HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 30 Julai 2013

KEYAKINAN YANG PASTI



Rehat di perkuburan menunggu solat 
Memandang jauh penuh keingsafan 
Ramadan akan ditinggalkan sudah pun dekat 
Semoga dibebaskan dari api neraka itulah harapan

Jumaat, 19 Julai 2013

REBUTLAH PELUANG


Potong kayu boleh diguna 
Untuk diguna bila bekalan putus 
Masa berkerja rasa nak lena 
Tidur sebentar jangan terus 


Sudah bersih sampah dikaut 
Diangkut dibuang lalu dititi 
Bulan Ramadan peluang direbut 
Jika ditinggal akan datang belumnya pasti 

• Atas: Hiasilah halaman dengan kehijauan. 
• Bawah: Ceriakan halaman bersih dan hijau.

Isnin, 15 Julai 2013



Melihat kebun duduk di tangga
Persekitaran hijau udara selesa
Badan sihat rasa lega
Ramadan Karim selamat berpuasa



Pokok hijau disinari mentari
Tanam pula di belakang rumah
Fitnah dan bohong kawallah diri
Ramadan Karim perlu berubah

·         Atas: Berehat di atas pangkin di bawah pokok.
·         Bawah: Pokok pisang ditanam untuk hiasan laman.

Selasa, 9 Julai 2013


Kawasan paya ditahan taut
Penat berjalan rehat di titi
Kiri kanan untung dikaut
Rakyat menunggu janji ditepati


Kawasan kampung jual air kelapa
Termasuk ‘coconut shake’ banyak yang laku
Beban ditanggung bertimpa-timpa
Malam gelap jalan berliku

• Atas: Pemandangan di kawasan warung makan di Langgar.
• Bawah: Warung ‘coconut shake’ di Batu 13, Pokok Sena.