HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 30 Mac 2014

MAKLUMAT YANG JELAS ATAU ANDAIAN


Laluan di Dehrang jalannya dekat
Singah di warung di tepi jalan
Maklumat yang diperolehi perlulah tepat 
Sekadar andaian tiada kesudahaan


Laluan berbukit batu batan
Kiri kanan di pehui hutan
Rakyat sentiasa dalam ketakutan
Maklumat yang jelas disembunyi jangan


• Warung di Kampung Bukit, Dehrang.
• Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Terowong.

Sabtu, 29 Mac 2014

SEJARAH TETAP DIKENANG


Waktu pagi ke Kuala Pai
Ikut jalan di Bukit Tembaga
Jumpanya belum andaian pelbagai
Semoga yang dicari kesampaian juga




Rehat santai di tepi halaman
Sambil menunggu waktu sarapan
Sejarah dikenang sepanjang zaman
Lakukan yang terbaik jangan sampai rakyat terkilan




• Papan tanda ke Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang. 
• Rumah tradisional di Kampung Pisang, Kubur Panjang. 
• Isu MH370- mahu jadi PM misti berani.

Jumaat, 28 Mac 2014

KEHILANGAN DAN KEBENARAN


Santai di halaman di bawah mentari
Halaman hijau indah berseri
Kapal yang hilang belum diperolehi
Sukar dipercayai suatu yang mistri



Ambil air dari telaga
Air diguna untuk mencuci
Peristiwa lama dibongkar semula
Supaya kebenaran dapat dicari


• Pemandangan di waktu pagi di halaman rumah. 
• Kampung kami masih gunakan air telaga di samping air paip.

Ahad, 23 Mac 2014

TAHNIAH


Waktu pagi sudah pun mandi
Sudah solat ke kebun getah
Tahniah Kak Wan terutama pengundi
Jangan undur teruskan langkah


Datang ke kebun memetik nangka
Nangka dibawa jual ke pekan
Tahniah diucap kemenangan dijangka
Setiap kekurangan ada kelebihan


• Pemandangan di waktu pagi kampung kami.

Rabu, 19 Mac 2014

MENGUNDANG BALA


Rehat di kolam sambil sarapan
Sambil sarapan melihat ikan
Jangan sekadar buat kajian
Lesen diberi tanda persetujuan



Rasa haus kait kelapa
Air diminum bersama isi

Mengundang bala di tengah bala 
Nasihat ulamak letak di tepi

• Rehat santai di tepi kolam.
• Kehijauan halaman indahkan pemandangan.

Selasa, 18 Mac 2014

SATU PERINGATAN


Berdiri di padang di belakang Universiti
Universiti Cambridge persekitarannya bersih
Musibah yang datang bertubi-tubi
Lakukan siasatan jangan terpilih



Ke bandar Cambridge kami datang
Cuaca dingin sejuk hingga ke tulang

Jika keberkatan sudah hilang
Rezeki yang datang akan terhalang




• Universiti Cambridge, England. United Kingdom.
• Bandar Cambridge di waktu pagi.
• Cambridge University.

Ahad, 16 Mac 2014

HILANG PANDUAN


Rehat di beranda melihat halaman
Terasa segar hilang menguap
Bila manusia hilang panduan
Tersesat jauh di dalam gelap


Semalam dan hari ini turun hujan
Biarpun sekejap menyuburkan tanaman
Jika tersesat ke pangkal jalan
Sombong dan takbur benteng kebenaran


• Melihat kehijauan dari branda.
• Kehijauan halaman indahkan pemandangan.

Sabtu, 15 Mac 2014

KEYAKINAN KEPADA ALLAH



Tengah hari panas letih terlena
Jauh berjalan lalu di titi
Solat Istisqa’ sudah dilaksana 
Alhamdulillah hujun turun membasahi bumi


Berjalan kaki terasa jauh
Jalan di sawah sudah biasa

Satu Malaysia nak tampar bomoh
Bahan kelakar memalukan Malaysia


• Titi kayu di Kubang Lintah.
• Sawah padi di kampung Yoi.

Rabu, 12 Mac 2014

KEPAYAHAN


Bangun awal sudah di halaman
Segarnya udara di waktu pagi
Gaji diambil sudah kehabisan
Hidup di bandar kos hidup tinggi




Panas terik rehat di belakang dapur
Pokok menghijau suasana cerah

Masa mengundi pengundi BN tertidur
Sudah kenyang bangun kemungkinan payah


• Tempayan untuk hiasan pondok di halaman.
• Berehat behampiran dapur dan kolam.

Selasa, 11 Mac 2014

SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN


Naik rumah basuh kaki
Teringat atok tunggu di tangga
Sokongan rakyat pasti dibukti

Menang besar kami berbangga


Jiran sebelah buat kenduri
Buat kenduri musim cuti
MH 370 hilang kerajaan terus mencari
Kepercayaan rakyat hilang perubahan menanti

 
)
 
• Tempayan untuk hiasan pondok di halaman.
• Majlis kenduri perkahwinan di kampung Bukit Lala. 
• MH 370 Kapten Norudin Abd Majid.

Isnin, 10 Mac 2014

KEJUTAN


Waktu petang pergi menjala
Hasil tangkapan jual di Pokok Sena

Sebelas March perang bermula
Menghadapi Barisan jentera kerajaan pasti diguna



Ke Kubur Panjang lalu di Naka
Singgah sarapan terus ke Pedu
Sudah jadi bahan lawak jenaka
Terlihat kapal rupanya kayu
 
• Masa banjir ikan mudah ditangkap, kampung Bukit Lala.
• Papan tanda arah ke Kubur Panjang.

Ahad, 9 Mac 2014

MUSIBAH DAN MUHASABAH


Panas terik tengah hari
Makan di luar di tepi halaman

Musibah datang muhasabah diri
Ada pengajaran disebalik kejadian


Rehat sekejap terasa segar
Sambil baring hilangkan penat
Ujian Allah perlu bersabar
Semoga selamat dunia akhirat

• Petai sebagai ulam makan tengah hari.
• Tempat rehat di tepi halaman.

Selasa, 4 Mac 2014

HARAPAN RAKYAT


Minum petang ubi rebus
Kopi dihidang bersama kelapa parut
Jika diri sendiri tidak terurus
Mana mungkin mampu orang lain menurut



Hari dah petang biri berkeliaran
Pulang ke kandang dedak sudah disediakan

Pangkat dan habuan jadi buruan
Rakyat bawahan hanya tinggal harapan

 
• Minum petang di kawasan halaman rumah.
• Menunggu biri-biri pulang ke kandang.

Isnin, 3 Mac 2014

INGAT SEBELUM KENA


Tengah hari pergi ke kebun
Panas terik pokok rimbun tempat berlindung

Nilai ringgit semakin turun
Barang naik keroni yang untung



Petang-petang turun ke bendang
Sawah kontang lama tak turun hujan
Musuh sentiasa mencar peluang
Rakyat bijak perlu buat pilihan

 
• Kawasan kebun di belakang rumah.
• Sawah kering kontang di Langgar.