HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 28 Disember 2014

DOA DAN HARAPAN


Beli barang turun kr bandar
Dapat wang jualan sekerup
Ujian datang sentiasa bersabar
Banyak berdoa terus mengharap



Selepas hujan kutip sekerup
Sekrup dikumpul untuk jualan
Doa dipohon sentiasa mengharap
Sentiasa dipermudahkan dalam kehidupan

• Bandarraya Alor Setar, Kedah.
• Mengutip skrup mengunakan kereta sorong.

Jumaat, 26 Disember 2014

REDO ALLAH


Berjalan-jalan badan terasa ringan 
Sambil melihat kawasan persekitaran  
Bangun malam menadah tangan
Mohon keampunan permudahkanlah kehidupan



Mengumpul sekrup sudah pun siap
Cuma menunggu pembeli datang
Redo Allah sentiasa mengharap
Jangan dibiarkan mungkar diundang

• Ke arah persekitaran yang lebih hijau.
• Mengumpul skrup untuk dijual.

Selasa, 23 Disember 2014

SOKONGAN DAN HARAPAN


Sudah lama tidah menoreh
Pokok getah basah sentiasa hujan
Kematian datang keluarga bersedih


Rehat petang duduk di pangkin
Pangkin terletah di sebelah rumah
Kematian datang bertambah yakin
Dijemput pulang menemui Allah

• Laluan ke kebun di kampung Bukit Lala.
• Pangkin rehat di halaman rumah.

Jumaat, 19 Disember 2014

BUAT HARIMAU MALAYSIA

Peminat datang mulai petang
Belum perlawanan sudah pun sesak
Gagah betempek gegarkan padang
Harimau mengaum mengalah tidak

Gagah betempek gegarkan padang
Harimau mengaum mengalah tidak
Sepak mula selamat berjuang
Mampu menang bijak bertindak


Rabu, 17 Disember 2014

HARTA DAN TANGGUNG JAWAB


Telaga kampung airnya dalam
Air diceduk gunakan timba
Harta dicari siang dan malam
Namun solat jangan dilupa   


Singgah di hospital untuk sarapan
Makanan disediakan enak dan murah
Harta dicari penuh keberkatan
Zakat ditunai rezeki bertambah

• Pemandangan di sebuah kampung di Perlis.
• Tempat letak kereta di hospital Sultanah Bahyiah.

Selasa, 16 Disember 2014

HARTA YANG KITA MILIKI


Pergi kuliah naik basikal
Jauhnya tidak jimat perbelanjaan  
Harta dimiliki bukannya kekal
Jangan terlajak tanpa panduan 


Perjalan ke UUM Sintok naik kereta
Jalan pintas ikut Bukit Tembaga
Jangan berbangga banyaknya harta
Kematian datang ditinggal juga

• Pusat Pengajian Ilmu Agama, Pondok Gajah Teriak, Jitra.
• Jalan kampung ke Bukit Tembaga Kuala Nerang.

Isnin, 15 Disember 2014

BERITA BUAT KAWAN


Tinggal di kampung jauh ke dalam
Air telaga buat minuman
Jumpa kawan berikan salam
Tangan dihulur maniskan senyuman


Kawasan halaman penuh kehijauan
Pagar kayu penghalang ternakan
Rindu mendalam tak jumpa kawan
Dengar kabar berita kematian


• Rumah kampung di Derang, Pokok Sena.
• Rumah berpagar elak ternakan masuk.
• Berita dari kawan - Ebiet G Ade.

Ahad, 14 Disember 2014

BERAMAL KERANA ALLAH


Air sungai jernih membiru
Sawah luas padi kehijauan
Hidup di dunia penuh berliku
Masakan beramal tanpa panduan


Rehat santai di kawasan halaman
Halaman bersih penuh keindahan
Bangun malam mohonlah pertolongan
Malam sunyi luahkan permintaan

• Kawasan sawah di kampung Tualang.
• Suasana pagi di halaman rumah.

Ahad, 7 Disember 2014

BERLAGAK


Kawasan sawah luas bersambung
Ditanam dibaja dibuat sudah
Jawatan diberi jawatan kuasa kecil kampung
Lagaknya mengalah pegawai daerah


Mentari bersinar langit cerah
Cuaca sejuk segarnya terasa
Lagak mengalah pegawai daerah
Kelulusan dimiliki tidak setakat mana 

• Kawasan sawah di kampung Yoi.
• Suasana pagi di halaman rumah.

Sabtu, 29 November 2014

RAKYAT BERMAKLUMAT


Biri-biri pulang diberi dedak
Makanan tambahan perlu diberi
Petrol naik boleh medadak
Bila nak turun tunggu secara rasmi


Pagi-pagi sudah ke kebun
Balik kebun pergi ke pasar
Rakyat sudah hilang kepercayaan

• Biri-biri berkeliaran di depan halaman.
• Kawasan kebun di Bukit Kapal.

Isnin, 24 November 2014

KENA BERTIMBANG RASA


Tunggu kawan di depan tangga
Pondok lama di depan halaman 
Hutang dan pemborosan musnahkan negara
Rakyat menanggung beban berpanjangan


Sarapan di luar santai selesa
Banyak yang percuma tak payah beli

Kerajaan Pakatan Rakyat bertimbang rasa
Negeri Umno BN memerentah mana peduli 

• Pondok rehat di kawasan halaman.
• Sarapan pagi di halaman rumah.

Ahad, 23 November 2014

BERAT LAGI MATA MEMANDANG


Petang-petang turun ke bendang
Turun hanya selepas asar

Walau pun berat mata memandang
Berat bahu yang memikul kena bersabar



Pondok lama di bahagian hadapan
Tempat rehat menghilangkan lelah

Hidup di dunia hadapi cabaran
Sentiasa cekal jangan mengalah


• Sawah padi di kampung Tualang.
• Pondok lama menghiasi halama.

Rabu, 19 November 2014

KEHIDUPAN KIAN MENCABAR


Kawasan halaman ditanam kelapa
Boleh juga makan kelapa muda

Gaji diterima tidak seberapa
Semuanya mahal yang tinggal apa



Waktu pagi dinginnya udara
Santai di luar rasa nak lena
Hendah turun berkira-kira
Rakyat derita dahulukan yang mana


• Makan tengah hari di halaman rumah.
• Ceriakan halaman dengan kehijauan.

Khamis, 13 November 2014

KEHIDUPAN YANG MERABA-RABA


Kempen kehijauan kena bermula
Sama ada di kampung lebih lagi di kota
Kebebasan melampau semacam gila

Jalan gelap meraba meronta-ronta 


Pergi ke pekan selepas hujan
Banjir kilat terpaksa berjalan

Kebebasan rakyat mahukan keadilan
Rakyat didera tindakan keterlaluan




• Ke arah persekitaran yang lebih hijau.
• Banjir kilat di pekan Pokok Sena.
• Bab lelaki berpakaian sustera.

Rabu, 12 November 2014

KELIRU


Pokok ditanam daunnya kering
Tidak disiram sudah seminggu
Ketam bergerak jalan mengiring
Menyuruh anak  berjalan lurus rasa keliru 


Waktu petang pergi menjala
Sungai dalam gunakan sampan
Kita manusia cuma berusaha
Kejayaan diiringi doa dan harapan


• Pokok kering akibat penebangan tidak terkawal.
• Menjala ikan di sungai Tualang.

Ahad, 9 November 2014

ELAKKAN KEMUSNAHAN





Ambil daun palas buat ketupat
Potong berhati-hati pokoknya berduri 

Jika keuntungan menjadi maktlamat
Alam sekitar musnah kita yang rugi

 


Buluh madu ditanam untuk hiasan
Halaman indah ceria kehijauan

Kawasan berbukit sering buat pemantauan
Sebelum terlambat elak kecelakaan


• Pokok palas tumbuh meliar di kebun getah.
• Tanaman buluh madu di halaman rumah.

Sabtu, 8 November 2014

BUDAYA RASUAH





Petang-petang berjalan-jalan
Kerja di kebun di waktu pagi

Budaya asuah jadikan amalan
Kemana Umno hendak dibawa pergi



Pagi-pagi singgah ke pasar
Beli ikan buat kenduri 

Luahan pemimpin tidak didengar
Kepercayaan hilang pengikut lari

• Pemandangan di kawasan sawah di Tanah Merah.
• Membena pondok di kawasan kebun getah.

Jumaat, 7 November 2014

JANGAN BIARKAN MENJADI BARAH



Buat lepeng bakar pisang awak
Ditambah dengan inti kelapa

Meniaga jutaan untungnya tidak
Pengurusannya dipertikaikan ada yang tidak kena 



Laluan lecah perjalanannya lambat
Sampai lewat kerja menoreh 
Tindakan diambil jangan terlambat
Sebelum melarat menjadi barah


• Pokok ditanam di halaman boleh jadikan hiasan.
• Musim hujan perjalanan ke kebun bertambah sukar.

Khamis, 6 November 2014

ELAK SEBELUM TERKORBAN



Memukat ikan guna sampan
Bawa juga pancing mengail ikan
Penjara empat bulan tidak sepadan
Kerja tiada cuma percuma makan



Tabur benih selepas hujan
Sawah lembab benih tumbuh kehijauan

Sebelum ramai yang jadi korban
Ambil tindakan pantau persekitaran


• Sungai Tualang tempat menjala dan memancing.
• Kawasan sawah yang baru ditabur benih, Bukit Larik.

Rabu, 5 November 2014

HILANG PERTIMBANGAN


Naik kereta sekeluarga memancing ikan
Sawah cerah disinari mentari

Jawatan disandang ada kepentingan
Kepercayaan hilang penyokong lari 



Pagi-pagi sudah bersarapan
Siap bersarapan ke kebun getah

Bila sudah hilang pertimbangan
Tindakkan buruk membawa padah


• Pemandangan di kawasan sawah di Gunung Keriang.
• Kebun getah di kawasan Bukit Kapal, Pokok Sena.

Selasa, 4 November 2014

KEBERSEHAN JADIKAN BUDAYA



Pagi-pagi tak duduk diam
Halaman rumah sudah dibersehkan
Jangan buang sampah di tempat awam
Buanglah ia di tempat yang disediakan



Waktu petang pergi ke bendang
Padi ditanam dengan semaian
Pemandang hijau indah di pandang
Kebersihan juga diabaikan jangan

• Bersehkan kawasan halaman rumah.
• Sawah di kampung Yoi, Pokok Sena.

Khamis, 30 Oktober 2014

DI MANA TEMPAT BERTEDUH



Bandar dan kampung bezanya jauh
Kami di sini masih menggunakan titi
Negara aman tempat berteduh
Pokok yang mati perlu diganti



Potong rumput terasa berat
Umur tua sengalnya badan

GST dilaksana membatu rakyat
Mana yang betul mahu pencerahan

..
• Titi kayu laluan ke sawah di Kubang Lintah.
• Potong rumput untuk makanan lembu, di Kubang Lintah.

Rabu, 29 Oktober 2014

HUTANG



Jalan di terusan di waktu petang
Cuaca redup tidaklah panas
Kenapa susah nak bayar hutang
Untungnya tidak akhirat tidak terlepas



Pemandangan indah di waktu petang
Bukit bukau persekitaran kehijauan

Jika hidup suka berhutang
Hidup gelisah tiada kebebasan




• Terusan di kawasan kampung Tualang.
• Sawah di kawasan Hutan kampung.
• Bahaya tidak mahu bayar utang.

Selasa, 28 Oktober 2014

SAHABAT HANDAI, INGAT!



Singgah di masjid ketika azan
Setelah selesai singgah makan
Fitnah disebar tiada kesudahan
Jangan terpedaya mainan syaitan 



Naik motor ronda di sawah
Sawah banjir hujannya lebat
Lama tak jumpa salam ukhwah
Sanak saudara kawan lama serta sahabat


• Masjid di kampung Kebun 500, Pokok Sena.
• Sawah di kampung Kolam, Kebun 500, Pokok Sena.

Isnin, 27 Oktober 2014

HIDUP BERKELUARGA



Duduk di tangga nastolgia lama
Pandai berbasikal disuruh ke kedai
Hakikat jodoh hendaklah diterima
Mana yang kurang lengkap melengkapi



Naik basikal kayuh di celah
Kedai jauh penatnya tidak

Suami isteri jangan berbalah
Berfikir panjang sebelum bertindak


• Rumah tradisional di Kampung Pisang, Kubur Panjang.
• Rumah kampung di kampung Tualang.

Ahad, 26 Oktober 2014

BERUBAH JANGAN DINANTI



Menabur baja melintas titi
Kerja selesai mandi di perigi
Merubah diri jangan di nanti

Jika terlambat kitalah yang rugi


Pergi ke kebun hanya berjalan
Jauhnya tidak tetapi lenguh 
Wang dibelanja bagikan hujan
Redanya tidak bukit tinggi menunggu runtuh


• Pemandangan di kawasan sawah di Kubang Lintah.
• Pemandangan di kawasan kebun getah, Bukit Lala.