HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 24 Julai 2014

RAMADAN AKAN PERGI



Hujan lebat sawah banjir
Hujan bermula malam hingga ke pagi
Ramadan berlalu akan berakhir
Kesedihan datang berjumpakah lagi


Pergi ke sawah di waktu pagi
Menanam padi guna anak semaian
Ramadan pergi akan dirasai
Dosa diampun sentiasa diharapan


• Banjir kilat di kawasan sawah di kampung Bukit Lala.
• Sawah padi di kampung Tualang.

Rabu, 23 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri, semoga sebulan kita berpuasa ibadah kita diterima oleh Allah. Mereka yang akan berhari raya di kampung kami harap berhati-hati di jalan raya, jika penat dan mengantok rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.


Saya bagi pihak sekeluarga meminta ampun dan maaf sempena bulan yang mulia ini sekiranya ada salah silap yang kami telah lakukan kepada anda semua.

Kami tidak lupa untuk menjemput jika ada kelapangan jemputlah datang ke rumah bersama kelurga. Sekian kita jumpa.

Sabtu, 19 Julai 2014

RAMADAN SEPULOH YANG YANG AKHIR


Kawasan sungai tempat menjala
Ramai yang datang suasananya meriah
Sepuloh ramadan yang akhir sudah bermula
Semoga dosa kita diampuni Allah



Halaman rumah dibasahi air
Hujan lebat hingga ke pagi
Ramadan dirindui akan berakhir
Semoga akan datang berjumpa lagi




• Waktu petang di kawasan sungai di Kepala Bendang, Tualang.
• Pemandangan di halaman rumah.
• Balik kampung mengamit kerinduan.

Ahad, 13 Julai 2014

MATI ADALAH KEYAKINAN



Ke pulau Pangkor naik bot
Sampai di seberang sewa kenderaan
Tiba masanya kita dijemput
Mengadap Allah itulah keyakinan



Bangun pagi cuaca dingin
Pemandangan samar tetapi indah

Kematian datang bertambah yakin
Peluang beramal selesai sudah


 

• Duduk di jeti menunggu bot untuk menyeberang.
• Pemandangan di sawah di waktu pagi
Puasa tapi tak solat (video animasi typography)

Sabtu, 12 Julai 2014

ILMU BERMANAFAAT REZEKI YANG BAIK


Metari pagi cahayanya terik
Suasana di kebun suara memanggil bunyi bergema 
Ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik
Semogga Allah amalan kita diterima

Melawat kebun bersama keluarga
Jalan kaki kebunnya dekat
Ilmu yang bermanafat sangat berguna
Menyuloh kehidupan dunia hingga akhirat

Selasa, 8 Julai 2014

DOA DAN HARAPAN



Pergi ke sawah melintas titi
Titi ungsang kelihatan utuh
Anak-anak didoakan sentiasa berbakti
Melihat yang dilupai hati tersentuh



Pagi-pagi sudah menoreh
Kebun tak luas hanya bertahan
Doa anak, anak yang soleh
Itulah bekalan selepas kematian




• Berehat sekejap di beranda.
• Kawasan kebun getah di Bukit Lala.
Sangat sedih anak yang lupa dan pengorbanan seorang bapa

Isnin, 7 Julai 2014

KEAMPUNAN ALLAH



Petang sejuk cuaca redup
Duduk di beranda rehat sekejap
Tiba masa kita dijemput
Istikomahkan amalan keampunan sentiasa diharap



Kawasan kolam dipenui ikan
Ikan talapia untuk hiasan
Keampunan diharap sentiasa berterusan
Berputus asa difikirkan jangan



• Berehat sekejap di beranda.
• Meja rehat di kawasan kolam ikan.
Taubat dan doa - Dr. Maza.

Ahad, 6 Julai 2014

AKHIRI KEHIDUPAN DENGAN KEBAIKAN



Pagi-pagi bersihkan halaman
Kerja banyak letih berehat
 
Kematian datang mengharapkan keampunan
Semoga mendapat kebahagian dunia akhirat


Memancing puyu di atas titi
Titi usang perlu diganti
Menemui Allah sentiasa di nanti
Itulah kematian satu yang pasti



• Bersihkan halaman gunakan mesin potong rumput.
• Titi kayu di kawasan sawah di Tualang.
Permintaan terakhir Sharifah Aini bersama Prof Muhaya

Sabtu, 5 Julai 2014

KOS HIDUP YANG MEMBEBANKAN



Pergi ke kebun jalan dekat
Rumah dekat cuma bejalan

Kos hidup sentiasa meningkat 
Kuasa membeli semakin berkurangan



Baring di pondok terus terlelap
Letih menoreh banyak berjalan

Duit raya sentiasa diharap
Dapatlah membantu ringankan beban





• Laluan pintas ke Bukit Tembaga.
• Tempat rehat di laman rumah.
• Ceriakan halaman dengan kehijauan.

Jumaat, 4 Julai 2014

KASIHANILAH MEREKA



Tanam padi guna jentera
Benih disusun di bahagian hadapan
Isteri didera kasihanilah mereka
Masa mengandug dalam kepayahan



Laluan ke sawah terpaksa pelahan
Batang pokok dijadikan titi
Penjawatan awam kakitangan kerajaan
Bukan bertugas untuk kepentingan parti


• Pemandangan di kawasan sawah di Pendang.
• Sawah di kawasan Titi Haji Idris Langgar.

Khamis, 3 Julai 2014

KEIKLASAN DAN PERTUNJUK



Persekitan hijau di kawasan sawah
Cuaca segar rasa ceria
Hidayah pertunjuk milik Allah
Kita berusaha serta berdoa



Letih ke kebun rehat terlena
Masa terjaga berkumandang azan
Derma dipinta kanak-kanak diguna
Cuma jangan berlaku penyelewengan


• Pemandangan di kawasan sawah di kampung Yoi.
• Berehat di pangkin menunggu azan zohor.

Rabu, 2 Julai 2014

BERSEDEKAH DI BULAN RAMADAN



Waktu pagi cuaca cerah
Pergi ke kebun pergi sendirian
Bulan ramdan banyakkan bersedekah
Berbukalah di masjid ada disediakan jamuan



Petang-petang lalu di sawah
Datang ke masjid hanya berjalan
 
Makan bersama solat berjemaah
Solat terawih kusukkanlah tumpuan


• Pemandangan di halaman di waktu pagi.
• Sawah di kawasan Tualang berhampiran tali air.

Selasa, 1 Julai 2014

MAKSIAT DAN KEMATIAN



Pagi hujan tidaklah lebat
Kampung sunyi penoreh cuti
Umur meningkat semakin dekat
Menemui Allah sunat mengingati mati



Kawasan sawah ada titi
Mudah lalaluan jalannya dekat
Hidup di dunia mengingati mati
Sentiasa berwaspada dengan maksiat



• Halaman berair dibasahi hujan waktu pagi.
• Sawah di kawasan Titi Haji Idris Langgar.
• Si Kecil 5 Tahun Hafaz 30 Juzuk, Juri Mencium Tangannya.