HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 29 April 2014

MISTERI


Waktu pagi cerah kelihatan
Hujan turun di waktu petang
Hilangnya misteri berbagai andaian
Jangan dibiarkan sejarah berulang


Rehat di halaman di waktu pagi
Letih menyapu banyak berdiri

Kita yang mengharap terlalu tinggi
Amerika ada agenda tersendiri




• Halaman rumah bahagian tepi.
• Membersihkan halaman rumah.
• Kena pandai pilih kawan.

Isnin, 28 April 2014

PEMIMPIN DAN RAKYAT


Ke Pulau Pinang lalu jambatan
Tinggal menginap di Hotel Tabung Haji
Utusan Malaysia sering jadi sebutan
Bersikap berat sebelah masyarakat membenci 



Tinggal di hotel tidaklah murah
Biliknya selesa nampak luas

Pakatan Rakyat mampu memerentah
Berilah peluang pasti digalas


• Dalam perjalanan ke Pulau Pinang.
• Bahagian hadapan hotel Tabung Haji Pulau Pimang.

Isnin, 14 April 2014

SENTIASA BERINGAT


Kereta lama jalannya semput
Terasa jauh walaupun dekat
Gaji dua ribu masih tak cukup
Petanda kos sara hidup sudah meningkat



Cangkul tanah di tepi halaman
Letih badan berehat terus

Hutang negara rakyat dibeban
Kerajaan dipilih diingat janganlah boros




• Laluan jalan kampung di Bukit Lala.
• Rehat santai di bawah pohon.
• Suratan atau kebetulan - Dr. Maza.

Sabtu, 12 April 2014

HILANG ARAH TANPA PANDUAN


Buak kwinin tepi halaman
Bila masak enaknya aroma
Negara demokrasi sistem amalan
Kritikan dan teguran harus diterima



Rehat santai di halaman hadapan
Bungi-bungi burung lama termenung
Keseronokan di dunia perlu panduan
Panduan dilanggar terbabas ke gaung


• Buah kwinin ditanam tepi kolam.
• Rehat santai di bawah pohon bambu.

Jumaat, 11 April 2014

KEMISKINAN YANG MENDATANG


Lateks yang mengalir amat sedikit
Sambung menoreh di waktu petang

Kehidupan rakyat mangkin tersepit
Kian dibebani kemiskinan mendatang



Rehat di halaman terlalu lama
Letih berkerja makan pun lalu
Kesusahan rakyat perlu diutama
Jangan membazir pekara yang tidak perlu

• Pemandangan di waktu petang di kebun getah.
• Halaman bersih indah dipandang.

Khamis, 10 April 2014

MASA DEPAN KIAN MENCABAR



Rehat di halaman di waktu pagi
Persekitan hijau udara segar
Pemimpin datang pemimpin pergi
Rakyat berubar kerajaan bertukar


Rumput panjang potong rumput
Rumput dikumpul gunakan cakar

Pelancong diculik wang tebusan dituntut
Masa depan negara semakin tercabar


• Pemandangan di waktu pagi di halaman rumah.
• Bersihkan halaman setelah rumput dimesin.

Selasa, 8 April 2014

MENJERAT LEHER DIRI SENDIRI


Bangun pagi sejuk mengigil
Tiada air mandi di kolam
Pandangan diberi biarlah adil
Kena pembangkan cepatnya menghukum



Mandi di kolam airnya jernih
Rasa segar dibuat mandi
Hukuman dilaksana berpilih-pilih
Lambat laun menjerat diri



• Pemandangan di waktu pagi di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Kolam, airnya jernih sesuai juga untuk mandi.

Isnin, 7 April 2014

BIJAK MANUSIA AMAT TERBATAS


Petik kelapa hanya dipulas
Buat minuman untuk keluarga

Bijak manusia amat terbatas
Maha cuci Allah meliputi semua


Sekarang sudah musim hujan
Petani di sawah rasa selesa
Cukai negara rakyat dibeban
Rakyat yang menanggung amat terasa




• Makan tengah hari bersama keluarga di halaman.
• Sawah tadahan hujan di kampung Bukit Lala.
• Teori MH-370 yang patut semua patut tahu.

 

Sabtu, 5 April 2014

ERATKAN PERSABAHATAN


Pokok berbunga penuh keindahan
Indahkan jalan serta taman
Sikap terbuka dalam berkawan
Bersangka baik jalinkan hubungan 


Sarapan ubi bersama kopi 
Ubi dicicah sambal bilis 
Kawan diziarah usah menyepi 
Sikap menyendiri perlu dikikis

• Musim bunga di bandar Alor Setar.
• Sarapan santai di halaman rumah.

Khamis, 3 April 2014

TERIMALAH KEBENARAN


Jalan yang dilalui sudah pun lupa
Berhenti sebentar rehat sarapan
Musibah datang bertimpa-timpa
Elakkan hijap terimalah kebenaran



Ke kampung Naka ikut jalan yang dekat
Banyak lihat budak-budak berbasikal
Kos hidup sentiasa meningkat
Gaji yang diharap perlulah setimpal


• Nama jalan lupa di bandar Alor Setar.
• Papan tanda ke kampung Naka.

Rabu, 2 April 2014

CELIKLAH MINDA


Pagi-pagi bersihkan halaman
Persekitaran hijau mentari bercahaya 
Dengar boleh pecaya jangan
Janji ditepati tunggu pilihanraya


Waktu pagi sudah bersedia
Manajak sawah tak guna trektor

Masyarakat berilmu mindanya terbuka
Sukar menerima membabi buta


• Kebun getah di kampung Bukit Lala.
• Membajak di sawah di Kampung Kolam.

Selasa, 1 April 2014

RAKYAT PERLUKAN PENJELASAN


Menoreh getah di waktu pagi
Masih samar belum keluar mentari
Penjelasan diberi rakyat meragui
Samar-samar kebenaran dicari




Pergi ke sawah ikut titi
Titi kayu dibena oleh petani
Sokongan rakyat jangan dikhainati
Rakyat didahulukan jangan dibebani

• Kebun getah di kampung Bukit Lala.
• Titi kayu merentani sawah di Kubang Lintah.