HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 30 September 2014

KHIANAT


Hujan lebat banjir kilat
Projek banyak longkang tersumbat 

Hidup di dunia jangan khianat
Balasan cuma cepat dan lambat




Sebelum subuh sudah bangun
Setelah cerah menahat pukat

Wang dikumpul bertahun-tahun
Sekelip mata hilang kerja penkhainat


• Akibat hujan lebat banjir kilat di Bukit Lala.
• Tahan pukat di sawah yang ditengelami air.

Khamis, 25 September 2014

TUNGGU PELURU HABIS


Pergi ke kebun ambil daun palas
Buat ketupat rendang pedas

Ruang ada bebas mengulas
Peluru habis cuma libas



 
Duduk di luar terasa panas
Badan berpeluh peluh menitik
Berbua baik sentiasa dibalas
Ada kalanya lambat dipetik


• Pokok daun palas di kawasan kebun getah.
• Rumah tradisional dijadikan surau di sebuah restoren.

Isnin, 15 September 2014

MALAS


Tengah hari cuaca panas
Badan letih balik berkerja
Melayu rajin bukannya malas
Umno yang terpalit mungkin terasa



Duduk di luar terasa panas
Badan berpeluh peluh menitik
Rakyat bosan terasa malas
Malas nak fikir barang asyik naik


• Pemandangan di waktu petang di kampung kami.
• Itek-itek berkeliaran di kawasan paya.

Rabu, 10 September 2014

KUKUHKAN PAKATAN


Petang redup semacam nak hujan
Cuaca sejuk angin bertiup pelahan
Pakat bantu capai kemenangan
Umno Barisan dimenangkan jangan




Biri-biri balik diberi makan
Diber denak makanan tambahan
Keluar Pakatan kesukaan Barisan
Adu domba demi kemenangan


 

• Pemandangan di waktu petang di kampung kami.
• Anak biri-biri baru lahir.
• Tauhid sifat 20 - Ustaz Sidek Noor.

Jumaat, 5 September 2014

HORMAT MENGHORMATI


Waktu pagi cerah suasana ceria
Persekitaran hijau melihat di titi
Ketua dihormti jemaah terpelihara
Perbedaan pendapatan perlu dihormati



Biri balik ke kandang diberi makan
Makanan tambahan berupa dedak
Parti-parti dalam Pakatan masing ada pandangan
Mencampuri urusan perlu dielak


• Sawah di kampung Kubang Lintah.
• Biri-biri makan di halaman rumah.

Khamis, 4 September 2014

HARAPAN MENJADI KENYATAAN


Pergi menoreh sudah berbulan
Harga jualan teramat murah

Ada peluang dibuka jalan
Semoga Pakatan bertambah kukuh



Baring sekejap sudah terjaga
Mentari luar sudah bercahaya
Umno mencari peluang yang ada
Fitnah dan spikulasi jadikan budaya




• Pemandangan di waktu pagi di kebun getah.
• Persekitaran hijau menceriakan kehidupan.
• Tanam sayur guna sekam padi.