HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 31 Januari 2015

BERSEGERA JIKA BERKEMPAUAN


Minum kopi di waktu pagi
Aromanya enak menambah selera
Wang lebih kemampun ada tunaikanlah haji
Berlengah jangan perlulah disegera



Tanam padi benih disemai
Sudah berbuah diguna jentera penuai
Niat yang baik kewajipan ditunai
Pasti kesampaian akan dipermudahkan   

• Minum pagi di tepi halaman.
• Tanam padi gunakan semaian di Kampung Yoi.

Khamis, 29 Januari 2015

HIJAU TENANG DAMAI


Bakar ikan tangkap di kolam
Cicah air asam bersam ulam
Dijemput datang sekadar ucap salam
Singgah pun tidak rumah kami jauh ke dalam


Tepi sawah di tanam petai
Dalam sawah dipenui ikan
Kampung jauh ke dalam sunyi dan damai
Kesunyian terhibur bunyi ungas dan ternakan

• Kolam ikan talapia di tepi halaman rumah.
• Pokok petai ditanam di tepi sawah di Bukit Lala.

Rabu, 28 Januari 2015

MASA DEPAN YANG LEBIH BERHARGA


Limau purut sudah dipetik
Daunnya dijual laku juga
Demi masa depan yang lebih berharga


Santai minum di waktu pagi
Kopi pekat tanpa sarapan
Hari yang berlalu sudah pergi
Hari yang mendatang doa dan harapan

• Mengutip limau purut untuk dijual.
• Santai bersama keluarga di halaman rumah.

Isnin, 26 Januari 2015

CERIA JANGAN TERLUKA


Waktu petang di reban itik
Rehat santai diselit jenaka
Tinggalkan seseorang dengan hati terdetik
Bukan dengan hati yang terluka


Kutip limau sebelum senja
Daun dipetik laku juga
Suami isteri bergurau senda
Semoga hidup ceria bahagia

• Santai bersama keluarga di kawasan rumah.
• Petik limau purut untuk dijual ke pasar.

Selasa, 20 Januari 2015

SUKAR DIMENGERTI


Duduk rehat di tepi pagar
Waktu pagi terasa sunyi
Banyak dibaca banyak didengar


Waktu pagi sejuk mengigil
Sampai ke kebun sarapan pun belum
Hukum dilaksana biarlah adil
Siapa yang bersalah perlu dihukum

• Pemandangan di tepi pagar kawasan kampung.
• Kawasan kebun getah di Bukit Lala.

Sabtu, 17 Januari 2015

INGIN PENCERAHAN


Memancing ikan duduk di titi
Ada juga yang gunakkan perahu
Tunggu pulang ramai menanti
Apa gerangan cuma nak tahu


Pergi ke kebun senang berjalan
Laluan semak berkenderaan sukar
Kepentingan bersarang tidakkan sedar

• Sungai Santap di waktu pagi.
• Kawasan kebun getah di Bukit Lala.

Jumaat, 16 Januari 2015

AKHIRAT ADALAH MATLAMAT


Santai di halaman di waktu pagi
Setelah selesai bersihkan halaman
Dunia dan akhirat janganlah rugi
Perbanyakkan amalan tingkatkan keimanan


Laluan di kampung kena pelahan
Jalan sempit banyak ternakan
Akhirat matlamat dunia persinggahan
Amalan dikerjakan penuh keiklasan


• Pemandangan halaman rumah di waktu pagi.
• Laluan di tepi sungai Santap jalan pintas ke Bukit Pinang.
• Salam ceria buat anda semua.

Khamis, 15 Januari 2015

KERAGUAN YANG PERLU DIJELASKAN


Pulau Pinang jauh ke tengah
Permatang Pauh di simpang tiga
Hancur badan di kandug tanah
Kepercayaan rakyat perlu dijaga


Jalan dilalui seperti di tepi hutan
Pokok ditanam indah kehijauan
Rakyat cuma ingin kepastian

• Jambatan Pulau Pinang waktu tengahari.
• Jalan ke Changlon ikut Wang Tepus.

Selasa, 13 Januari 2015

SETIAP YANG BERSALAH PERLU DIADILI


Keperluan dapur tidak payar dibeli
Pisang kelapa nangka masaknya belum 
Mereka yang bersalah perlu dihukum


Pagi-pagi keluar ke pekan Pokok Sena
Beli ikan sambil meninjau
Islam dihina jangan melampau

• Menam sayuran di tepi rumah.
• Jalan ke Pekan Pokok Sena.

Ahad, 11 Januari 2015

JANGAN BIARKAN MUNGKAR BERLUASA


Balik ke kebun pergi ke pasar
Jual sekrup harganya murah
Hilang marwah islam tercabar


Petang hari pergi menjala
Ikan diisi di dalam raga
Tunggulah musibah melanda negara

• Skrap yang sudah ditimbang menunggu untuk diangkut.
• Kawasan sawah ditengelami air.

Sabtu, 10 Januari 2015

BANGUN MALAM


Turun ke sawah terasa dekat
Langit terang cuaca cerah
Bangun malam terasa berat
Perlu dimulakan nantinya mudah


Rehat di pondok bahagian hadapan
Selesai berkerja balik membaja
Bangun malam terasa ringan
Jika cinta sudah bermula

• Sawah di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Pondok rehat di halaman rumah.

Khamis, 8 Januari 2015

JIMAT BERBELANJA


Berjalan di sawah di waktu petang
Cuaca redup penatnya tidak
Jimat berbelanja jangan berhuta ng
Ringgit nak pulih nampaknya tidak


Cuaca redup nampak tak hujan
Berehat sekejap menghilangkan letih  
Duit di tangan asyik berkurangan
Harga getah bilalah nak pulih

• Sawah di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Pondok rehat di tepi sawah di Pokok Sena.

Rabu, 7 Januari 2015

KEIKLASKAN DENGAN MENDERMA


Sawah menghijau selepas hujan
Pemandangan dilihat di atas titi
Derma disumbang penuh keiklasan
Sebagai bekalan selepas mati


Rehat di halaman terlalu lama
Kerja di kebun teramat penat
Harta dicari ringan menderma
Dipermudahkan kehidupan akhirat maktlamat 

• Sawah di kampung Kubang Lintah.
• Menolong keluarga kutip sekrup musim cuti sekolah.

Isnin, 5 Januari 2015

HULURKANLAH MEREKA BANTUAN


Petik kelapa dibuat inti
Inti ketayap enak kelapa muda
Hulurkalah bantuan tanda simpati
Tempat berteduh mereka tiada lagi



Rehat di halaman disinari mentari
Sambil bersarapan dihidang roti
Semoga kehidupan sentiasa diberkati

• Pokok kelapa ditanam di halaman.
• Pokok kelapa ditanam di halaman.

Ahad, 4 Januari 2015

BERSABAR DENGAN UJIAN


Berjalan ke kebun terasa penat
Jalan lecah selepas hujan
Bantuan diberi ada yang tersirat
Sokong Barisan menjadi keutamaan 


Mentari pagi bersinar sudah
Awan terang cuaca cerah 
Rakyat diuji dengan musibah
Bersabarlah pasti ada jalan keluar

• Jalan ke kebun selepas hujan.
• Pemandangan di waktu pagi di halaman.

Sabtu, 3 Januari 2015

MENAHAN LUKAH DI PERGENTINGAN


Badan berpeluh terasa ringan
Bersihkan halaman sambung ke petang
Fitnah jangan membuli jangan
Cuma bantuan jerat sudah dipasang



Mentari pagi belum kelihatan
Langit terang kelihatan cerah
Rakyat derita jangan diambil kesempatan

• Membersihkan halaman rumah.
• Pemandangan di waktu pagi di halaman.

Jumaat, 2 Januari 2015

BERINGAT SERTA WASPADA


Pagi cerah tanda tak hujan
Menunggu sarapan duduk di halaman

Minyak turun meringankan beban
Nak turun barang jangan beri banyak alasan 



Mentari pagi belum kelihatan
Langit terang kelihatan cerah
Rakyat derita jangan ambil kesempatan

• Biri-biri meragut rumput di halaman rumah.
• Pemandangan selepas subuh di kampung kami.