HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 28 Januari 2014

KUASA DAN KEJAYAAN


Angin bertiup terasa lega
Persekitaran redup sawah menghijau 
Hidup bermawah akhlak dijaga
Kuasa ada jangan melampau


Perjalanan di kampung terasa lambat
Pandu kereta ikut tanda kelajuan
Harapan ke Putrajaya semakin dekat
Kejayaan diharap besar kemungkinan



• Sawah di kawasan Pokok Pokok Sena.
• Jalan kampung di kawasan Parlimen Sik, Kedah.
• Azmin: Anwar in Kajang a 'tactical' move

Ahad, 26 Januari 2014

KELUHAN RAKYAT


Rehat kepenatan duduk di tangga
Badan berpeluh terasa lesu
Rakyat bantah kenaikan harga
Kemampuan rakyat majoriti tak mampu


Pagi-pagi bersihkan halaman
Cuaca sejuk rasa kedinginan
Peniaga dan pengguna perlukan pembelaan
Bertindak adil menyusahkan jangan



• Duduk di atas tangga di halaman.
• Kearah persekitaran yang lebih hijau.
• Setiap jual beli dikenakan cukai - YB Rafizi 

Sabtu, 25 Januari 2014

HIDAYAH DAN PERTUNJUK



Waktu pagi berkerja di rumah
Bersihkan halaman terasa penat

Ilmu dipelajari semoga Allah berikan hidayah
Hidayah dan pertunjuk jalan penyelamat




Hujan petang melihat pelangi 
Menanti magrib yang akan menjelma
Kesilapan lampau jangan diulangi
Rakyat sukar untuk menerima 




• Rehat sebentar sambil melihat pelajar merentas desa.
• Pemandangan menghampiri magrib di kampung Tualang.
• Mati hina akibat hina ulamak. 

Jumaat, 24 Januari 2014

DEMOKRASI PINCANG



Tanam padi gunakan jentera
Sawah rata mudah diguna

Isu diketengahkan sekadar sendiwara
Kerajaan yang meluluskan selelesainya bagaimana


 
Pagi-pagi ke kampung Tualang
Urusan selesai hingga ke petang
Demokrasi diharap sudah pun pincang
Kepercayaan rakyat sudah pun hilang


• Jentera menanam padi digunakan di kawasan Pendang.
• Rumah kampung di Tualang.

Khamis, 23 Januari 2014

KEMAJUAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT



Limau kasturi dipetik di waktu pagi
Bertiup angin terasa dingin
Keluhan rakyat kos hidup tinggi
Negara maju yang diharap manakan mungkin

 
Pagi-pagi ke kampung Tualang
Urusan selesai hingga ke petang
Demokrasi diharap sudah pun pincang
Kepercayaan rakyat sudah pun hilang


• Kutip limau kasturi di belakang rumah.
• Pemandangan di sawah waktu petang di kampung Tualang.

Rabu, 22 Januari 2014

KENYATAAN DAN HARAPAN



Sarapan pagi di tepi halaman
Halaman hijau mengadap titi
Harapan rakyat akan tinggal kenangan
Jika janji tidak ditepati





Memancing ikan naik perahu
Perahu ditambat di bawah titi
Pemimpin dan rakyat berganding bahu
Kejayaan dikongsi pemimpin dihormati

• Jambatan kayu di Telaga Mas, pokok Sena.
• Pemandangan di waktu petang di kampung Tualang.

Selasa, 21 Januari 2014

KEBAHAGIAAN ABADI


Pokok ditanam tempat berlindung
Suasana redup tempat berehat

Cuti perayaan meriah di kampung
Jalinkan hubungan bertambah erat




Cuaca panas cerahnya langit
Pokok menghijau cuaca cerah
Bakti diberi jangan diungkit
Agar amalan diberkati Allah


• Pokok ditanam di sekeliling rumah.
• Pemandangan di waktu petang.

Isnin, 20 Januari 2014

DERITA RAKYAT


Waktu pagi jalan ke Nawa
Singgag di warung sarapan meehun

Sayur kangkong jadi bahan ketawa
Barang naik kangkong yang turun



Jalan berdebu dalam pembenaan
Sesak pagi hingga ke petang
Keperitan rakyat tiada kesudahan
Jangan sampai kepercayaan hilang


• Papan tanda di jalan Nawa.
• Dalam pembenaan lebuhraya ke Durian Burung, Kedah.

Sabtu, 18 Januari 2014

RAKYAT SUDAH SEDAR


Bena pondok tempat berteduh
Pondok terletak di tepi sungai

Kenyataan dibuat usahlah angkuh 
Rakyat cerdik mampu menilai


Sawah padi guna saliran
Tampa saliran sawah pasti terbiar   
Sayur kangkung jadi sindiran
Senaman kangkung mereka tak sedar



• Pemandangan di tepi sungai dan sawah di Perlis.
• Sawah padi di kampung Yoi Pokok Sena. 
• That effing show let them eat kangkong.

Rabu, 15 Januari 2014

KEKELIRUAN RAKYAT



Jalan di kampung perlu pelahan
Keselamatan orang ramai perlu di utama

Kekeliruan rakyat angkara kerajaan
Kepetingan ada di situlah bermula



Pokok-pokok jadi hiasan
Cantik kehijauan pandangan mata
Keangkuhan pemimpin ada batasan
Jangan kebodohan menjadi nyata




• Jalan kampung simpang tiga ke Kuala Nerang dan Jitra.
• Kawasan sawah di Perlis.
• Polemik kalimah Allah & rampasan bible.

Selasa, 14 Januari 2014

KOS HIDUP KIAN MENINGKAT


Pokok subur hasilnya banyak
Penyakit kurang dalam kawalan
Gaji sedikit cukupnya tidak
Kerja di pejabat banyak pula tekanan


Petang-petang suka berjalan
'Jogging' di sawah jalan tak sesak

Pendapatan kurang menambah pendapatan
Kerja lebih masa 'stres' perlulah dielak


• Skrup dikumpulkan di tepi kebun sebelum dijual.
• Jogging di kawasan sawah.

Ahad, 12 Januari 2014

DEMOKRASI DAN KUASA RAKYAT


Santai pagi udara segar
Mentari pagi kelihatan cerah
Rintihan rakyat perlu didengar
Kuasa rakyat kerajaan berubah



Pokok ditanam untuk hiasan
Nampak cantik mata memandang
Rakyat berhimpun luahkan ketidakpuasan
Demokrasi membenarkan jangan dihalang


• Pondok di halaman rumah.
• Hiasan taman.

Jumaat, 10 Januari 2014

RAKYAT DIDERA


Ke bandar Alor Setar di waktu petang
Balik singgah di pekan Langgar
 
Rakyat terbeban dihimpit hutang
Barang naik pulihnya sukar




Sebelah masjid kubur lama
Tidak dijaga 
masih terpelihara
Kesusan rakyat  pemimpin perlu bersama
Supaya rakyat tidak didera




• Jalan Langgar berhampiran tol Langgar, Alor Setar.
• Kubur lama di masjid Sungai Durian, Pokok Sena.
• Imam Roslan - Kisah baling kasut di mahkamah.

Khamis, 9 Januari 2014

GAYA HIDUP


Budak kampung suka mandi di sungai
Ada yang mandi ada memancing ikan
Rakyat bijak mampu menilai
Gaya hidup pemimpin rakyat menanggung beban



Letak kerteta di tepi jalan
Melihat petani menangkap ikan
Harapan rakyat sungguh terkilan
Kesungguhan tiada jangan ada kepentingan




• Kawasan taliair tempat memancing di Langgar, Pokok Sena.
• Melihat petani memancing di tepi sawah di Langgar.
• Wacana siri ke24: Kejutan ekonomi selepas PRU13.

Rabu, 8 Januari 2014

KENYATAAN DAN DAKWAAN


Pokok getah diperiksa elok belaka
Sudah disembur pulih  seperti sediakala
Sultan menuntut diiktiraf Sultan Melaka
'ICJ' iktiraf bagimana pula




Kebun dipagar elak dimasuki binatang ternakan
Sayuranan ditanam untuk pasaran
Bantuan diberi didakwa tidak kesampaian
Jika benar lakukanlah siasatan 


• Kebun getah di kawasan Bukit Kapai.
• Kebun sayur di kawasan tanaman semula getah.


Selasa, 7 Januari 2014

RAKYAT DAN PEMERENTAH


Jalan ke kebun biasanya sempit 
Sudahlah sempit ada kalanya berlumpur
Kehidupan rakyat semakin tersepit
Kerajaan dipilih perlu ditegur



Daun bergugur sudah berdaun
Sudah dilihat hingga ke hujung

Barang naik tiada yang turun
Sampai bila rakyat menanggung



• Jalan ke kebun getah di Telok Gadung kawasan Kuala Nerang.
• Kebun getah di belakang rumah.
• Kecok kerajaan benar Rosmah gunakan jet rasmi.


Isnin, 6 Januari 2014

KEWARASAN SUDAH HILANG


Rehat di beranda minum petang
Sekadar minum perut dah kenyang
Bahagia dicari derita yang datang
Kewarasan hilang nyawa melayang



Buat pangkin gunakan rotan
Rotan terjemur biasanya tahan
Setiap kesusahan ada kenikmatan
Jalan keluar menemuai kejayaan 


• Mentari petang menyinari beranda.
• Pangkin didirikan di halaman rumah.

Ahad, 5 Januari 2014

NIAT DAN MATLAMAT


Badan berpeluh sarapan berselera
Rehat sebentar menghilangkan penat

Negara demokrasi rakyat bersuara
Niat dan matlamat perbetulkan niat




Kawasan sawah membela itik
Telurnya diproses dibuat telor masin

Kerajaan baik perlu dikritik
Supaya hubungan baik sentiasa terjalin


• Bersikan halaman di waktu pagi.
• Menternak itik di tepi sawah di Bukit Lala.

Sabtu, 4 Januari 2014

SUARA RAKYAT DAN DEMOKRASI


Mesin rumput tolaknya ringan
Halaman dibersihkan masa terisi
Rakyat berhak suarakan pandangan
Selagi tidak melangar demokrasi




Halaman luas hijaaunya persekitaran
Sering dijaga sentiasa dibersihkan
Majoriti rakyat perlukan pembelaan
Pemimpin bersenang rakyat dibeban 


• Bersikan halaman rumah gunakan jentera pemotong rumput.
• Kawasan persekitaran Masjid Al Bokhary, Alor Setar.

Jumaat, 3 Januari 2014

HARAPAN RAKYAT


Memancing ikan di tepi paya
Paya terletak di tepi jalan
Pandangan diberi amat merbahaya
Perasaan diluah menuntut keadilan




Torek getah pokok baru
Tapak dibuka baru bermula

Tindakan dilakukan jangan terburu
Supaya kepentingan rakyat mampu dibela


• Kawasan paya di kampung Tualang.
• Pokok getah muda baru di buka di kampung Bukit Lala.

Khamis, 2 Januari 2014

TUDUHAN YANG BERAT


Singgah solat di masjid tepi kuburan
Masjidnya terletak di kampung Tualang
Rakyat turun luahkan ketidakpuasan
Tuduhan 'bughah' fatwa songsang



Kawasan sungai cantik kehijauan
Kanak bermain kedengaran riuh 

Anak muda pendesak perubahan
Menyekat arus bentengkan runtuh


• Masjid di kampung Tualang, Pokok Sena.
• Sungai di kawasan Kuala Nerang.

Rabu, 1 Januari 2014

KUASA MEMBELI RAKYAT KURANG


Jalan kampung sebagai laluan
Turun ke sawah kawasan berdekatan
Barang naik peniaga dipersalahkan
Mereka dibebankan dengan kos pengangkutan



Pandu bersendirian jangan berangan
Kawasan berbukit kiri dan kanan
 
Duit di tangan sudah berkurangan
Kuasa membeli hanya barang keperluan

• Jentera pembajak sawah padi.
• Lebuhraya Utara Selatan kawasan Gua Tempurung.