HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 30 Oktober 2014

DI MANA TEMPAT BERTEDUH



Bandar dan kampung bezanya jauh
Kami di sini masih menggunakan titi
Negara aman tempat berteduh
Pokok yang mati perlu diganti



Potong rumput terasa berat
Umur tua sengalnya badan

GST dilaksana membatu rakyat
Mana yang betul mahu pencerahan

..
• Titi kayu laluan ke sawah di Kubang Lintah.
• Potong rumput untuk makanan lembu, di Kubang Lintah.

Rabu, 29 Oktober 2014

HUTANG



Jalan di terusan di waktu petang
Cuaca redup tidaklah panas
Kenapa susah nak bayar hutang
Untungnya tidak akhirat tidak terlepas



Pemandangan indah di waktu petang
Bukit bukau persekitaran kehijauan

Jika hidup suka berhutang
Hidup gelisah tiada kebebasan




• Terusan di kawasan kampung Tualang.
• Sawah di kawasan Hutan kampung.
• Bahaya tidak mahu bayar utang.

Selasa, 28 Oktober 2014

SAHABAT HANDAI, INGAT!



Singgah di masjid ketika azan
Setelah selesai singgah makan
Fitnah disebar tiada kesudahan
Jangan terpedaya mainan syaitan 



Naik motor ronda di sawah
Sawah banjir hujannya lebat
Lama tak jumpa salam ukhwah
Sanak saudara kawan lama serta sahabat


• Masjid di kampung Kebun 500, Pokok Sena.
• Sawah di kampung Kolam, Kebun 500, Pokok Sena.

Isnin, 27 Oktober 2014

HIDUP BERKELUARGA



Duduk di tangga nastolgia lama
Pandai berbasikal disuruh ke kedai
Hakikat jodoh hendaklah diterima
Mana yang kurang lengkap melengkapi



Naik basikal kayuh di celah
Kedai jauh penatnya tidak

Suami isteri jangan berbalah
Berfikir panjang sebelum bertindak


• Rumah tradisional di Kampung Pisang, Kubur Panjang.
• Rumah kampung di kampung Tualang.

Ahad, 26 Oktober 2014

BERUBAH JANGAN DINANTI



Menabur baja melintas titi
Kerja selesai mandi di perigi
Merubah diri jangan di nanti

Jika terlambat kitalah yang rugi


Pergi ke kebun hanya berjalan
Jauhnya tidak tetapi lenguh 
Wang dibelanja bagikan hujan
Redanya tidak bukit tinggi menunggu runtuh


• Pemandangan di kawasan sawah di Kubang Lintah.
• Pemandangan di kawasan kebun getah, Bukit Lala.

Rabu, 22 Oktober 2014

AGAMA JANGAN DIPERMUDAHKAN



Pagi-pagi ke pekan Kuala Nerang
Pergi berniaga pulangnya petang
Buat kerja jangan sebarang
Agama dipermudahkan jangan berulang


.
Pergi ke tasik memancing ikan.
Tempat memancing bejauhan bandar
Jika agama mahu dipermudahkan
Nanti tersesat  kembalinya sukar


• Pemandangan di jalan kampung Kuala Pai, Kuala Nerang.
• Kawasan dam di Padang Terap.

Selasa, 21 Oktober 2014

MAMPUKAH RAKYAT BERSABAR


Menabur baja lalu di jambatan
Jambatan kayu masih tersergam
GST belum dilaksan peniaga sudah ambil kesempatan
Nanti rakyat bangun melepaskan geram


.
.
Teringin minum air kelapa
Minum santai di tepi dapur
Rakyat menanggung bertimpa-timpa
Bernafas sudah di dalam lumpur 

• Pemandangan di kawasan sungai di Santap, Pokok Sena.
• Tempat rehat di tepi dapur rumah kampung.

Isnin, 20 Oktober 2014

PERDEBATAN


Memancing di parit di tepi jalan
Ikan banyak termauk haruan
Isu 'pendatang' jadi perdebatan
Awal dan kemudian, warganegara pilihan


..

Naik motor melawat kampung
Sudah penat rehat sarapan
Peniaga dan pembekal jangan asyik mencari untung
Jangan rakyat menanggung beban


• Pemandangan di tepi jalan di km 22 ke Kuala Nerang.
• Pemandangan di sebuah warung di Wang Tepus Jitra.

Sabtu, 18 Oktober 2014

SELAMATKAN RAKYAT


Makan ulam ikan bakar
Sambal belacan cili api

Duit disimpan dapatnya sukar
Mereka merompak sesuka hati



Makan nasi daun pisang
Makan santai di bawah pokok cuasa panas

Janji dimungkiri rakyat perlulah bangkang
Supaya selamat tidaklah ditindas

  


• Suasana di halaman makan tengahhari.
• Pemandangan di halaman di rumah.
Beza Pengajian Di Universiti dan Pondok - Dr. Zaharuddin

Khamis, 16 Oktober 2014

TEMPAT MENGADU


Pagi-pagi sudah di kebun
Cuma kedengaran bunyi ungas
Kumpul duit bertahun-tahun
Cuma lega boleh bernafas

 

 
Cuca sejuk pokok menghijau
Badan sejuk terasa nak demam
Jangan bersedih jangan risau
Tempat mengadu bangulah di tengah malam




• Suasana di waktu pagi di kebun getah.
• Pemandangan di halaman di sebuah restoran kampung di jitra.
• BN janji sejuta rumah 1 pun tiada.

Rabu, 15 Oktober 2014

HIJRAH DATANG LAGI


Rehat santai di waktu pagi
Minum kopi tanpa sarapan
Hari yang berlalu sudah pun pergi

Hari mendatang berdoalah dengan harapan



Ambil air gunakan timba
Kami di sini gunakkan perigi
Tahun baru hijrah akan tiba
Semoga kehidupan sentiasa dirahmati


• Berehat di kawasan halaman.
• Pemandangan di sebuah kampung di Perlis.

Isnin, 6 Oktober 2014

MUNGKAR DITENTANG


Awan gelap cuaca redup
Hujan lebat sawah tengelam

Lesen diberi mata ditutup
Menentang mungkar hati di dalam





Waktu petang jalan ke kota
Kota Alor Setar pembangunan rancak

Biar putih tualang jangan putih mata
Tersilap langkah mata terbeliak




• Awan mendung di sebelah petang di Pokok Sena.
• Projek pasaraya pernah menjadi isu politik.
• Makan boleh makan - Dato' Ismail Kamus.

Sabtu, 4 Oktober 2014

HARGA BARANG BILA NAK TURUN


Pergi ke sawah selepas hujan
Sampai ke sawah terus berkerja
Harga dipantau perlu berterusan
Cuma jangan melihat sebelah mata





Tangkap ikan guna tirok
Air cetek kawasan paya

Supsidi dikurangan akibatnya buruk
Mengawal harga semacam rakyat tak percaya

• Masih mengunakan basikal untuk ke sawah.
• Pemandangan hampir senja di Bukit Larik, Pokok Sena.

SALING MEMERLUKAN


Tiada lauk memancing ikan
Leka melihat bot lalu lalang
Kerajaan dan rakyat sering memerlukan
Sejarah hitam jangan berulang





Jalan ke sawah ikut yang dekat
Melihat banjir sawah tengelam

Rakyat celik sentiasa beringat
Umpan dihulur jangan terus diterkam


• Kawasan tepi laut di Lumut.
• Sawah di kawasan Kampung Kolam, Tualang.

Khamis, 2 Oktober 2014

BEBAN RAKYAT BERPANJANGAN


Kawasan paya bela itek
Itek mudah begeraj bebas
Supsidi minyak dikurangkan minyak naik
Kos hidup tinggi rakyat sudah pun lemas




Tinggal di kampung masih ada perigi
Airnya bersih tidak tercemar
 
Kos hidup terlalu tinggi
Lambat ditangani untuk pulih menjadi sukar

• Menternak itek di kawasan paya di Bukit Lala.
• Mengunakan air perigi dengan pam.

Rabu, 1 Oktober 2014

JANGAN BUKA RUANG KEPADA MUSUH


Pergi ke sawah menabur baja
Baja ditabur guna jentera
Gaji rendah lama berkerja
Kos hidup bertambah penuh derita




Pergi ke sawah naik kereta
Tukar angin bersama keluarga 
Semua pemimpin elak sengketa
Jika berpecah musuh gembira


• Sawah di kampung Bukit Lala.
• Singgah di sebelah sawah di pintu masuk Lapangan Terbang.