HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 30 Mei 2014

APA SAJA UNTUK KEMENANGAN



Tempat tinggal di Pokok Sena
Jauh ke dalam ke jalan besar
 
Untuk menang Barisan semua diguna
Tipu dan bohong moral tertercemar



Tinggal di kampung sangat selesa
Persekitaran indah mentari bercahaya
Beri bantuan tiba pilihanraya amalan biasa
Untuk menang Barisan boleh kesemuanya


• Jalan masuk ke kampung Bukit Lala.
• Rumah tradisional di Langgar.

Rabu, 28 Mei 2014

CAKAP PANDAI


Tangkap ikan gunakan serkap
Ikan diserkap di waktu pagi
Cakap pandai tidak boleh diharap
Kantung diisi syarikat yang rugi


Mentari bersinar indah berseri
Santai segar di waktu pagi

Cakap pandai penoh kontravasi
Mampukah ditunai sekadar janji

• Kawasan sawah di Langgar.
• Pemandangan di waktu pagi di tepi sawah.

Ahad, 25 Mei 2014

TENANG DAMAI


Tanam pokok untuk hiasan
Persekitaran indah dengan kehijauan
Tahniah kemenangan buat Pakatan
Tenang dan aman tiada Barisan


Bersehkan halaman terasa penat
Berhenti rehat tepi halaman

Kempen provokasi bertegang urat
Pastinya ada yang bertanding calun Barisan

• Kawasan asrama pelajar UUM Sintok.
• Pemandangan di waktu pagi di halaman.

Khamis, 22 Mei 2014

RAKYAT JUGA YANG DIBEBANI



Pandu kereta di lebuhraya
Melalui kawasan bukit berbatu batan
Kroni dibantu menjadi kaya
Rakyat bawahan menanggung beban



Sayuran kampung tidak payah dibeli
Lebih boleh dijual boleh menabung
Kesusahan rakyat tidak dipeduli
Negara bermewah siapalah yang untung


• Lebuhraya berhampiran tol Gua Tempurung, Perak.
• Pemandangan di kampung Yoi, Pokok Sena.

Rabu, 21 Mei 2014

HANYA MENUNGGU REBAH



Jalan di kampung bertanah merah
Tiba hujan jalan berlecah

Sokongan rakyat sudah berubah
Kepercayaan dah hilang menunggu rebah



Jalan pintas terasa dekat
Persekitaran redup tidaklah penat

Masa dah tiba rakyat sudah sepakat
Kemenangan menunggu pilihan yang tepat



• Jalan ke kampung Bukit Lala sebelum 1 Oktober 2017.
• Jalan ke Jitra ikut Bukit Tembaga.

Selasa, 20 Mei 2014

CAKAP PANDAI


Sawah padi berpetak-petak
Pokoknya subur segarkehijauan

Cakap pandai fikirnya tidak
Pengelaman datang menyusul kemudian



Petang-petang ambil kelapa
Ambil yang muda lebih sesuai

Bercakap moral mereka dah lupa
Lembu di kondo belum selesai



• Kawadsan sawah di Tualang.
• Makanan tenga hari setelah selesai berkerja.

Isnin, 19 Mei 2014

PENGELAMAN DAN KEPERCAYAAN


Kawasan halaman ditanam nangka
Pokok menghijau ada yang berbunga

Rakyat bermaklumat minda terbuka
Tidak mudah untuk percaya



Baring di pangkin terus terlena
Selepas makan tengah hari
Pengelaman ada apalah guna
Rasuah dan perkauman masih bersemadi





• Kebun buahaan sebelah halaman rumah.
• Makanan tenga hari setelah selesai berkerja.
•  Semalam meninggal إنا لله وإنا إليه راجعون

Ahad, 18 Mei 2014

KEPERCAYAAN RAKYAT


Kutip skrup letih terlena
Menunggu pembeli terlalu lama
Raja bomoh langkahnya kena
Kepentingan dijaga demi kepentingan bersama



Mentari bersinar cuaca cerah
Rumput dipijah masih basah
Zaman berubah pengikut bertukar arah
Petanda Umno bakalkan rebah 

• Mengumpulkan skrup di kawasan kebun.
• Kawasan kebun belakang rumah.

Jumaat, 16 Mei 2014

RAKYAT JUGA DIDAHULUKAN


Angkat kayu tidak terpikul
Pokok tumbang di tepi jalan

Minyak dah naik letrik menyusul
Rakyat juga yang menanggng beban



Ambil kari gunakkan senduk
Makan di warung penuh selera 

Rakyat didera tidakkan tunduk
Keadilan dituntut sehingga berjaya 

• Pokok getah tumbang di laluang kebun.
• Sebuah warung kampung di Kuala Nerang.



Selasa, 13 Mei 2014

YANG PENTING KUASA



Waktu petang selalunya hujan
Waktu pagi cuaca cerah
Kuasa penting demi masa depan 
Terpulanglah nak sebut apa UMNO tak kesah 


Hujan petang rehat di hadapan
Baring di pondok minum pun sudah
Jawatan dan wang jadi buruan
Sentiasa dikejar cukupnya payah


• Pemandangan di waktu pagi di halaman rumah.
• Rehat di pondok di halaman depan.



Isnin, 12 Mei 2014

SEMENTARA SAJA


Minum air ambil di telaga
Air diambil menghampiri senja
Akhlak mulia perlu dijaga
Wang dan kedudukan sementara saja



Balik sawah pulang senja
Sama dengan orang di kota
Jawatan disandang sementara saja
Terkadang hilang sekelip mata

• Padang Serai, masih ada yang menggunakan air telaga.
• Hampir senja sawah di kawasan Langgar.



Jumaat, 9 Mei 2014

KURANG KEFAHAMAN


Pagi-pagi cuaca terang
Mentari bersinar cahayanya cerah
Kuasa ada sokongan kurang
Rakyat cerdik mahu berubah




Pagi-pagi rehat di taman
Duduk santai menunggu sarapan
Hukum ditentang kurangnya kefahaman
Membuta tuli tindakan yang kurang sompan



• Pondok rehat di halaman rumah.
• Tanaman pokok hiasan halaman rumah.
• Sambutan 13 Mei di Kelantan.

Sabtu, 3 Mei 2014

KUASA



Rehat di kolam sungguh selesa 
Suasana redup waktu petang
Jawatan direbut demi kuasa
Kuasa hilang kepentingan terhalang



Tinggal di kampung banyak yang percuma
Rajin berusaha jimat duit kupang

Perhimpunan dibuat perlu saksama
Jangan sekadar menghalang pembangkang





• Kolam ikan tepi halaman rumah.
• Tanaman pokok kelapa di halaman rumah.
• GST: 1000,00 gegar dataran.