HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 28 Disember 2014

DOA DAN HARAPAN


Beli barang turun kr bandar
Dapat wang jualan sekerup
Ujian datang sentiasa bersabar
Banyak berdoa terus mengharap



Selepas hujan kutip sekerup
Sekrup dikumpul untuk jualan
Doa dipohon sentiasa mengharap
Sentiasa dipermudahkan dalam kehidupan

• Bandarraya Alor Setar, Kedah.
• Mengutip skrup mengunakan kereta sorong.

Jumaat, 26 Disember 2014

REDO ALLAH


Berjalan-jalan badan terasa ringan 
Sambil melihat kawasan persekitaran  
Bangun malam menadah tangan
Mohon keampunan permudahkanlah kehidupan



Mengumpul sekrup sudah pun siap
Cuma menunggu pembeli datang
Redo Allah sentiasa mengharap
Jangan dibiarkan mungkar diundang

• Ke arah persekitaran yang lebih hijau.
• Mengumpul skrup untuk dijual.

Selasa, 23 Disember 2014

SOKONGAN DAN HARAPAN


Sudah lama tidah menoreh
Pokok getah basah sentiasa hujan
Kematian datang keluarga bersedih


Rehat petang duduk di pangkin
Pangkin terletah di sebelah rumah
Kematian datang bertambah yakin
Dijemput pulang menemui Allah

• Laluan ke kebun di kampung Bukit Lala.
• Pangkin rehat di halaman rumah.

Jumaat, 19 Disember 2014

BUAT HARIMAU MALAYSIA

Peminat datang mulai petang
Belum perlawanan sudah pun sesak
Gagah betempek gegarkan padang
Harimau mengaum mengalah tidak

Gagah betempek gegarkan padang
Harimau mengaum mengalah tidak
Sepak mula selamat berjuang
Mampu menang bijak bertindak


Rabu, 17 Disember 2014

HARTA DAN TANGGUNG JAWAB


Telaga kampung airnya dalam
Air diceduk gunakan timba
Harta dicari siang dan malam
Namun solat jangan dilupa   


Singgah di hospital untuk sarapan
Makanan disediakan enak dan murah
Harta dicari penuh keberkatan
Zakat ditunai rezeki bertambah

• Pemandangan di sebuah kampung di Perlis.
• Tempat letak kereta di hospital Sultanah Bahyiah.

Selasa, 16 Disember 2014

HARTA YANG KITA MILIKI


Pergi kuliah naik basikal
Jauhnya tidak jimat perbelanjaan  
Harta dimiliki bukannya kekal
Jangan terlajak tanpa panduan 


Perjalan ke UUM Sintok naik kereta
Jalan pintas ikut Bukit Tembaga
Jangan berbangga banyaknya harta
Kematian datang ditinggal juga

• Pusat Pengajian Ilmu Agama, Pondok Gajah Teriak, Jitra.
• Jalan kampung ke Bukit Tembaga Kuala Nerang.

Isnin, 15 Disember 2014

BERITA BUAT KAWAN


Tinggal di kampung jauh ke dalam
Air telaga buat minuman
Jumpa kawan berikan salam
Tangan dihulur maniskan senyuman


Kawasan halaman penuh kehijauan
Pagar kayu penghalang ternakan
Rindu mendalam tak jumpa kawan
Dengar kabar berita kematian


• Rumah kampung di Derang, Pokok Sena.
• Rumah berpagar elak ternakan masuk.
• Berita dari kawan - Ebiet G Ade.

Ahad, 14 Disember 2014

BERAMAL KERANA ALLAH


Air sungai jernih membiru
Sawah luas padi kehijauan
Hidup di dunia penuh berliku
Masakan beramal tanpa panduan


Rehat santai di kawasan halaman
Halaman bersih penuh keindahan
Bangun malam mohonlah pertolongan
Malam sunyi luahkan permintaan

• Kawasan sawah di kampung Tualang.
• Suasana pagi di halaman rumah.

Ahad, 7 Disember 2014

BERLAGAK


Kawasan sawah luas bersambung
Ditanam dibaja dibuat sudah
Jawatan diberi jawatan kuasa kecil kampung
Lagaknya mengalah pegawai daerah


Mentari bersinar langit cerah
Cuaca sejuk segarnya terasa
Lagak mengalah pegawai daerah
Kelulusan dimiliki tidak setakat mana 

• Kawasan sawah di kampung Yoi.
• Suasana pagi di halaman rumah.