Dr. M - Call has been made for Najib to step down.

Ahad, 12 April 2015

RAKYAT BUKAN SEKADAR PENONTON


Rehat santai di waktu petang
Beri ikan makan menunggu  minuman dihidang
Barisan Nasional kalah rakyat senang
Pemimpin korap ketakutan datang


Baring di pondok terus terlena
Bersihkan halaman terasa penat
Amanah rakyat disalah guna
Orang berkepentingan mendapat tempat 


• Kawasan kolam di halaman.
• Pondok rehat di hadapan rumah.
• Dato' Daim: Saya bukan anti kerajaan.

Sabtu, 11 April 2015

SAHABAT HANDAI


Kait kelapa buat inti
Inti lempeng pisang bakar
Kawan datang kami menanti
Sentiasa menanti penuh sabar


Rehat di kolam tepi dapur
Sambil sarapan berbual santai 
Kawan datang kami bersyukur
Dapat bertemu sahabat handai 

• Kait kelap di belakang rumah.
• Di tepi kolam ikan.

Jumaat, 10 April 2015

BUKAN ALASAN


Bersihkan halaman waktu petang
Cuaca redup udara nyaman
Cari harta bukan penghalang
Waktu solat dilupa jangan


Beri dedak itik makan
Sayur diberi dimakan juga
Solat berjemaah sentiasa berterusan
Berbuat kebajikan sepanjang masa 

• Bersihkan halaman waktu petang.
• Beri itik makan dedak.