Ahad, 30 Jun 2013
ILMU YANG BERGUNA
Rehat di pondok terus terlena
Cucu datang duduk di hadapan
Ilmu bermanafat amat berguna
Memberi cahaya dalam kehidupan
Kerja kebun terasa penat
Kebun dibersihkan sudah pun cerah
Amalan dikerjakan maktlamat akhirat
Sebagai bekalan menemui Allah
• Atas: Membersehkan halaman ditemani cucu.
• Bawah: Berkebun sayur d halaman rumah.
Isnin, 24 Jun 2013
ISLAM TEMPAT BERPAUT
Angin petang bertiup lembut
Berehat di beranda selepas solat
Jika rapuh tempat berpaut
Mana mungkin kita selamat
Persekitaran hijau suasana ceria
Langit cerah pemandangan mudah dilihat
Islam sejahtera nikmat untuk semua
Keadilan tertegak pasti selamat
• Atas: Pemandangan di waktu petang di halaman.
• Bawah: Persekitaran hijau menceriakan suasana.
• Youtube: Sebelum tutup mata, kerja, kerja..
Khamis, 20 Jun 2013
KELUHAN RAKYAT JANGAN DIABAI
Padi menghijau awan cerah
Daun kelapa melambai-lambai
Tambang naik getah murah
Keluhan rakyat jangan diabai
Cuaca cerah disinari mentari
Pohon menghijau indahnya suasana
Pemimpin dipilih amanah diberi
Kepetingan rakyat hendaklah dijaga
• Atas: Sawah padi di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan asram pelajar UITM Sintok, Kedah.
Rabu, 19 Jun 2013
PENAMBAT HATI HIDUP BERKELUARGA
Selepas subuh terus ke kebun
Senyap sunyi cuaca dingin
Pengorbanan bapa iklas dan tekun
Keberkatan hidup doakan Amin
Kerja berat terasa letih
Sarapan tersedia terasa lega
Bapa penyayang ibu pengasih
Penambat hati hidup berkeluarga
• Atas: Kutip skrup bersama anak-anak masa cuti.
• Bawah: Pondok di halaman gambar diambil dari dapur.
• Youtube: Hujan.
Sabtu, 15 Jun 2013
ISTIKOMAH DAN TEKUN
Dari pejabat terus ke kebun
Menyusuri sungai jalan berlecah
Kerja dilakukan istikomah dan tekun
Untuk berjaya sentiasa cerah
Cuaca mendung semacam nak hujan
Sudah tengah hari masa tak sedar
Masa bertugas istikomah dan tekun
Pengelaman diperolehi sukar dibayar
• Atas: Melawat ke kebun getah di kawasan Tokai, Pendang.
• Bawah: Pos Malaysia hantar barang pesanan dari pelangan.
Jumaat, 14 Jun 2013
KEPERCAYAAN HILANG
Pergi ke sawah lalu di titi
Sawah luas hijau dan subur
Kepercayaan hilang bersarang di hati
Keraguan datang perpaduan kabur
Ceduk air gunakan timba
Air telaga masih diguna
Bangunan runtuh bertimpa-timpa
Apakah petanda bala atau bencana
• Atas: Sawah di kawasan Tualang, Pokok Sena.
• Bawah: Telaga di kawasan masjid Tanjung Musang, Pokok Sena.
Rabu, 12 Jun 2013
KEBENARAN PERLU DITEGAKKAN
Hujan berhenti pananya tidak
Terasa ingin minum air kelapa
Jika kebenaran tidak tertegak
Musibah datang bertimpa-timpa
Pergi ke sawah bertudung saji
Laluan pula di atas titi
Hidup di dunia pasti diuji
Cekal dan sabar kejayaan menanti
• Atas: Kambing berkeliaran di halaman rumah.
• Bawah: Sawah padi kampung Belukar, Santap.
• Youtube: Imam Hoslan dengan kasut terbang.
Imam Hoslan dengan Kasut Terbang
Kawasan paya ditahan taut
Penat berjalan rehat di titi
Kiri kanan untung dikaut
Rakyat menunggu janji ditepati
Kawasan kampung jual air kelapa
Termasuk ‘coconut shake’ banyak yang laku
Beban ditanggung bertimpa-timpa
Malam gelap jalan berliku
• Atas: Pemandangan di kawasan warung makan di Langgar.
• Bawah: Warung ‘coconut shake’ di Batu 13, Pokok Sena.
Ahad, 9 Jun 2013
SENTIASA BERIKHTIAR
Air banjir di kawasan sawah
Sawah padi tadahan hujan
Wang tiada janganlah susah
Sabar dan berikhtiar dibuka jalan
Buah dukong tepi rumah
Berbuah setangkai itu yang kelihatan
Hidup sederhana sentiasa pemurah
Sebelum kembali sedikanlah bekalan
• Atas: Sawah padi di Kampung Bukit Lala.
• Bawah: Buah dukung di halaman rumah.
Sabtu, 8 Jun 2013
MENCARI BAHAGIA
Penat berkerja rehat seketika
Isteri sudah sedikan sarapan
Hidup di dunia mencari bahagia
Bahagia dicari dengan keimanan
Bersihkan halaman terasa penat
Isteri sudah sedikan kopi dan roti
Kebahagian dicari dunia akhirat
Kematian datang kejayaan di nanti
• Atas: Ceriakan halaman dengan kehijauan.
• Bawah: Halaman hijau bersih tempat santai bersama keluarga.
• Youtube: Mencari bahagia – Ustaz Ebit Liew.
Khamis, 6 Jun 2013
CEGAH SEBELUM PARAH
Kawasan sawah di tengah-tengah
Cari ikan jala ditebar
Cegah kemusnahan sebelum parah
Rintihan rakyat perlu didengar
Pagi menoreh petang ke sawah
Cuti berkerja bila kenduri
Kuasa diberi adalah amanah
Perlu bijak mentadbir negeri
• Atas: Sawah di kawasan Hutan Kampung, Alor Setar.
• Bawah: Majlis kenduri kawin di kampung Bukit Lala.
Selasa, 4 Jun 2013
TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA
Pagi-pagi petik kelapa
Isi dan air diambil ditambah gula
Masa berkuasa rakyat dilupa
Undi diharap jangan paksa pula
Berdiri di jambatan airnya tenang
Berkocak air ditebar jala
Masa tersepit perpaduan dicanang
Bila berkuasa kroni saja yang dibela
• Atas: Pokok kelapa di kawasan halaman rumah.
• Bawah: Jabatan kayu di Telaga Masa, Pokok Sena.
Isnin, 3 Jun 2013
BERINGAT SEBELUM KEHABISAN
Naik motor ke Wang Tepus
Rehat sebentar basahkan tekak
Duit banyak jangan boros
Boleh diguna masa terdesak
Jalan jauh terasa penat
Pekena air tebu besarnya gelas
Sebelum pencen kena beringat
Pastikan hutang sudah dijelas
• Atas: Rehat di sebuah warung di tepi jalan di Wang Tepus.
• Bawah: Bukit Pinang, Pokok Sena laluan pintas ke Bukit Kayu Hitam.
Langgan:
Catatan (Atom)