Sabtu, 31 Ogos 2013
Satu petang singgah ke kubur
Menunggu solat azar yang akan tiba
Budi yang iklas sentiasa subur
Hasil yang dituai kekalnya lama
Tanam jagung di belakang rumah
Monyet ada tak perlu ditunggu
Gaji diambil selesai sudah
Datang kerja jangan terganggu
• Atas: Perkuburan Alor Malai, Alor Setar.
• Bawah: Tanaman jagung di kawasan tanaman semula getah.
Jumaat, 30 Ogos 2013
KEMERDEKAAN
Di bawah mentari pagi
Halaman hijau suasana ceria dinikmati
Hari kemerdekaan datang lagi
Jiwa yang merdeka sukar dijual beli
Sarapan pagi sungguh berselera
Hidangan dimakan bersama isteri
Hari merdeka semoga negara sejahtera
Penyelewengan disanggah kesetian tidak berbelah bagi
• Atas: Kawasan halaman tempat bersantai.
• Bawah: Halaman santai bersama keluarga.
• Youtube: Di bawah mentari pagi.
Khamis, 22 Ogos 2013
KABUR KUBUR TAKBUR
Cuaca redup dingin terasa
Duduk di halaman rasa terhibur
Keyakinan rakyat penuh tandatanya
Keadilan kabur jangan terkubur
Bersihkan halaman letih terlena
Penat hilang terus terjaga
Pemimpin hebat jangan terpesona
Dengar boleh harus curiga
• Atas: Pemandangan di halaman rumah.
• Bawah: Pemandangan di halaman rumah.
Isnin, 19 Ogos 2013
KUASA RAKYAT DAN DOLLAR
Santai sekeluarga rehat di halaman
Halaman hijau pastinya cerah
Kuasa rakyat dirampas dengan kezaliman
Demokrasi dicanang tangan berdarah
Waktu petang pergi menjala
Ikan diperolehi untuk dijual
Kuasa dirampas mahkamah bersama
Kemenangan rakyat rampas dikira halal
• Atas: Pemandangan di pintu halaman.
• Bawah: Menjala di kampung Yoi, Pokok Sena.
Khamis, 15 Ogos 2013
KEKAL BERPANJANGAN
Masakan ibu tiada yang jemu
Itulah yang ada mudah disediakan
Syawal datang layanilah tetamu
Iklaskan ibadah amalkan berpanjangan
Rehat di pangkin di waktu petang
Rasa mengantuk tidak tertahan
Ramadan berlalu Syawal menjelang
Semoga bertemu di masa yang hadapan
• Atas: Lempeng pisang berintikan kelapal.
• Bawah: Pemandangan di belakan halaman rumah.
• Youtube: Ceriakan halaman dengan kehijauan.
Langgan:
Catatan (Atom)