Ahad, 27 Oktober 2013
GULA-GULA BAHAYA
Balik ke Kedah lalu Bernam Jaya
Sampai malam di kampong Buki Lala
Beri undi pada Pakatan kita tawan Putrajaya
Rakyat selesa tidak asyik kena gula-gula
Lalu jalan indahnya suasana
Kiri kanan jalan tanam pokok kelapa
Rakyat akan tanggung beban ‘GST’ dilaksana
Mana jani ‘rakyat didahulukan’ rakyat takkan lupa
• Atas: Laluan di lebuhraya Bertam Jaya.
• Bawah: Jalan kampong di Kuala Nerang.
Khamis, 24 Oktober 2013
HIDUP KIAN TERTEKAN
Rehat santai sebelum ke dewan
Menghadiri majlis penerimaan sijil
Jiwa derita hidup tertekan
Penyakil mental masyarakat terpanggil
Tempat rehat indah tersedia
Pohon menghijau rasa selesa
Kepetingan rakyat disalah guna
Jangan biarkan ia berluasa
• Atas: Santai bersama keluarga di PICC Putrajaya.
• Bawah: Pemandangan indah di PICC Putrajaya.
Selasa, 15 Oktober 2013
PENGORBANAN DOA DAN HARAPAN
Santai sekeluarga di kawasan halaman
Pohon menghijau disinari mentari
Adil Adhar laksanakanlah korban
Semoga rezeki sentiasa diberkati
Cuaca terang hari tak hujan
Rumput menghijau kambing berkeliaran
Korban dilaksana dengan keiklasan
Diterima Allah doa dan harapan
• Atas: Santai bersama keluarga.
• Bawah: Pemandangan di kebun tempt lahir.
Isnin, 14 Oktober 2013
Ahad, 6 Oktober 2013
PERUBAHAN DAN ISU
Hujan renyai langit cerah
Waktu rehat sambil bersarapan
Rakyat bermaklumat ingin berubah
Keadilan dituntut mengatasi perkauman
Kampong pendalaman guna air telaga
Buat minuman serta mandian
Sekali terasa panas telinga
Berlapang dada terima kritikan
• Atas: Beranda di rumah kampung.
• Bawah: Kawasan sawah di Bukit Lala.
Langgan:
Catatan (Atom)